April 13, 2009

Langkah Pertama Muhyiddin Yang Sumbang...???

Salam Bloggers!

Agak terkejut juga dengan nada berterus-terang oleh Neo-TPM kita dalam Mingguan Malaysia semalam mengenai rasa kecewanya tentang sikap 'bermuka-muka' pengundi Cina khususnya dalam beberapa siri PRK yang dilalui UMNO Pasca PRU-12. Namun saya lebih terkejut dengan 'nada lebih berterus-terang' wakil orang Cina Malaysia dalam laporan ini jika ia benar dipetik sebagai berkata sedemikian.

Kata wakil orang Cina itu lagi, Pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan dengan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN,"Bukan Melayu tidak suka dilayan seperti peminta sedekah, hanya ketika pilihanraya kecil, lebih banyak penaikan taraf jalan dilakukan, peruntukan kepada sekolah, NGO dan badan amal meningkat.

Kata Neo-TPM, "Ya, kadang-kadang kita berasa terpedaya juga kerana zahirnya nampak macam 'OK', sambutan dengan tepukan gemuruh tetapi mungkin sudah ada tertanam dalam hati iaitu sesuatu tidak mudah hendak berubah, pokoknya masalah isu Perak terutamanya di kalangan masyarakat Cina yang mungkin telah dipengaruhi dengan sentimen simpati kepada Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, kononnya dia 'dijatuhkan', lepas itu kononnya dasar memberi pegangan tanah selama 99 tahun dilihat dasar yang menguntungkan.
"Ini yang mungkin menyebabkan sukar BN mendapat sokongan walaupun kita fikir bila mereka hendak sekolah Cina dibantu, kita bantu, sepatutnya mereka membalas budi.

Takkanlah anda baru perasaan tentang hakikat ini? Kalau mengikut pengalaman anda rasanya sudah cukup mantoop untuk mengawal situasi seperti ini dan bukannya menghambur kekesalan ketika UMNO dilihat sebagai penunjang BN yang makin lemah dan tidak dihormati kerana skandal dan politik membabi-buta yang diamalkan sebilangan ahli-ahlinya.

Sejak bila kerajaan mengharapkan balasan daripada apa yang telah diberikannya kepada rakyat?

Siapa yang perlu dikambinghitamkan pula apabila anda menyedari pengundi cina secara khusus dan bukan Melayu secara umumnya menolak BN tanpa henti sejak dari PRU yang lalu?

Apakah individu yang telah dipecat UMNO seawal 1998 yang akan terus dipersalahkan lagi seperti selalu?

Mungkin ada nama-nama baru yang perlu juga dikambinghitamkan sebagai memenuhi 'aspirasi' Satu Malaysia Najib?

Saya sekadar menyampaikan pandangan. Tidak mahu dilihat terlalu menyebelahi sesiapapun. Cuma ada baiknya, Neo-TPM mempergunakan segala pengalaman yang ada untuk menguatkukuhkan perjuangan UMNO dari terus bergantung kepada mana-mana pihak yang dilihat sebagai tidak setia dalam perjuangan. Bangkit terus dari lamunan dan mimpi semalam wahai Muhyiddin kerna langit tak selalu cerah buat dirimu. Pengaruh akhbar Cina cukup kuat dalam kalangan pembacanya. mereka bisa menjadi pemangkin kepada kejatuhan kerajaan anda selepas ini. Beringatlah sebelum terlambat. Biar tampak anda lebih berhati-hati membuat kenyataan dalam nada yang rasional jangan pula melekat penyakit Menteri Pelajaran yang lalu kepada diri anda. Hari ini nampak tegas esok...i'm sorrrrryyyy....

hahahahaha!

thx!

9 ulasan:

bERANIKAN hATI berkata...

Pada ketika bilakah pihak pembangkang akan setuju dengan apa yang kerajaan buat? Pada ketika bilakah bangsa cina akan berterimakasih kepada bangsa melayu yang sanggup berkongsikan negara yang tentunya milik dengan orang lain. Sila baca http://braveheart-blogger.blogspot.com/2009/04/tidak-puas-hati.html

perfectwater75 berkata...

Salam,

Puas hatikah bila TDM mencipta rekod sebagai orang tertua memohon menjadi ahli UMNO?

Apalah yang masih UMNO harapkan dari seorang yang sudah puas merasai nikmat dunia? Sedangkan umum mengetahui UMNO menghadapi krisis kepercayaan dalam kalangan generasi muda ataupun lebih tepat Pengundi Saluran Tiga dan Dua. Puas hati?

Hampir setahun menghentam UMNO di sebalik nama Pak Lah, tiba2 masuk kembali dan mahukan anaknya yang ditolak sebilangan besar perwakilan Pemuda UMNO mengganggotai kabinet dengan menghentam KJ habis-habisan beberapa hari sebelum pengumuman dibuat?

Puas hatikah TDM? Puas hatikah? Mungkin puas tetapi belum tentu sebilangan besar perwakilan yang menyokong dua lagi calon selain Mukhriz puas hati?

Siapa yang menjadikan Cina begitu kuat kuasa penentunya dalam sesuatu pilihanraya? UMNO atau ANWAR?

Siapa yang biasanya puas hati mneyerahkan kawasan majoriti melayu kepada calon CINA atau INDIA atas alasan semangat perjuangan SATU MALAYSIA? Contoh terbaik Bukit Selambau di Kedah dan Titi Tinggi di Perlis.

Biasanya UMNO yang suka sangat berpuas hati dan apabila menyedari bahawa rasa puas hati dengan apa yang tersurat sahaja tidak mencukupi barulah hendak menggelabah mencari formula terbaik. Senjaa Ampuh Memakan Diri...macamana? Puas Hati?

thx!

bERANIKAN hATI berkata...

kita akan berpuashati bila bangsa dan negara kita dipimpin oleh bangsa lain. kita yang tidak kuat ekonomi jiga kalah dalam politik yang tingal hanya kenangan masa lalu semasa bangsa melayu memperjuangkan negara dari penjajah. kita akan sama-sama puas hati bula kita sama-sama kehilangan segalanya nanti.

Walk D Talk 09 berkata...

Menarik tulisan ini, bukan kita tak sokong UMNO , check and balance aja, kami pun ada artikel bari tajuk tah apa apa tah itulah tajuk nya,

perfectwater75 berkata...

Salam,

U right Walk D Talk 09! tapi...masalahnya masih ada yang suka mendendangkan lagu lama dan menyalahkan orang lain...diri sndiri suci sangat...Dok kata Cina DAP nak kaut kuasa Melayu...alih2 Cina MCA yang demand tinggi...MIC pun tumpang sekaki....

Tukarlah lagu baru...peminat dah boring dengar...asyik lagu tu juga..
thx!

bERANIKAN HATI berkata...

1. orang tua tak boleh masuk parti? tak layak mengundi -puashati?
2. dari orang tua kita harapkan pengalaman hidupnya untuk kita ambil iktibar, apakah orang setelah tua tak patut hidup lagi tak patutkah ibu-bapa kita hidup lagi setelah membesarkan kita - puashati?
3. bertahun-tahun anwar menghentam tdm dan BN/UMNO dan mengadai bangsa kepada bangsa lain,terlibat dengan liwat dan salahguna kuasa dan rasuah tapi masih nak jadi no1 - puashati?
4. anwar dalam UMNO lakukan segalanya dan setelah keluar menghentam pula, pemimpin yang tak jujur dan pandai berlakun dan sangup mengangkat cina - puashati?
5. parti UMNO hanya untuk bumiputera sahaja tetapi pkr anwar untuk cina dan keling - puashati?
6. UMNO berkongsi kuasa dalam bn tetapi pkr berkongsi kuasa dalam parti, ini ada perbezaan. ada faham dan puashati?
7. pkr menggalak untuk rusuhan, galak pengikut jadi kurang ajar, apa kita mahu jadi spt thailand yg tak stabil politiknya? yg rusuh orang melayu yg dpt hasil org cina. tidakkah bodoh melayu? - puashati?
SEBERSIH MANA PUN AIR AKAN TERCEMAR OLEH FIKIRAN YANG KOTOR - PUASHATI??

Tanpa Nama berkata...

Excuse me..... dilayan macam pengemis??? Siapa yang dapat habuan bila projek-projek kerajaan dikeluarkan?? Siapa yang jadi towkey besar sejak BN jadi pemerintah??? Siapa yang miliki rumah-rumah kedai disegenap penjuru Pekan,Bandar,Bandaraya.. dinegara ini??? HELLOOO...

Inilah manusia yang tidak pernah puas... bila projek kerajaan diberi pada Bumiputra..mereka juga yang jadi pembekal,tak perlu dapat projek..kerana, barang2 mereka yang supply... bukan sikit harga yang mereka `mark-up'...MASIH TAK KENYANG LAGI??? Astaganaga...

iam_khufu berkata...

Taktik pembangunan semasa pilihanraya hanya berkesan pada orang melayu dan tingkat umur pada mereka yang berumur 50 tahun keatas sahaja. Bagi pengundi muda mereka sudah tidak makan dengan taktik sedemikian. Jadi lupakan lah taktik sedemikian rupa. Lebih baik UMNO menonjolkan kepimpinan pemimpinnya, idea baru, sebuah parti yang mampu memberikan kemakmuran kepada negara dan lain lain lagi. UMNO masih tak berubah

.@blogger.com berkata...

LEBIH BAIK UMNO MENGALAH DAN BIARKAN DAP MEMERINTAH MALAYSIA SUPAYA REMAJA ZAMAN INI YANG TAK PERNAH MERASAI SENGSARA SEMASA BELUM MERDEKA AKAN DAPAT NIKMAT DAN MERASAINYA BILA MELAYU AKAN DILAYAN SEPERTI PENGEMIS KERANA KEMISKINAN DAN TAK MENGUASAI EKONOMI? MOHONLAH PADA ALLAH SEMOGA HARAPAN INI DI PERKENANKAN.
AKU MINTAK SANGAT DAP PERINTAH MALAYSIA SEPERTI PAP PERINTAH SINGAPURA, NAK LIHAT MACAMANA BESAR KEPALA ORANG MELAYU PEMBANGKANG NI YANG TAK SEDAR MEREKA HANYA JADI ALAT MEMECAHBELAHKAN MEAYU. SESUCIMANA PUN AIR JIKA DATANG DARI LEMBAH YANG HINA AKAN TETAP KOTOR DAN CEMAR. BERSIHKAN JIWAMU perfectwater75