Salam Bloggers!
Tahniah saya ucapkan kepada MB 'Produk Haram' Md. Isa Sabu atas lantikan kerusi panas Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis. Sekurang-kurang ada juga 'muka baru dan muda' seperti Md Isa Sabu mengisi jawatan tersebut kali ini. Hebat NAJIB...
Buat DS Shahidan Kassim, tak payah dok kalut dengan jawatan yang sudah hilang sebaliknya bersyukurlah, status DS sebagai Penasihat Perdana Menteri (NCER) masih belum dilupuskan walaupun puak-puak MB Produk Haram sudah tak tahan air liur meleleh seperti anjing yang kelaparan untuk menjalankan 'kudeta' terhadap jawatan tersebut. Maaflah, terpaksa guna istilah air liur anjing sebab terlalu hodoh perangai bagi sesetengah 'penjilat jubur' politik UMNO khususnya di Perlis melalui pemerhatian mendalam saya selama terlibat aktif.
Usah DS terkejut kalau gambar DS persis P.Ramlee dalam 'Markas' UMNO Perlis atas Klinik Faezah akan diturunkan malam ini juga oleh puak-puak yang bencikan DS walaupun satu keika dulu sanggup mencium tangan dan mengikut punggung DS kemana sahaja DS pergi. Usahlah DS berpura-pura bahawa ahli UMNO yang berjiwa material ini sentiasa menghormati dan menyanjungi jasa-jasa DS selama 'bertakhta' di singgahsana itu lebih sedekad. Sepertimana yang pernah saya katakan sebelum ini, DS adalah seorang pemimpin yang 'hebat', 'bijak' dan 'unggul' selama 15 tahun DS menjadi MB tetapi semakin 'berat', 'lemah' dan 'otak tunggul' hanya selepas setahun kehilangan kuasa sebagai MB Perlis. Terimalah hakikat bahawa DS bukan lagi MB Perlis. Takkan masih tidak kenal siapa yang benar-benar SETIA dengan DS selama ini. Muhasabahlah diri DS.
Kepada Md Isa Sabu MB 'Produk Haram' yang akhirnya lega kerana NAJIB menunaikan janjinya semasa di PRK Kuala Terengganu, janganlah mengambil kesempatan untuk membalas dendam dalam pentadbiran UMNO Negeri Perlis. Lantiklah mereka yang berhak dan bukannya ketepikan hak mereka yang berkenaan. Berdamailah kerana ia jalan yang dituntut agama. Ingatlah...hanya ada tiga bahagian UMNO di Perlis dan tak payah berterusan mendengar 'bisikan jarum syaitan' dari mereka yang sentiasa mengaut kesempatan dari 'KETUAAN' anda.
Kepada NAJIB, sama ada percaturan anda betul atau tidak kena tunggu dalam masa 3 bulan sekurang-kurangnya sebelum terus kepada PRU-13 nanti kerana andai UMNO tidak mampu bersatu dalam erti kata sebenarnya dalam tempoh tersebut maka bersedialah dengan satu lagi TSUNAMI POLITIK yang bakal menyaksikan satu lagi TITANIC akan KARAM...Syabas kerana melantik 'ORANG MUDA' sebagai Pengerusi UMNO Perlis. Mungkinkah NAJIB melihat Md Isa Sabu lebih muda dalam gambar yang telah melalui proses editing menggunakan perisian terkini hingga meyakinkan bahawa Md Isa Sabu memang muda dan layak untuk mengisi transformasi UMNO yang diwar-warkan.
p/s: Macam dah semakin dekat sahaja UMNO nak 'wafat'...???
thx!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Mr.Perfect!
Ini cerita best..cerita dalaman! lagi detail lagi bagus. Cerita macam gini orang nak baca!Huhu..
Perfect..Mmg perfect!
macam best saja..tapi aku tak setuju ko kata kat mad isa produk haram...jgn jadi haram jadah....
Salam Bro Tanpa Nama,
Aku sekadar ulang apa yang gerombolan Shahidan kata kepada Md.Isa Sabu...Cuba faham lebih dalam sikit Bro...kalau tak mau nak faham, tak dapat la aku nak cakap lagi...
thx!
Catat Ulasan