April 07, 2009

Keputusan Pilihanraya...OK La Tu...Semua Menang..PAS 1 - PKR 1 - BN 1...

Salam Bloggers!

Seperti biasalah kalau BN menang satu-satu by-election, keputusan akan menjengah ke bilik berita mana stesen lebih awal dari yang dijangkakan namun ia akan berlaku sebaliknya bila lawan BN menang. Hairan tapi biasa kerana inilah minda BN/UMNO yang terus tak mahu berubah dan dalam masa yang sama mengganggap rakyat masih di takuk yang dulu sahaja.

Stesen TV swasta pun seperti takut-takut hendak menyampaikan apa yang telah ditentukan rakyat walaupun mereka mengetahui bahawa dengan berlaku telus maka rakyat akan lebih mempercayai mereka tetapi sayang, masih ada yang takut kepada manusia lebih daripada takutkan tuhannya...Malang....

Apa pula yang akan di'komplen' oleh UMNO/BN bila tewas di kedua-dua 'BUKIT' walaupun menang di satu 'BATANG' yang mereka tandingi? Adakah rakyat tak tahu menilai mana yang permata dan mana yang permata? Mungkinkah rakyat di kedua-dua bukit tak mendapat maklumat benar dan telah dipesongkan oleh 'dakyah' pembangkang semata-mata?

Adakah Zamri masih akan mengaku dirinya seorang MB yang bermaruah selepas melihat sebahagian daripada rakyat Perak membuat keputusan? Walaupun di sebuah kawasan parlimen sahaja. Beberapa percubaan yang saya tidak gemari secara peribadi seperti menayangkan semula sedutan ucapan DSAI ketika menjadi TPM dahulu demi mengaut undi rakyat. Belum lagi dilibatkan Institusi Kemuftian yang selepas ini saya yakin akan terus dipermainkan kerana turut campur tangan secara rasmi dalam pilihanraya kali ini. Apa yang menghairankan rakyat seperti telah 'pekak' dan 'buta' dengan 'FATWA' yang dikeluarkan mufti seperti sepakat untuk menolak keberadaan mufti-mufti makan gaji tersebut untuk terus menjadi pemangkin kepada kekuatan Islam di Malaysia.

Apakah cakap-cakap awal kemasukan semula Mahathir yang dikatakan akan menjadi pemangkin kepada kemenangan BN menjadi seperti sia-sia dan dipermainkan pula oleh pembangkang sebagai 'bahan kitar semula' jelas membuktikan pilihan Pemuda UMNO Malaysia baru-baru ini telah membuat pihan yang tepat dan sebagai isyarat awal penolakan kepada unsur ketuaan yang boleh mengganggu rencah reformasi UMNO secara menyeluruh?

Walau apapun, jelas, rakyat sekali lagi bersuara dan semua pihak termasuk PM Malaysia merangkap Presiden UMNO yang baru mesti merubah UMNO secara keseluruhan jika masih mahu dilihat UMNO relevan dalam perjalanan politik Malaysia selepas ini. Jutaan tahniah kepada semua calon yang menang. Semoga anda sekalian menjalankan amanah rakyat secara terbaik. Kepada YB sedia ada juga diharapkan agar kembali ke landasan sebenar untuk memperjuangkan nasib rakyat bukannya semata-mata ketika berlaku piliharaya sahaja.

THX!

Tiada ulasan: