April 14, 2009

Terkini : MB 'Produk Haram' Perlis Mengamuk!!!

Salam Bloggers!

Berita terkini di Perlis. Sudah gempar dalam kalangan orang politik khususnya di Perlis bila MB 'Produk Haram' Perlis dikhabarkan telah mengamuk dengan melaksanakan 'pembersihan etnik' dalam jabatan-jabatan kerajaan negeri khususnya Pejabat SUK Perlis.

Mengikut sumber rapat, semua pegawai dan kakitangan yang dikenalpasti sebagai Orang Shahidan' telah dilupuskan atau ditukar ke jabatan yang terpencil sebagai membalas dendam kenyataan Ketua Penerangan UMNO Perlis 'Kuda Tua Yang Derhaka' itu yang menyatakan MB Isa Sabu sebagai 'produk haram' dan tidak layak untuk memegang jawatan tersebut.

Jika khabar ini benar maka ia akan menyemarakkan semula api permusuhan yang tak pernah padam antara dua pemimpin utama negeri terkecil di Malaysia ini. Jika ini benar, maka benarlah UMNO tidak akan sunyi dari perpecahan selama-lamanya.

Apa agaknya tindakan Najib dan Muhyiddin untuk menyelesaikan masalah ini? Sedangkan di terengganu pun masalah seperti tak mahu selesai. Arahan Najib supaya ADUN yang 'memboikot' hadir Sidang Dewan Undangan negeri Terengganu tidak dihiraukan langsung oleh majoriti ADUN yang memboikot itu.

Perang saudara UMNO di Perlis hanya akan selesai jika semua pihak yang terlibat dilupuskan dari politik Perlis. jalan rundingan yang ada sentiasa ditutup. Masing-masing tak mahu mengalah. Semua bercakap tentang hak dan janji yang belum ditunaikan. Saya tak terkejut kalau sahabat Najib di Perlis akan menjadi MB yang baru selepas ini. Persoalannya, beranikah Najib? kita tunggu.....

Tentunya ada seorang yang akan dikambinghitamkan...Hahahaha! Biasalah UMNO......

Thx!

5 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Salam,

Isu kita hampir sama cuma berlainan melodi. Wallahualam.

perfectwater75 berkata...

Salam Tuan,

Isu yang hampir sama melodinya sudah saya sentuh dalam post saya ini...

http://perfectwater75.blogspot.com/2009/04/mdisa-sabu-mb-haram-drama-sembah-mohon.html

sama kan melodinya?

thx!

pujaans berkata...

depa ni jahat sangat... kan Allah dah balas. tunggulah saat2 kehancuran. inilah akibatnya kamu rampas kerajaan PR di Perak tanah air ku.

Awanama berkata...

Salam...

Ibarat cubit peha kanan, peha kiri terasa juga. Jalan penyelesaiannya ialah... kubur ja dua-duanya sekali. Rakyat mahukan perpaduan.. kalau diatas sudah tunggang langgang berebut kerusi.. bagi PENCEN MUDA ja....!!!

Awanama berkata...

Berfikir Sejenak…………?

DS Shahidan Kassim VS DS Mohamad Isa Sabu

Kedua – dua …berwibawa dan mempunyai pengaruh yg tersendiri. Mengapa politik di Perlis Bergolak Semula. Mereka diperlukan salah seorang daripadanya atau kedua-dua perlu atau kedua – dua tidak diperlukan lagi bagi menjernihkan atau semoga Politik di Perlis tidak bergolak lagi………..sehingga kesuatu waktu yg belum tentu.

Masing-masing ada kepentingan ….mahupun jawatan atau lain-lain kepentingan.

Terfikir sejenak…..malam tadi apa bila Malaysia melancarkan model Proton Baru
( EXORA ) . Ditengok dan ditenung sepintas lalu memang gah…dan terpegun , al – maklumlah julung kalinya MPV buatan tempatan dari anak watan sendiri.
Kalau kita fakir ….majunya M’sia dengan 18 bulan fikir dah jadi sebuah kereta.
Pujian habis – habisan dari peringkat atasan sehingga yg jadi operator kereta, juga yg org awam juga yg tengah dok tempah dan yg hanya tempah dari katalog. Semua puji sakan.
Kalau begitu samalah dengan kereta M’sia sebelumnya yg canggih tak terhingga pada waktu itu. SAGA 85 …….sangat dibangga waktu itu….jangan ada yg komplen pasti dikata otak mengkritik saja . Ada lagi di Muzium Negara warna puteh.
Sekarang kereta tu segan dah nak bawa naik atas jalan ….malu kekawan – kawan.
Harga merudum ……..sama nilai dgn merudumnya besi – besi karat di body.
Apabila ada yg baru yg lama telah terpinggir. Daripada bawa naik kat jalan di Putra Jaya atau CyberJaya atau Kota Metropolitan KL ada yg lebih suka baiki VW & Mini Cooper
daripada SAGA mula – mula. Duit baiki lebih banyak dan mahal dari harga kereta.

Apa masalahnya………..masalahnya…..dalam ramai – ramai yg bekerja dan penjual kereta tersebut serta penyanjung dan pembangga buatan Malaysia . Depa jadikan Proton Pilihan Utama kah ? Kalau tak di serap ke PDRM …waja …rasanya . Polis dulu pakai kereta Alfa Romeo kemudian Saga sehingga Waja dan Perdana V6. Begitu juga ke merata – rata yg lain . Apasal tak masukkan kereta JUARA dan SAVY . Kereta itu tentu ada kelebihan tersendiri dan juga turut dipuji – puji . Kancil dah berkidmat dekat PDRM.
Saya rasa……..tokeh kecil caw Proton mahupun Produa kat Perlis contohnya pakai kereta yg depa jual kah…..Kancil 660 untuk Pengurus Perodua Caw Kangar dan SAGA 1.3 untuk Pengurus EON Caw Kangar….? Tak tau lah saya. Sebab tu berfikir sejenak ?
NAZA berbangga dengan produknya tapi kereta Mecz No.1 pilihan org. …apatah lagi pembuat Mecz sendiri tentu nak yg Edisi Khas untuk dia saja …samada Limo atau SportCar atau Super Car. Itu baru adil pakai buatan sendiri.

Serupa macam baca dalam Forum AP.COM nih ….lagi banyak …baca …lagi fikir…lagi banyak baca dan komen serta pro dapat lagi berfikir. Contoh dikatakan dalam forum ini tentang Rojak dan Pasembor Best . Penjual rojak dan pasembor di Perlis besa masuk KFC adakah ….Tokeh KFC berminat nak rasa sama rasa Rojak dan Pasembor yg best di Perlis ni sebelum wujudnya KFC itu lagi. Contoh je tu………tu pun kutip dari forum.

Proton laku di luar Negara termasuk Eropah serta U.K . Dulu zaman budak x reti apapun
telah tengok buku kawan tentang kereta yg dibawa balik abangnya dari luar negara. Salah satunya ada gambar PROTON KNIGHT yg lebih baik dan cantik dari Proton Saga Aeroback M’sia . Harga dlm buku itu berbanding kereta dlm dunia. …jatuh no 2 dari last selepas kereta yg 3 tayar cerita Mr.Bean nak tumpang kemudian tak jadi tu. Kereta tu paling murah ….dan no 2 kereta kita. Matawang mereka yg tinggi dan kukuh pulak senang je nak jadikan kereta kita dibeli untuk kereta yg keberapa untuk mereka. Sekiranya kita disana ada nilai RM 4 lebih layak untuk sebiji burger biasa tetapi kalau depa mai Perlis bawa USD 2 sahaja layak makan di stall burger 4 biji kita punya
( sara tu ) . Cuma depa tak sebut Allhamdulillah la.

Kalau sapa – sapa pi kilang atau tengok penjual kereta tempatan saja yg depa pakai kerana mereka wujudkan untuk rakyat Malaysia dari harga termampu serta ciri – ciri canggih …sah depa bagus. Tapi kalau ada Mecs , BMW atau Volvo atau dll yg eksklusif , executive atau bukan yg depa sendiri suruh kita pakai mengikut kemampuan mereka..
Boleh …….pakai ka depa ni…Seperti Ketam Ajar Anak Jalan Lurus.
Depa boleh pakai Proton atau Produa juga tapi yg harga RM200-300k atau lebih yg perlu dan sesuai dgn slogan Belilah Barangan Buatan M’sia.
Baru kita ….bila ada org tanya tu kereta apa …..kereta M’sia khas untuk Tokei dan yg seangkatan dengannya. Biar mereka sahaja yg ada …jangan jual ke kita asalkan dari kilang depa keluar masuk naik kereta M’sia sehingga Pemimpin Eksekutif & Ekseklusif
je yg pakai ……biar sambut Duta Besar dari rata dunia dgn kereta depa ( Buatan M’sia ).

Bila jadi besi buruk x laku………keling botol je ambik. RM0.4 sekilo depa jual. Bingkai cermin mata yg tidak sampai setengah kilo yg kita beli ratusan ringgit langsung x laku. Itulah peniagaan yg kita tidak boleh monopoli ………tukang ikut je.

Berfikir lagi………..?

Shahidan dah pernah jadi MB , memang tahu sikit sebanyak bab MB begitu juga kawan nya yg tengah jadi MB …..adakah mereka jadi macam tokeh kereta tadi…..sanjung dan junjung mulia hasil usaha anak watan dan hasil ilham tersohor Tun DR M .
Depa pakai motor dan kancil pasai senang nak kempen dari rumah – kerumah semasa nak Pilihanraya ja..kalau pakai Mesz RD1 atau yg latest mesti kotor , calar , org sandar dan macam – macam lagi. Tidak sesuai untuk batas ban yg kiri kanan dan sungai.

Mlm tadi TUN DR.M tersenyum sesekali dipuji dan masam bila tunggu part yg tak dipuji. Kamera dok focus dia. Yang cerdiknya DS Najib , dia panggil Tun Dr M sama untuk rasmi dan tengok sendiri agar org masih ingatkan TUN dan puji hasil bijak TUN.
Dia juga ada sikit puji Pak Lah. Pak Lah dengan Tun DR.M ni apa yg tak bergaduh…
Mula – mula …dia ( TUN DR.M ) marahkan TUN Pak Lah sebab silap lanti….lembab, suka lena, tidak mahu teruskan projek MEGA dan lain – lain lagi. Berkelahi dua tu.
Menyepi TUN Dr. M sat ……..org membelakangi dia kecuali ada majalah , akhbar dan media dok tanya itu ..ini. Selamat kembali ke Pangkuan UMNO………Bersih semula namanya ….Tambah pula diambil oleh PM baru suruh jabat tangan dua – dua TUN tadi.
Masing – masing tau depa dua tu tak sehaluan……..Mahathir jenis kena puji dan Yess Boss…dan tak mau dipinggirkan. Pak Lah …lembut sikit..tu yg org lain baking cakap bagi pihak dia. . Ni Perlis pun macam tu la………….ni NAMANYA POLITIK.
Shahidan bukan derhaka Raja…..Cuma dia mahu apa yg dia fakir baik untuk nya.
Mat Isa Sabu ………..pula bukan yg banyak orang dan wartawan kata dia ni slow sikit.
Slow bukan dan laju pun bukan macam jenis Shahidan.

Satu Kancil 660 ( MIS ) lawan satu Exora 1.6 (SK ) ………mana nak sama walaupun sama destinasi. Satu terlalu lembab dan suka sederhana …makan macam org kampong kata wartawan. Makan ikan temenung je ………..yg satu lagi terlalu Express dan Speedy.
Habis tu x sehaluan la……….tapi politik ni tak begitu. Rakyat je fanatik. Silap –silap depa x jadi cabut keris dan bersalaman ….kita kot kg lawan dok kata tak ketahuan.
Contoh terbaik Tun Dr. M …apa dia tak perburuk Pak Lah tapi akhirnya berdamai bawah UMNO pimpinan bijak DS Najib. Sebab tu Khairy x layak ….lagi buat masa ini.
Nanti dia pun naik balik saham tu.

Apapun pembangunan di Perlis masih sederhana . Kita ada zoo Taman Burung…masa free ramai pi tengok ….tut – tut kena bayar………burung tah kemana dan sangkar plak rosak ………alahai…..Perlis. Nak kutip duit bagi makan burung la .

Tidak mustahil DS Anuar Ibrahim suatu ketika joint balik rakan lama ( x mustahil ).
Mana nak sangka Anuar dulu dengan perkenal balik bahasa BAKU “ Kita Robohkan PAS “ , tut –tut ……guna juga PAS ajak buat Parti Alternetif tolak BN.
Begitu juga ramai masa S46 masa KULI Gua Musang dulu. Apa dia tak kata kat UMNO …last – last dia terdongak sorang – sorang dlm UMNO . Tu pun ada hati macam dulu lagi nak tapak PM. Dok jaga Gua Musang dah kira baik dah….dari x dak jawatan langsung.


Apapun …..dari bacaan saya dari komen dan pro ahli AP ni , taulah saya yg dua – dua diatas kalau ada org lain pun boleh jugak ganti depa. Kalau nanti Shahidan jadi MB balik
sah ada pihak tak suka . Kalau dia berebut juga dituduh DERHAKA RAJA….lagi berat.
Kalau diam macam contoh Super Rabung 5 Star diturunkan ke 1 Star . Sapa mau .
Kalau Pemantau diturunkan ke 1 star pun tentu x mau . Begitulah adat dunia …semua nak lebih baik dari hari ini dan apa yg dok ada .

Semua Pemimpin cakap nak bela nasib dan tahu pandangan rakyat dari pokok hingga grassroot . Grassroot macamana kalau sama – sama Ayam Sabungpun tak sefahaman.
Ada hati nak suruh org lain terajui Perlis. Kita orang Perlis …ketandusan Pemimpin kah?
Bila dok jadi MB dan dok zon selesa keluar hukum – hakam yg tak dipertikai keterlalauan sebelum ini sehingga Perlis rata – tata kata kita Puak Wahabi…
Negeri lain lain kutuk kita. Anak cucu dan saudara kita yg berhijrah cari rezeki di Luar Perlis. Ni nak bagi permit org luar Perlis pimpin Perlis……….apasal agaknya.
Tangan PM dah MK boh gambaq cium sakan ……..mungkin ada hajat yg lebih besar dari anak menantu cium tangan Pak Mertua sebab isteri boleh kedia .
Takkan cium sampai begitu sekali………orang lain pun MB dan KM juga , ada buat cam tu juga ka………..? Nasib baik Mat Isa Sabu tak pi cium sama tangan PM dan TPM.

Tu yg saya kata ………..lain dari depa dua nih , ada calon lain ka…..walaupun ikutnya depa dua yg ada kuasa dan sorang satu keris bersilang . Kalau dah Ketua ( PAK ) jadi macamtu haq ( ANAK ) YB lagi la…………..hu..hu….

Fikirlah walau sejenak ? Jangan suruh orang lain terajui Perlis nih……