Salam Bloggers!
Bila JK Kabinet yang dipengerusikan oleh Koh Tsu Koon (bukan seorang mualaf) menetapkan 'fatwa' mana-mana ibu-bapa yang memeluk agama selain agama asal tidak boleh membawa anak mereka sekali memeluk agama yang baru. Lebih kurang begitulah maksud 'deklarasi' kebinet NAJIB yang turut dianggotai oleh Menteri Agama Islam Malaysia yang baru. Orang Islam di Malaysia bukan jenis yang sensitif bila isu sebegini diutarakan jadi tak perlulah saya ulas panjang-panjang sebab Harussani pun ulas sikit juga. Orang Islam kena taatkan pemerintah kalau mengikut sabda Harussani. jadi kita ikutlah...
Hari ini pula, NAJIB Satu Malaysia buat lagi 'transformasi' atau 'liberalisasi' dan kali ini berkaitan dengan kewangan. Orang kampung ramai yang tak mahu nak komen sebab bukan semua tahu apa itu EKUITI, apa itu LIBERALISASI...TRANSFORMASI mungkinlah mereka tahu sikit-sikit sebab ada bunyi dekat-dekat sama dengan 'TRANSFORMER' cerita robot Hollywood.
Hakikatnya, SATU MALAYSIA bakal dijual oleh PM Malaysia yang baru dan bijaksana ini. Kenapa? kalau ekuiti pegangan asing dalam bank pelaburan, bank Islam dan insuran dibenarkan sehingga 70% pemilikan maka apa lagi yang akan tinggal kepada rakyat Malaysia yang 'tak pernah terjejas dengan ekonomi dunia yang meleset ini'? Katakanlah semua bank pelaburan utama Malaysia dimiliki ekuiti pegangannya 70% oleh rakyat asing seperti Singapura, Israel atau Eropah, bukankah ia bermakna syarikat itu telah menjadi milik orang lain? Mungkin saya tidak bijak dalam percaturan ekonomi tetapi bukankah dalam apa jua bentuk perniagaan apabila seseorang itu memiliki pegangan tertinggi ekuiti sesebuah syarikat maka orang itulah yang paling berkuasa dan tertinggi kedudukan jawatannya? Mungkin sudah tukar???
Apapun, sehingga ke hari ini bebudak UiTM yang sentiasa 'berani' berdemonstrasi demi mempertahankan hak ketuanan melayu masih lagi senyap dan tiada apa-apa bantahan kerana mungkin isu ini tidak menjejaskan bangsa dan agama, bahkan memberi satu impak ekonomi yang positif. Adakah tiada individu atau pertubuhan yang mahu menaja pearakan dan baju percuma kepada bebudak UiTM yang 'cerdik laksana' itu? Mana dia ahli kumpulan Pewaris atau BTN yang lantang tentang setiap keputusan yang 'merugikan' bangsa seperti ini? Kalau dasar Balachi maka tetaplah Balachi...dalam apa jua tindakan mereka. Budaya AMPU-BODEK'S sentiasa dijunjung tinggi. Janji masuk.......Media pula bermati-matian melaporkan apa yang diputuskan kerajaan demi kelangsungan ekonomi negara. Inilah antara 'celaka' yang paling laknat di Malaysia kerana sanggup berhipokrasi mengenai sesuatu isu dan dalam masa yang sama akan emenipulasi mana-mana isu yang ternyata menguntungkan seperti isu ini. kalau mengikut laporan tersebut maka sahihlah berita-berita yang dimuatkan dalam blog di Malaysia kerana hari ini Utusan Malaysia ('akhbar paling berpengaruh'???) telah mengambil apa yang ternyata dalam blog untuk dipaparkan sebagai berita paling sahih sedangkan mereka tahu ia boleh jadi sebaliknya. Begitulah perangai media yang 'haramjadah!!!! Bukankah sepatutnya mereka mengulas mengenai pro dan kontra mengenai isu perluasan pegangan EKUITI ASING dalam syarikat kewangan tempatan untuk melihat sejauh mana rakyat menerima 'LIBERALISASI KEWANGAN' PM Najib ini.
Tak hairan kalau SATU hari nanti SATU Malaysia akan dijual oleh Satu PM yang masih tak ketahuan kelului dalam soal memerintah negara. Apapun, SATU MALAYSIA, rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!!! Hidup NAJIB, Jahanam ANWAR!!! Hahahaha!
THX!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan