April 18, 2009

Bila Mahkamah Buat Keputusan....UMNO terus kelam-kabut

Salam Bloggers!

Mahkamah Persekutuan selaku mahkamah paling tinggi telah bersuara dan membuat keputusan namun ada sahaja yang cuba disembunyikan media pengampu dan pembodek di malaysia seolah terlupa bahawa sekarang bukan zaman 60, 70, 80, 90-an yang mana rakyat hanya bergantung kepada berita 'palsu' bulat-bulat sebagaimana yang berlaku kepada Tengku Razaleigh ketika PRU 1990. Mahkamah telah menolak keputusan Speaker DUN Perak yang menggantung MB 'haram' Zamri dan 6 EXCOnya. Namun jika kita selusuri apa yang cuba disembunyikan media cetak yang ada maka kita tahu bahawa UMNO kini semakin kelam-kabut kerana jika DUN Perak tidak atau gagal mengadakan sebarang Sidang Dewan dalam masa enam bulan maka DUN akan terbubar secara otomatik dan pilihanraya wajib diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh ia terbubar.

Cuba baca ulasan ini atau ini atau ini atau ini atau ini atau ini ternyata semuanya akan mencetuskan sesuatu yang akan menjadi penentu kepada kesahihan Kerajaan BN Perak yang berjaya ditegakkan melalui 'kudeta' pada awal Februari yang lalu.

Sebenarnya siapapun tidak pernah menjangkakan bahawa krisis politik Perak yang dicetuskan oleh Dato' Nasaruddin dan 3 ekor katak akan berlanjutan sehingga ke hari ini. Bukankah penyelesaian kepada semua ini sudah tersedia tetapi tentunya ramai dalam kalangan pemimpin UMNO yang 'kuat' dan 'perkasa' itu seperti takut untuk menghadapi mahkamah rakyat sedangkan masing-masing mengaku UMNO parti yang kekal utuh dan relevan dan masih diterima rakyat. Mana buktinya? kalau setakat bercakap sahaja, maka sesiapapun boleh juga bercakap mereka itu kuat dan gagah.

Najib mesti tunjukkan keberanian dengan mengarahkan pembubaran DUN Perak dan menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukan siapa yang layak menjadi pemerintah mereka di Perak. Soalnya? Beranikah NAJIB?

thx!

4 ulasan:

Unknown berkata...

Berani? Nak disembam makan pasir oleh rakyat Perak?

Tanpa Nama berkata...

1 Tak perlu, biar melayu ambil pengajaran daripada apa yg berlaku.
2 Biar melayu saksikan betapa berkuasanya si india tu. Semua orang digantungnya. Akhir sekali dia sendiri yang akan menggantung dirinya.
3 Biar melayu di negeri perak sedar akibat memberi sokongan kepada golongan bukan melayu itu.
4 Biar melayu sedar betapa akibatnya bila melayu tidak berkuasa lagi di negeri kelahiran datuk nenek mereka ini.
5 Sama-sama kita pastikan melayu menjadi peminta sedekah di negaranya sendiri suatu hari nanti.

Wan Mustahil

Tanpa Nama berkata...

Hoi tampa nama
Ini bukan kerana melayu ,india atau cina.ini punya cerita adalah mencari kebenaran.Allah memberi kita rezeki maka berusahalah kenapa pula takut pada keadaan . sesiapa pun memerintah kita kena berusaha untuk mencari rezeki apasaql nak menjadi peminta sedekah. hanya orang yang malas seperti saudar saja yang mahu menjadi peminta sedkah.Saudara seolah olah tiada pegangan hidup takut pada bayang bayang umno kut ?.Kalau saudara beriman dan bertawakal kepada Allah saudara saya rasa tak gusar.

Tanpa Nama berkata...

Rasa2 Wan Mustahil ni geng2 'Anak Kecil Main Api' la..

Takda modal lain ke? asyik-asyik Melayu...asyik2 Melayu....Dok kalut nak tegakkan Ketuanan Melayu tapi tak pula nak kalut pertahan Ketuanan Islam...

hancuss!