April 19, 2009

SIAPA PM???!!! NAJIB ATAU MAHATHIR???!!!

Salam Bloggers!

Dua tiga hari kita 'dikejutkan' satu gimik politik dari NAJIB dengan alasan membazir dan tidak bersesuaian untuk diadakan PRK jika penyandangnya meletak jawatan. Maka semua penganalisa politik pakat memberi ulasan termasuklah juga saya tentang hal ini dari pelbagai aspek.

Seperti biasa, bila Si Tua yang cukup 'berjasa' ini mengeluarkan kata maka ada sahaja yang akan tidak senang duduk dibuatnya termasuklah Isteri Rosmah kalau mengikut tukartiub. Bila membaca laporan ini dari seorang sahabat blogger, maka UMNO akan berhadapan satu lagi polemik politik kerana ia akan menunjukkan siapa NAJIB dan siapa ISTERI ROSMAH. Ini kerana tiada siapa mahupun dalam kalangan Blogger Pembela Negara atau singkatannya BPN akan bertukar menjadi Blogger Pondan Negara bila mendengar 'firman' atau 'sabda' TDM.

Keputusan sama ada PRK di Penanti akan diadakan atau tidak akan diketahui selewat-lewatnya Jumaat dan keputusan untuk BN bertanding nagi merampas kerusi atau tidak juga akan diketahui dalam minggu ini juga. Jadi, kita sama-sama tunggu. Adakah NAJIB yang menjadi PM atau MAHATHIR yang sebenarnya memerintah negara ini.

Harap BPN tetap BPN dan takkan jadi BPO-N....

thx!

6 ulasan:

PUTRA MERDEKA berkata...

salam tuan, saya dah komen dalam blog saya berkenaan perkara yang tuan nyatakan, nampak jelas bahawa ramai yang khuatir dengan perkembangan politik negara ini, cuma saya nak tambah ialah agak agak mereka ni peduli ke pendapat marhaien macam kita?
so kita pun peduli apa...???

perfectwater75 berkata...

Salam Putra Merdeka,

Jelaslah bahawa sdr merdeka semerdeka nama sdr..

Kita peduli apa???!!!

thx!

al-Balingi berkata...

Salam,

Najib kata takmau mcm takmau bertanding di Penanti. Mahathir suruh tanding..lagu mana ni?

abgmat7902 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Saudara...saya dari BPN tak pernah setuju dengan TUN.M ni..bahkan, saya telah cadangkan agar kemasukan semula beliau dalam UMNO dihalang, dan juga telah mencadangkan agar TUN.M dihadapkan ke LEMBAGA DISIPLIN PARTI kerana merosakkan PARTI. Tapi....tak de pun yang sokong gua...aduiiii, membazir air liur saja.

perfectwater75 berkata...

Salam JOMO,

Saya setuju hanya tuan antara ahli BPN yang sanggup menyatakan hak dan tidak pilih kasih dalam memberi komen dalam apa jua isu yang berkaitan tetapi hakikatnya masih ramai lagi BPN yang hidupnya seperti TV3, TV1 dan rangkaian yang sama waktu dengannya...

sedih...

thx!