Mei 07, 2009

Blogger Pondan Negara...Jawab Jangan Tak Jawab!

Hari ini aku petik apa yang dikatakan oleh TDM, Mantan Perdana Menteri Malaysia yang paling ditakuti oleh barisan Bloggers Pondan Negara a.k.a BPN

* Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memecat seseorang Perdana Menteri.

* Bekas Perdana Menteri berpendapat, perkara yang sama diaplikasikan di negeri-negeri iaitu raja tidak boleh menyingkirkan ketua kerajaan melainkan terdapat undi tidak percaya.

* Bagaimanapun beliau tidak merujuk perkara itu kepada kes di Perak sebaliknya menyerahkan kepada mahkamah berhubung pengesahan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar yang baru.

* "Raja tidak boleh menolak untuk tidak melantik seseorang Perdana Menteri tetapi baginda tidak boleh memecat apabila sudah membuat pelantikan sehinggalah ada undi tidak percaya.

* "Saya fikir peraturan itu juga terpakai di negeri-negeri tetapi dalam kes Perak mungkin ada undang-undang lain, jadi ini saya boleh diperbetulkan," katanya.

* Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada siri wacana perdana bertajuk Peranan Eksekutif, Legislatif, Kehakiman dan Raja Berperlembagaan dalam pemerintahan di Malaysia di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

* Mengulas mengenai krisis politik di Perak, Dr. Mahathir yang memimpin negara selama 22 tahun melihat Barisan Nasional (BN) tergesa-gesa bertindak mengambil alih kerajaan negeri itu daripada pakatan pembangkang.

* "Saya lihat begitu, ia agak tergesa-gesa. Mungkin mereka membuat sesuatu yang betul, tetapi ia agak terburu-buru," katanya.

* Dr. Mahathir menjelaskan, orang ramai perlu mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku di Perak iaitu mereka tidak seharusnya bertindak tergesa-gesa dalam membuat keputusan.

* "Sesuatu perkara itu mesti dipertimbangkan secara betul sebelum keputusan dibuat.

* "Ini kerana apabila kita dalam keadaan terlalu tergopoh-gapah, kita selalunya membuat silap, jadi dalam situasi apa sekali pun, sentiasalah ambil sedikit masa untuk berfikir," katanya.

* Kepada soalan adakah beliau merasakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah menyalahgunakan keistimewaan baginda berhubung kes politik di Perak, Dr. Mahathir menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

* "Saya tidak mahu membuat keputusan tentang perkara ini. Biasanya apabila sesuatu perkara dirujuk kepada mahkamah, kita akan menutup mulut," katanya.

* Beliau juga enggan mengulas sama ada pilihan raya di seluruh Perak perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu.

p/s: Moral cerita ini ialah JANGAN DOK KALUT NAK BUAT JAHAT, APA NAMA MASALAH TAKKAN MUDAH NAK DISELESAIKAN...

5 ulasan:

Unknown berkata...

Dear PerfectWater,

1. Please show me where did Tun Dr Mahathir even mentioned or even stated or better yet give a hint that Sultan cannot remove MB in the case of Perak!

2. FYI, Tun Dr Mahathir was clearly answering the question from a reporter asking if Agong has the power to remove the PM.

3. In the Perak case, Tun Dr Mahathir clearly mentioned that we should leave it to the court to decide.

4. He also stated that a state government can be brought down by vote of no confidence...which is what Zambry is gonna do today!

5. Why did you not mentioned about Tun advise to Malaysian (in the same PC mind you) of not to derhaka to Sultan/Raja for POLITICAL and PERSONAL reason?

6. I suggest you stop tabur fitnah. Are you not afraid of Allah s.w.t punishment?

PUTRA MERDEKA berkata...

salam tuan,
lama x dengar berita? pergi umrah ker..
mahadey dah ada pengalaman sebab masa uruskan kes anwar tak kemas dan tergesa-gesa itu sebab minta najib jangan buat macam dia, teman ada menulis isu mahadey ni yang terbaru bertajuk 'mahadey..macam2 gila' kalau sudi baca dan komen la, tkasih

Basuh Baju berkata...

sbnrnya apa yg Madey ckp ni mmg betul.
Sultan tak boleh pecat MB.
tp mgkn disebabkan yg bercakap itu Madey, maka kita berasa marah..

pun begitu rampasan kuasa di Perak mmg satu perkara yg rumit dan tidak adil kerana berlaku banyak salah guna kuasa dan doktrin pengasingan kuasa tidak dihormati..

salam ziarah..

Pengunjung berkata...

You missed an important qualifier by Tun at the recent discourse at Perdana Leadership Foundation.

He acknowledged not familiar with Perak constitution and merely generalising.

perfectwater75 berkata...

Saudara Pengunjung,

Mahathir hanya tak mahu sentuh Sultan Perak sahaja...tuan pun tahu kenyataannya...tak payah la nak tegak apa yang basah...Bukankah Mahathir tu UMNO juga..

thx!