April 09, 2009

Kabinet Baru Najib...Benarkah Ia Detik kehancuran UMNO yang Seterusnya...

Salam Bloggers!

Tentu ramai yang terkejut dengan perlantikan beberapa muka baru terutama mereka yang kalah dalam pemilihan UMNO yang lalu sebagai ahli kabinet baru kerajaan pimpinan PM Najib.

Semestinya, mereka yang pro kepada KJ takkan berpuas hati dengan tercicirnya Ketua Pemuda UMNO yang baru ini dan sebaliknya pesaingnya yang tewas dengan undi terendah pula yang memiliki kerusi timbalan menteri seperti yang diumumkan oleh Najib sebentar tadi.

Apakah ini akan menjadi 'turning-point' kepada kejatuhan UMNO sebagai sebuah kerajaan apabila 'bos besarnya' terpaksa mengikut kata seorang tua di belakangnya walaupun ia dinafikan secara keras oleh 'orang tua' tersebut?

Apakah agaknya reaksi KJ sebagai seorang ketua pemuda yang tidak memiliki sebarang jawatan dalam kabinet selepas ini? Episod drama 'Aku Perdana Menteri...' jelas semakin menarik dan tentunya ia jalan berliku untuk ditempuhi oleh UMNO selepas ini.

Apakah pula komen Mukhriz bila dilantik menjadi timbalan menteri selepas kenyataannya terdahulu yang tidak mahu memegang apa-apa jawatan dalam kabinet sekiranya ditakdirkan menang dalm pemilihan UMNO baru-baru ini?

Saya tunggu dan akan terus menunggu apa kesudahan jalan cerita drama ini nanti...saya tak terkejut kalau 'transformasi' yang diharapkan tak terlaksana dengan berkesan kerana apa yang diputuskan oleh PM Najib hari ini.

thx!

16 ulasan:

USD berkata...

Salam tuan, aku tumpang ketawa di blog tuan tengok line-up najib ni...hahahahahah

zeme berkata...

Sah..proksi Mahathir kembali dlm kabinet Najib..maka untuk apa Najib jadi PM? baik Mahathir ambil balik jawatan PM..Khairy tidak dilantik, Mukhriz dilantik meskipun Mukriz pernah nyatakan secara terang lagi bersuluh beliau tidak berminat memegang apa-apa jawatan sekalipun dlm kabinet sekiranya menang Ketua Pemuda..jadi adakah Mukriz juga telah mula Flip Flop..? atau sebenarnya Mahathir yang Flip Flop?

Tanpa Nama berkata...

Mukriz pernah nyatakan secara terang lagi bersuluh beliau tidak berminat memegang apa-apa jawatan sekalipun dlm kabinet sekiranya MENANG Ketua Pemuda...Mukhriz kan kalah.tidak salah beliau menerima jawatan itu.. ok zeme?

Tanpa Nama berkata...

nasib baik le ikut tunM , kalau ikut TunA fish, hancuss..
aku rasa perfectwater blog pun kena banned kalau Bro Anwar Bin Ibrahim jadi PM.

Tanpa Nama berkata...

Mengapa UMNO bersusah payah untuk menang?

Kuasa, Harta, Agenda peribadi ....…………

Warisan kuasa Dinasti aristokrat Melayu/Mamak ...
..2 keluarga besar keturunan Datok Noh Genting, keturunan Mohamad Iskandar Kutty,.....,

Melancung berhibur ke Hadyai, Medan, Bali,………………….

Duit saku, rasuah, politik wang. "Wang Besar,.... Wang Besar. .......Wang Besar!!! RM, RM, RM $$$$$$$$$$$$$ ................................?????

Lain2 fikir dan tambahlah sendiri ………………… ?????

Tanpa Nama berkata...

Memang betul anggapan orangramai yang Najib menjadi proksi Tun M sebagai PM. Bukan setakat sebagai penasihat tapi sebagai pemandu. najib cuma jadi penumpang.
Mana ada logik, yang menang Ketua Pemuda UMNO tak dapat jawatan dalam kabinet tapi yang kalah dan tempat ke3 pula dapat jadi Timbalan Menteri. Ini macam nak ambil hati Tun M. Takut kena kritik macam Tun M kritik Tun Abdullah dulu?
KJ bagi saya lebih berkarisma dan pandai memberi pendapat. Mukhriz bagi saya tak berapa vokal dan berpengetahuan. Tengok semasa Hujah di TV9 tempoh hari. nampak jelas KJ lebih bijak.
Akan berpecah Pemuda UMNO lepas ini?
Tak Puas.

Tanpa Nama berkata...

Ni lah akibatnya kalau ketaksuban pada pemimpin (lali & sasau)masih terus diamalkan.

Dulu..Tun.M kata keluar dari UMNO kerana UMNO masa tu UMNO Pak Lah, jadi sekarang ni...UMNO sapa punya???

Kata nak PERUBAHAN.. takut REBAH atau DIUBAH jadi PEMBANGKANG..!! Masin ke mulut Dato Seri Najib ni... hinggakan UMNO sedang menuju ke tebing curam..!!

Tiada hargakah suara perwakilan PEMUDA yang telah berhempas pulas menobatkan ketua mereka, walaupun terpaksa `menongkah arus, melawan ombak' dari gerombolan Tun.M??? Walau satu SEN pun teda harga???

Tanpa Nama berkata...

perwakilan 304 UMNO. Jangan kecewa. Jika anda mengundi KJ, pastilah anda tahu apa dia cakap masa menang tu.

"RAPATKAN BARISAN. JANGAN GADUH. TOLONG SAYA UNTUK MEMBAWA PEMUDA KEHADAPAN"

Jadi, jangan komplen. Marilah kita semua rapatkan barisan seperti kata sedara KJ tu.

pemerhati bebas berkata...

Bab kj tak jadi menteri ke timbalan ke aku tak kisah. Masalahnya kenapa Kementerian Pembangunan Usahawan yang jaga MARA, LPKP, Pusat Khidmat Kontraktor di'hilangkan'? Siapa pula nak jaga semua ni, kementerian mana? Bukankah Kementerian ini yang juga jaga UDA? Dulu Kementerian Perusahan Awam, kemudian jadi kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, sekarang dah jadi Kementerian Tiada Lagi?

Apakah DS Najib pun macam Guan Eng? NoMORE DEB! Kesamaratan untuk semua. 1 MALAYSIA...kedengaran hebat, tapi kalau difikir-fikirkan sama macam Malaysian Malaysia. Slogan siapa agaknya ini?

Apakah Najib tidak mahu dilihat sebagai ultra-Malay seperti Tun Razak? Atau beliau bijak dan sengaja menyembunyikan agenda melayu dalam kabinetnya?

Masih ingatkah kita UDA suatu masa dulu agensi kerajaan, kemudian diswastakan oleh Mahathir, kemudian Paklah mengkerajaankan semula UDA untuk bantu Melayu bandar sebagaimana tujuan asalnya ditubuhkan.

Apakah Najib mendapat nasihat dari orang yang sama menswastakan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk bantu Melayu dalam pembentukan kabinetnya?

Isu KJ, Mukhris isu kecil sahaja...tak payah nak melalut jauh hingga terlepas pandang isu sebenar? 1Malaysia...

perfectwater75 berkata...

Salam,

Terima kasih semua atas komen pro dan kontra...tetapi saya paling suka ketawa Ustaz Said kali ini...

kesian juga kat KJ sebab jadi menantu Tun Abdullah...

thx!

azlishukri berkata...

penyokong KJ harap sabar..lepas ni pergi la minta kontrak banyak2 kat KJ. Tolong trima keputusan Najib.

cekodokmasin berkata...

Salam tuan,
Hanya pada zaman Dato' Hishamudin sahaja Ketua Pemuda memegang jawatan dalam Kabinet sebab dia jadi MP. Sebelum itu, zaman zahid Hamidi, zaman Nazri Aziz, zaman Rahim Tamby Cik, zaman Harun Idris, zaman Syed Jaafar Albar tak ada pegang jawatan kabinet. Jadi, tak perlulah dihairankan...

Walk D Talk 09 berkata...

Sebenarnya kita tak keah sapa jadi menteri kabinet, Mukhriz ke Khir toyo ke , org jual pisang , jual cempedak , hual nasi lemak ke nak dilantik jadi senator dan dilantik jadi menteri ke , kita tak kesah, cuma yang kita kesah , bila PM kita kena remote kontrol dari jauh, amik yang ni , buang yang tuh , duduk, bagun , duduk balik. macam mana , baru seminggu jadi PM dah nampak cerita sebenar, dulu dia janji ngan Muhyiddin , ko desak .. ko desak ;;; aku kena jadi baik... nanti aku janji kasi ko jadi TPM. dup dup Ali Rustam pulak popular dan boleh kalahkan Muhyiddin. apa lagi si mamak kata, kan kita dah janji ngan Muhyiddin, Potong si Ali. Mohd taib tak apa , itu boleh gigit. dalam pada tuh kita potong KJ ngan Toyo, senang anak aku tak yah bertanding, tak menjadi pulak. Seminggu saja dah nampak cerita sebenar, Skrg ni Tun lagi banyak bercakap dari Najib. bila orang tanya Najib , Tun Jawab. Abis macam mana... ini bukan perubahan, ini rampasan kuasa.... kita tak kesah KJ tak dapat jawatan ,yg kita kesah Mukhriz tak malu ke.....ishhhh kalau kita , kita malu sangat , sebeb kita tahu bapak kita gi mintak kan tempat yang kita tak layak , MITI lak tuh ,banak lah AP yang akan keluar.Tak apa lah kita akur aja, tapi kalau ada kawan kawan nak geng lanyak ,,,,, huh kita pun nak join........

Walk D Talk 09 berkata...

Airsempurna..... nak tanya ustaz kat atas tuh mang duk sini ke..... asyik dia aja kat atas,macam umah dia aja, ke memang umah tempat singgah ..siap ajak ketawa kat sini bersama sama , macam mesra aja ..... I am sorry

Tanpa Nama berkata...

… Unbelievable , but I just found software which can do all hard work promoting your perfectwater75.blogspot.com website on complete autopilot - building backlinks and getting your website on top of Google and other search engines 1st pages, so your site finally can get laser targeted qualified traffic, and so you can get lot more visitors for your website.

YEP, that’s right, there’s this little known website which shows you how to get to the top 10 of Google and other search engines guaranteed.

I used it and in just 7 days… got floods of traffic to my site...

…Well check out the incredible results for yourself -
http://magic-traffic-software.com

I’m not trying to be rude here, but I believe when you find something that finally works you should share it…

…so that’s what I’m doing today, sharing it with you:

http://magic-traffic-software.com

Take care - your friend Jennifer

Tanpa Nama berkata...

After getting more than 10000 visitors/day to my website I thought your perfectwater75.blogspot.com website also need unstoppable flow of traffic...

Use this BRAND NEW software and get all the traffic for your website you will ever need ...

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

In testing phase it generated 867,981 visitors and $540,340.

Then another $86,299.13 in 90 days to be exact. That's $958.88 a
day!!

And all it took was 10 minutes to set up and run.

But how does it work??

You just configure the system, click the mouse button a few
times, activate the software, copy and paste a few links and
you're done!!

Click the link BELOW as you're about to witness a software that
could be a MAJOR turning point to your success.

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com