April 23, 2009

Very Good Bye Dr. Shahidan Kassim!!! 24 jam terakhir sebagai Pengerusi UMNO Perlis...

Salam Bloggers!

Esok Jumaat yang bakal diingati oleh seorang lagi 'pemimpin agung UMNO Perlis' yang bakal meninggalkan kerusi yang didudukinya selama 15 tahun lantaran puak-puak 'pengganas' yang pro-MB 'produk haram' Isa Sabu sedang memukul canang ke seluruh negeri bahawa era Shahidan sudah berakhir.

Entahlah apa lagi 'talian hayat' yang mampu menyelamatkan Shahidan. PM Najib sememangnya pening dengan mainan politik yang 'besar' di negeri 'kecil' seperti Perlis ini. Beliau dilihat sebagai orang yang 50-50 akan berjaya atau gagal 'menarik rambut dari tepung yang memang sedia berselerak' itu. Puak Pro-MB Produk Haram tentunya akan menuntut janji yang telah Najib tercakapkan ketika PRK Kuala Terengganu. Oleh sebab itu, memang tidak terkejut kalau MB Produk Haram Isa ini akan diletakkan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis yang baru walaupun NAJIB sedia mengetahui bahawa 3 UMNO Bahagian yang ada di Perlis sentiasa mempunyai 'akal sendiri' dan susah dilihat mampu bersatu secara dalaman. Md Isa Sabu selaku Ketua UMNO Bahagian Kangar dilihat tidak mempunyai hubungan baik dengan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar iaitu Datuk Zahidi Zainul Abidin, apatah lagi dengan Ketua UMNO Bahagian Arau sendiri, 'tobat lahum' takkan baik sampai bila-bila.....

Di sini kita akan sama-sama menantikan kebijaksanaan PM Najib mencatur perjalanan politik Perlis. Kalaulah dia meletakkan Md Isa Sabu, di mana pula duduknya Datuk Zahidi dan Shahidan Kassim? Adakah akan berlaku buat kali pertama mereka yang bukan Ketua UMNO bahagian akan menjawat jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Negeri khususnya Perlis. Apapun, ikut hang la NAJIB, hang kan terror, anak orang pun boleh hilang, takkan nak bagi hilang sorang lagi tak reti kot? Apapun, kepada Shahidan yang akau kenali, selamat bersara kalau itu yang ditakdirkan...kena ingat DS!!!! Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...Hahahaha!

p/s: Orang Perlis yang rasa diri mereka cerdik kena buat-buat 'tak cerdik' macam orang Kelantan, bagi kalah PRU, confirm beb.....dapat dua menteri!!! Sapa untung? Akuuuu jugak!!!!

thx!

2 ulasan:

PUTRA MERDEKA berkata...

salam tuan,

najib kena tanya dewa dia dulu.. TDM dah memberikan gambaran tinggal najib confirmkan...

perfectwater75 berkata...

Salam...

wakakakakakaka!