April 01, 2009

BENARKAH NAJIB BAKAL CIPTA SEJARAH SEBAGAI PM MALAYSIA PERTAMA YANG........

Salam Bloggers!

Menjelang hari-hari terakhir Pak Lah sebagai PM Malaysia maka seluruh negara berdebar-debar melihat bagaimana satu lagi sejarah politik Malaysia tercipta dan bakal dicatat dalam buku-buku sejarah dan dimasukkan segala artifak berkaitan di Muzium Negara satu hari nanti iaitu....


1. Perdana Menteri pertama yang diangkat menjadi wakil rakyat BUKAN kerana potensi peribadinya tetapi kerana mengenang jasa arwah bapanya.

2. Perdana Menteri pertama yang mempunyai sejarah “duda mengahwini janda”.

3. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan konspirasi pembunuhan zalim warga Mongolia.

4. Perdana Menteri pertama yang tidak merasa malu atau rasa bersalah mengizinkan isterinya berlaku sumbang bersama pelakon lelaki Bollywood di hadapan orang ramai.

5. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan perbuatan rasuah bernilai ratusan juta ringgit.

6. Perdana Menteri pertama yang didakwa berlaku sumbang dengan seorang artis wanita tempatan di Port Dickson.

7. Perdana Menteri pertama yang melakukan penyembunyian wakil rakyat demi menjatuhkan sebuah kerajaan negeri pilihan RAKYAT.

8. Perdana Menteri pertama yang didakwa melakukan perhubungan sulit dengan wanita Mongolia yang kemudiannya mati dibunuh.

9. Perdana Menteri pertama yang diketahui umum terlalu menurut telunjuk isteri.

10. Perdana Menteri pertama yang telah diperakukan melalui ‘Akuan Bersumpah’ telah menggunakan khidmat bomoh Hindu untuk tujuan tertentu.

Tak tahulah apa jenis gelaran yang sesuai kepada NAJIB selepas ini...Kalau Almarhum Bapanya digelar Bapa Pembangunan...Apa pula gelar yang sesuai?

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam sejahtera saudara,

mengucaplah dan ingat kepada allah tak bolehkah saudara doakan perkara baik dan untuk kesejahteraan rakyat malaysia yg berbilang kaum ini
never learn your lesson all the nonsense writing by most bloggers doesnot result in the kesejahteraan malaysia. dont play god!

.@blogger.com berkata...

terlalu banyak fitnah,terlalu banyak persepsi dan luahan rasa sakit hati dan banyak tuduhan-tuduhan lama yang tidak berasas. mana buktinya? Saya boleh kata anwar peliwat tapi memang mahkamah mengesahkan dulu, saya tuduh anwar rasuah dan memang dia telah dihukum dulu kerana rasuahnya tetapi lembu-lembunya masih suka mencium buntut anwar

Tanpa Nama berkata...

Apa hal yang nak marah2 kat tuan tanah ni pulak???? dia sekadar tanya berdasarkan fakta yang ada...bila masa pula budak blog ni mainkan tuhan? UMNO mungkin...tokoh dah confirm sabit rasuah pun masih layak jadi ketua pemuda..tunggu nak sabit kat mahkamah, sabitlah kalau berani si KJ tu...

perfectwater75 berkata...

Salam,

terima kasih atas komen yang pelbagai untuk isu kali ini..

Saya sekadar nak tengok apa reaksi pengunjung blog ini sahaja. kalau marah saya terima kalau sebaliknya pun tengok dari sudut mana ia diulas..

Mungkin soalan yang ada boleh ditanyakan terus kepada mereka yang terlibat secara langsung.

Soal persepsi, saya rasa ia tak jadi masalah kerana itu persepsi saya...kalau saudara sekalian nak tengok Najib dari persepsi lain, itu terpulang...

Adakah ini wajah UMNO bila ditegur atau dinyatakan sesuatu kalau ia tidak menepati citarasanya maka ia dianggap sebagai FITNAH tetapi jika sebaliknya dihamburkan kepada pihak berlawanan maka ia boleh dianggap pula sebagai 'FIRMAN'...

terpulang....

thx!

Detguaq berkata...

Salam cikgu....

1. Perdana Menteri pertama yang diangkat menjadi wakil rakyat BUKAN kerana potensi peribadinya tetapi kerana mengenang jasa arwah bapanya. [b]Saya melihat sebaliknya, Dato Seri Najib memang ada potensi keran pengalaman beliau dlm kerajaan dan parti.[/b]

2. Perdana Menteri pertama yang mempunyai sejarah “duda mengahwini janda”.[b]perhubungan yang halal,salah ka?[/b]

3. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan konspirasi pembunuhan zalim warga Mongolia.
[b]sengaja dikaitkan dengan niat menimbulkan prejudis. Anwar sengaja mencipta fitnah[/b]

4. Perdana Menteri pertama yang tidak merasa malu atau rasa bersalah mengizinkan isterinya berlaku sumbang bersama pelakon lelaki Bollywood di hadapan orang ramai.
[b]kejadian secara spontan oleh aktor dari luar yg buta adat melayu. Hrp Rosmah lebih peka dgn kedudukan beliau dikalangan rakyat - saya kesal[/b]

5. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan perbuatan rasuah bernilai ratusan juta ringgit.
[b]kaitan yg tiada bukti kukuh sehingga kini[/b]

6. Perdana Menteri pertama yang didakwa berlaku sumbang dengan seorang artis wanita tempatan di Port Dickson.
[b]hanya sekadar dakwaan[/b]

7. Perdana Menteri pertama yang melakukan penyembunyian wakil rakyat demi menjatuhkan sebuah kerajaan negeri pilihan RAKYAT.
[b]ini satu lagi dakwaan tiada bukti[/b]

8. Perdana Menteri pertama yang didakwa melakukan perhubungan sulit dengan wanita Mongolia yang kemudiannya mati dibunuh.
[b]dakwaan yg telah bel;iau nafikan berserta sumpah dimasjid[/b]

9. Perdana Menteri pertama yang diketahui umum terlalu menurut telunjuk isteri.
[b]umum mengetahui, secara sahnya sapa yang pernah terlibat? Sila buat pengskuan![/b]

10. Perdana Menteri pertama yang telah diperakukan melalui ‘Akuan Bersumpah’ telah menggunakan khidmat bomoh Hindu untuk tujuan tertentu.
[Apakah sipembuat sumpah ini pernah bersama DSNTR ketika kononbya menggunakan khidmat bomoh berkenaan? Boleh saya hubungi terus bomoh hindu ini wahai cikgu? Pastinya cikgu kenali bomoh hindu tu[/b]

Saya dapat maklumat anuar baru balik dari bangkok selepas berjumpa bomoh siam yang menujum nasib politik beliau utk tahun2 mendatang....malang katanya....

Bomoh siam tu juga didakwa marahkan anwar kerana upah lama belum dapat lagi. kabarnya banyak juga upah bomoh tu yg anwar belum lunas....sama kos dgn separuh harga banglo dia disegambut tu.....

perfectwater75 berkata...

Salam,

Terima kasih Pelantaq Hujah...
langsung tak terkejut dengan hujah saudara...

Saya suka rasional anda menjawab...
thx!

Tanpa Nama berkata...

Membuat fitnah itu satu DOSA BESAR...
Menyebarkan fitnah itu juga satu DOSA besar...
Tak tahulah yang mana satu saudara bijak pandai nak ambik...

Kalau benar ada bukti, sila tunjukkan...jangan jadi macam burung kakaktua..melalak tak tentu pasal.. janganlah berkiblatkan Anwar tu...kalau satu sampaikan pada seorang, yang seorang lagi sampaikan pada yang lain..selepas beberapa pusingan....dah jadi 1000 orang... x berapa pusingan... dah jadi `cerita' benar....!! Kalau dapat dibuktikan dimahkamah... kenapa bijak pandai/peguam-peguam handal dalam Pakatan pembangkang tu tak tunjuk hebat...??? Apa...Depa makan gaji buta ke???

perfectwater75 berkata...

Salam JOMO...

terima kasih atas nasihat tuan...

semua pakat nak jadi orang NAJIB...tapi tak hairan sebab lepas kalah pemilihan hari tu pun semua dah tukar kiblatnya.....janji asyuuuk!

Hahaha!

thx!

Tanpa Nama berkata...

Saudara,
saya harap dapat menyiarkan pendapat atau apa-apa sahaja yang hendak ditulis berdasarkan fakta dan bukti yang jelas.Kita mesti bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis kerana akhirnya nnt kita perlu menjawab di padang mashar jika tuduhan itu tidak benar.

perfectwater75 berkata...

Salam,

Kepada sesiapa yang tak puas hati dengan kiriman artikel saya kali ini sila baca dan fahami tajuk artikel saya sekali lagi....



thx!