Mei 16, 2009

SAH!!!! NAJIB BUKAN PM...PM MALAYSIA YANG SEBENAR IALAH...

Salam Bloggers!

Boleh juga klik sini...

Kalau laporan ini diambil kira maka seolah makin terang cakap-cakap bahawa NAJIB bukanlah PM yang sebenar. Ini kerana NAJIB pernah mempertimbangkan hasrat untuk tidak bertanding dalam PRK selepas tewas teruk dalam beberapa siri PRK sebelum ini tetapi kenyataan 'longlai' NAJIB telah ditempelak oleh Mahathir yang terus menunjukkan kepada dunia bahawa beliau masih berkuasa.

Jika anda baca sampai habis laporan MALAYSIAKINI ini maka terbukti UMNO telahpun menggerakkan jentera di Penanti sedangkan NAJIB belum menentukan sama ada UMNO/BN akan bertanding di Penanti kali ini. Maka saya mengambil kesimpulan awal untuk menyatakan ini semua satu lagi episod RETORIK dari seorang yang hanya ada nama sebagai PM sedangkan seperti ada tangan-tangan lain yang lebih berkuasa untuk menentukan perjalanan pemerintahan negara.

Jelas, UMNO berada dalam keadaan yang paling tertekan kerana masih belum pulih dari trauma kekalahan teruk dalam PRU-12 yang lalu. Berjayakah UMNO mengubati hati orang Melayu yang tercalar dek kelakuan beberapa pemimpin yang cuba berjiwa 'maharaja' dan bersifat 'democrazy' yang mempergunakan setiap ruang dan peluang yang ada tak kira siapa sahaja dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar orang, asal ada keuntungan politik. Anehnya, semua keburukan dilempar kepada orang lain. UMNO perlu transformasi secara menyeluruh...Tak payahlah hendak beretorik dengan pelbagai SLOGAN baru yang tiada maknanya kerana hakikatnya rakyat sudah jemu dan jemu serta jemu dengan UMNO....

Apakah benar kata-kata bahawa PM MALAYSIA sekarang ialah MAHAJIRO??? Anda tentukan sendiri....

4 ulasan:

PUTRA MERDEKA berkata...

salam tuan,
siapa mahajiro tu?

Tanpa Nama berkata...

Tuan
Jangan jadi bodoh lah tuan!!!!!

Melihat kpd tajuknya alangkah menariknya. Tetapi isinya teruk, sama terk dengan penulisnya.

Orang bodoh memang begitu, suka mengada-adakan perkara yg tiada, memanjangkan yg pendek, mengulas atas andaian yang bukan-bukan.

perfectwater75 berkata...

Salam,

PUTRA MERDEKA...,

katanya MAHAJIRO tu gabungan tiga nama besar, entahlah betul ke tak...Mahathir,Najib & Rosmah.....hahahaha!

Tuan Tanpa Nama 01:17, memang tuan seorang yang bijaksana...

cuba tuan nyatakan mana andaian yang bukan-bukan? mana yang dikatakan mengadakan apa yang tiada? rasanya artikel kali ini taklah panjang sangat...

Sudahlah, usah berhipokrasi dengan kenyataan...

anyway, tq!

thx!

perfectwater75 berkata...

Salam,

Tanpa nama 01.17 am, saudara boleh layari link ini...

mana tau terbuka otak tuan yang bijaksana ni.. hahahaha!

http://ccheckmate.blogspot.com/2009/05/mahathir-sudah-nyanyuk-ker.html

thx!