April 04, 2009

Maka Sahihlah UMNO Amalkan KASTA!!!!

Salam Bloggers!

Dalam kekalutan kempen 3 PRK 2 Bukt dan 1 Batang, umum seperti terlepas satu berita sensasi tentang kemasukan semula TDM ke dalam UMNO jika berita ini 'boleh' dipercayai.

Andai ia benar maka sahihlah UMNO parti yang mengamalkan kasta dan pilih kasih kerana boleh pula menerima seorang ahli yang keluar dengan sendiri tanpa sebarang syarat. Walaupun selama ini beliau teruk menghentam kepimpinan Tun Abdullah Badawi tetapi ia tidak dipedulikan atau dianggap sebagai 'dosa' kepada bangsa Melayu kerana 'kasta' semasa TDM memungkinkan beliau akan diterima masuk semula bersama anaknya yang turut keluar sebagai menyokong bapa kesayangannya.

Cubalah kalau orang lain yang berstatus kasta PARIA dalam UMNO, nescaya permohonannya akan dibuang ke dalam tong sampah dan mungkin akan dikoyak atau dilupuskan sebagai tanda 'benci' yang amat sangat.

Inilah hakikat UMNO yang bersuara mahu berubah tetapi sebenarnya macam itu juga...Apa akan jadi kepada Tan Sri Sanusi Junid yang turut keluar UMNO kerana mengikut 'maha-guru' UMNOnya keluar parti sehingga dilucukan jawatan Reaktor UIAM? Biarlah adil kepada semua jangan memilih bulu mana yang lebih halus dan cantik bila bicara soal pelembagaan parti. Saya tak mempertikaikan sumbangan besar DM tetapi apa jua pekara mestilah mengikut prosedur dan perlembagaan yang sedia digubal kerana jika pimpinan di atas tidak menurut maka jangan diharap akar di bawah akan turut sama mengikut, UMNO sebuah parti bangsa yang akan terus rosak jika perubahan yang dicanangkan sekadar pemanis di bibir sahaja.

Perfectwater hendak tunggu komen BPN dalam hal ini....

thx!

5 ulasan:

USD berkata...

Salam, stuju dgn tuan. ExYB John Ghani, ahli Usno yg kemudian iut Umno dr awal.Jwtn t'akhir Ktua Penerangan, keluar Umno dan menang bebas DUN Kuala Penyu PRU 2004. Apply join Umno lps tu tp ditolak. 2009, dia join PKR. Siapa rugi?

anti Mahathir berkata...

John Ghani bertanding dalam pilihanraya menentang calon BN. Perlembagaan UMNO tidak membenarkan sesiapa yang keluar UMNO bertanding dalam pilihanraya samada sebagai bebas atau calon parti lain menentang calon BN diterima semula oleh UMNO, ini termasuk Dato' Ibrahim Ali.Najib selaku Presiden perlu mengubah fasal ini dlam perlembagaan UMNO.

Kes Mahathir berbeza dengan kes di atas, namun ianya tidak beretika lansung..Mahathir sepatutnya tinggalkan terus politik, buatlah kerja-kerja amal, banyak lagi boleh dibuat. Mamak ni nak semua orang dengar cakap dia, itu saja masalah dia dengan Paklah.Paklah tak mahu dengar cakap atau ikut telunjuk Mahathir yang membuat Maharaja Mahathir murka.

perfectwater75 berkata...

Salam Ustaz dan Anti Mahathir...

ExYB John tu kan kastanya rendah, mana boleh bandingkan dengan TDM yang kastanya maha tingi tu...

Saya setuju Mahathir sepatutnya buat apa yang telah pemimpin terdahulu laksanakan selepas mereka tidak memegang tampuk pemerintahan negara.

Namun bila dia mahu juga terus berpolitik maka kena sedia terima segala caci maki dan cercaan dari insan politik...kalau dia dan penyokongnya tak mahu terima, maka ada baiknya buat apa yang lebih utama...

thx!

Musah berkata...

Salam,

Hukum sebab dan akibat, oleh Ibnu Sinna menyatakan sesuatu akibat pasti ada penyebab dan di tengah-tengahnya/wasad ada beribu-ribu penyebab untuk terjadi akibat

Justeru itu, kemasukan TDM akan mengakibatkan hal-hal positif untuk sesetengah pihak dan sebaliknya, memandangkan beliau adalah berpengaruh jika dibandingkan dengan subjet yang lain, di Msia ini

Tkasih

The Island of NAMOYAKI, berkata...

salam kepada tuan pemunya tinta,
bahasa tuan laksana bulan purnama,
jikalaulah bulan purnama jatuh ke riba,
maka apakah gerangan bakal jadinya?


berliuk lalu kiambang berolek,
di air jernih lenggoknya molek,
mata tuan nak tengok yang elok,
hati tuan nak rasa yang molek,

wahai tuan yang jauh dimata,
tidur tak lena teringatkan negara,
kalaulah tuan mahir berkarya,
mengapa tuan tak hadir bersama?


salam hormat,
zul rahman