Salam Bloggers!
memang sudah dapat diagak bila orang ini ditahan polis yang kini berada di bawah menteri yang baru iaitu Saudara Sham Keris. Tak tahulah apa yang ada di dalam kepala menteri yang menang jawatan Naib Presiden UMNO melalui ihsan NAJIB. Pemimpin kanan parti pembangkang ini bukanlah seorang ahli parlimen bahkan kalah pula dalam PRU-12, secara ironinya, setiap pemimpin yang menang atau kalah bertanding dengan orang ini akan dilantik sebagai ahli jemaah kabinet. Mungkinkah pengaruhnya masih kuat hinggakan seruan untuk mengadakan Solat hajat pun dikira sebagai suatu yang mengancam keselamatan negara ini.
Adakah ini langkah sumbang NAJIB yang seterusnya bila merelakan penahanan ini dibuat di kala majoriti rakyat sudah mula muak dengan permainan politik khususnya BN/UMNO yang semakin lemah hari demi hari kesan dari tindakan yang diambil tanpa mengira implikasi buruk yang akan menimpa selepas itu???
Lihatlah isu penggunaan nama ALLAH oleh penganut agama Kristian, isu anak tetap dengan agama asal bila bapanya memeluk mana-mana agama selain agama asal, isu rompakan atau kudeta kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat yang semakin hebat polemiknya hari ke hari, kes rasuah pemimpin UMNO ketika pemilihan UMNO yang sekadar dianggap sebagai satu kesalahan melanggar etika parti sahaja, isu penari seksi yang dianggap sebagai budaya kaum tertentu sedangkan ia batil semata-mata, isu pembelian kereta Volvo oleh Kerajaan Negeri Sabah, isu PPSMI dan banyak lagi yang rasanya kalau dihuraikan maka tiadalah yang akan membaca artikel ini kerana terlalu panjang ulasannya.
Maka berkeliaranlah ulasan daripada Prosessor Kangkung dari universiti tertentu yang teguh mempertahankan dasar 'baru' oleh PM baru dan terus menjadikan pembangkang sebagai bahan untuk dihentam tanpa puas sedari dulu sedangkan umum mengetahui 'mangkuk-mangkuk bertingkat' ini ialah orang-orang kuat BTN yang sekian lama menjadi barua dan balachi UMNO dalam usaha menakutkan rakyat agar tidak mengubah sokongan mereka walaupun seinci dan mereka ini juga dikenalpasti sebagai peminat fanatik lagu 'Anak Kecil Main Api'. jangan terkejut kalau ada pihak yang masih bengong mempertahankan tindakan polis menahan pemimpin kanan parti pembangkang tersebut selepas ini. Semuanya atas satu alasan 'DEMI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM'.
Beginilah, kalau inilah cara memerintah yang terus diamalkan oleh kerajaan semasa maka tak hairan kalau UMNO/BN akan terus ditolak rakyat menjelang PRU akan datang. Sedarlah wahai orang UMNO yang taat setia, jangan biarkan kuasa yang ada dirosakkan oleh kerakusan pemimpin tertentu mempertahankan kuasa dengan cara yang merosakkan ini.
thx!
p/s: Mai kita layan lagu 'Anak Kecil Main Api'....hahahaha!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan