April 12, 2009

(UPDATED) TAHNIAH! RAJA PERLIS DAPAT CUCUNDA PEWARIS TAKHTA

Salam Bloggers!

Berita yang diterima dari Hospital Tuanku Fauziah Kangar menyatakan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shareen Akashah telah selamat melahirkan seorang putera hari ini. Berita lanjut akan menyusul.

Perfectwater mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan tahniah kepada Keluarga Diraja Perlis khususnya Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Tuanku Hajjah Lailatul Shareen Akashah atas kelahiran putera pewaris takhta Perlis setelah dua puteri yang lahir terdahulu. Semoga putera yang belum dinamakan ini akan menjadi anak yang soleh yang akan menjadi raja Perlis satu hari nanti, Insya Allah.

Menjunjung Kasih Tuanku!

p/s: Melaporkan perkara ini paling menyeronokkan sebab perfectwater menjadi individu paling awal di dunia siber memaklumkan kehadiran pewaris Raja Perlis.thx!

3 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Fuiiyyoo..

Ada kabel orang dalam ni.. Tahniah dari saya juga buat Tuanku Raja Perlis.

perfectwater75 berkata...

Salam,

Aku insan kecil dalam dunia yang kerdil sahaja...

thx!

Effendey Harun berkata...

Pewaris takhta negeri Perlis ini telah dimasyurkan dengan ikat nama Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail ibni Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada 18 April 2009.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menulis nama cucunda baginda pada watikah pengisytiharan dan nama itu kemudiannya diumumkan di hadapan kerabat di raja Perlis, para pembesar dan para pegawai kananan kerajaan negeri dan persekutuan oleh pegawai istiadat Istana Arau, Datuk Setia Bentara Hamzah Abdullah - fnd