April 12, 2009

MIC Pula Main Ugut-Ugut! Kita Tunggu UMNO Nak Ikut Ke?

Salam Bloggers!

Selepas satu, datang pula satu lagi. Itu yang boleh diungkapkan bila membaca berita sahih ini.

Rakyat khususnya ahli UMNO yang mengamalkan KASTA ini sentiasa menunggu untuk melihat apakah ugutan MIC itu akan diberi pertimbangan terbaik atau tidak. Bagi saya kalau hendak keluar dari barisan kabinet lagi bagus sebab tak guna mendabik dada sebagai parti komponen ketiga terbesar dalam BN sekiranya Presiden MIC sendiri pun tewas dalam PRU lalu. Jelas rakyat malaysia berketurunan India menolak kepimpinan autokrasi presiden seumur hidup MIC ini. Lihatlah betapa angkuhnya beliau ketika membuat satu kenyataan menjelang PRK Bukit Selambau dan hasilnya calon 'kitar semula' MIC tewas kepada muka baru politik negara.

Bagi UMNO parti yang masih menjadi tunjang kekeuatan BN di Malaysia sepatutnya menilai kesilapan memilih calon yang benar-benar memenuhi keperluan rakyat semasa, kalau tidak kerusi yang sepatutnya menjadi 'turning-point' kepada kejatuhan Kerajaan PR Kedah kembali menjadi milik mereka.

Pemimpin UMNO bukan tidak tahu, kawasan Bukit Selambau majoriti besarnya adalah orang Melayu yang ramai masih 'sayangkan' UMNO tetapi tetap dengan keputusan untuk meletakkan seorang calon yang sepatutnya berehat terus dari arus politik negara kerana terlalu berpegang kepada konsep perpaduan dalam BN. Politik kini bukan seperti dulu. Kenapa kenyataan ini sukar ditelaah oleh barisan 'hebat' kepimpjnan BN Malaysia? Kalau orang India masih menolak Samy Vellu sebagai ketua mereka dan mengganggap Ketua HINDRAF 'pertubuhan yang diharamkan' sebagai entiti yang mewakili mereka, mengapa begitu 'bahlol' pemimpin BN meletakkan wakil dari MIC sebagai calon mereka? Maaf, saya terpaksa menggunakan kata yang agak kasar kalau ia boleh menyedarkan pemimpin tertinggi BN yang terus dibuai mimpi ngeri akibat kekalahan PRU 12 yang lalu.

Mungkinkah ada dalam kalangan pemimpin BN yang 'takut' dengan Kasta Tinggi yang dimiliki oleh Presiden Seumur Hayat MIC ini? Entahlah...Mungkin persepsi akan berubah dua tiga hari lagi. Itupun kalau ada yang sudah bangun dari tidur.

THX!

5 ulasan:

add berkata...

apa kata bn keluar semua dari kabinet DSN dan bagi pada PR tapi PM masih dipegang oleh DSN,,,kempunan lagi DSAI...

bERANIKAN hATI berkata...

yang celakanya adalah kerana adanya melayu yang sanggup menjual melayu kerana gilakan kuasa. Ini semua dimulakan oleh PR yang kononnya hendakkan kesaksamaan, senang cakap dan janji kerana tidak memerintah tetapi apabila memerintaj mereka akan rasa susahnya menunaikan janji melainkan rela mengadaikan negara dan melacurkan bangsa sendiri

Tanpa Nama berkata...

UMNO alat Penjajah Barat & Pendatang Asing dari dulu, kini dan selamanya.

UMNO nak kuasa sanggup terima perlembagaan Lord Reid dan iktiraf kaum pendatang melalui jus soli.

UMNO nak jaga periok nasi lepaskan Pulau Singapura & Pulau Batu Putih kepada Cina.

UMNO menyuburkan pendidikan sekular & vernikular bangsa asing.

UMNO melenyapkan tulisan jawi, meperlekehkan bahasa Melayu.

UMNO menyesatkan ramai orang Melayu dari Islam & ramai yang murtad!

UMNO menipu Melayu meratah DEB untuk mengkayakan Cina & India!

UMNO membangunkan "Cinatown" diserata Malaysia, serta "Little india" dikawasan2 asalnya penempatan Melayu.

UMNO beretorik membela Melayu, tapi hakikatnya menjual Melayu!

UMNO tak lebih dari menjadi "kuda tunggangan" MCA, Gerakan & MIC sejak 60 tahun ( dari tahun 1948)!!

UMNO lupa diri, warisan perangai si Luncai, Pak Pandir, Pak Kadok, si Tanggang, si Kitol, .....!!!

Tanpa Nama berkata...

Melayu UMNO Melayu Celaka, 51 tahun Melayu jadi boneka, jika dah celeka maka jahanam lah tempat nya, 30 tahun aku menyokong UMNO yang aku dapat kain pelikat/kemeja T/ payung dan sidikit wang saku ketika setiap kali pilihanraya. Kini baru aku sedar rupa nya Melayu tidak mustahak, Agama lah yang paling penting, semangat kebangsaan ada penghujungnya tetapi semangat keagamaan akan dibawa sampai mati.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama....
Gasak engkaulah,mungkin kerana sikap pemalas awak tu yang menyebabkan 30 tahun engkau tu tersia-sia...
UMNO adalah landasan orang Melayu dan Bumiputra untuk maju..bukan kuda tunggangan kita untuk maju.

Kalau sekadar berarak dan jadi tukang sorak je...biar sampai kiamatpun, engkau tetap akan jadi begitu saja wahai insan tanpa nama..(ahli2 PAS dan PKR).

Selamat maju jaya dengan perjuangan PAS dan PKR kamu..wahai manusia`tanpa nama'.....