April 19, 2009

UMNO Pengecut atau NAJIB Yang Pengecut?

Salam Bloggers!

Belum pernah ada dalam sejarah semenjak BN ditubuhkan, adanya kata-kata atau kenyataan yang seperti ini dan ini. Ia dikukuhkan lagi dalam laporan ini dan ini. Bila selak laporan ini dan ini pun ada cerita yang sama juga. Ini memaksa saya merealisasikan tajuk di atas sebagai artikel terbaru saya kali ini.

Kenapa UMNO/BN yang dikatakan tetap 'relevan' dilihat mengemukakan alasan untuk tidak terjuan ke gelanggang pilihanraya? Membazir? Siapa yang biasa membazir dalam kempen pilihanraya? Bukankah UMNO/BN! Kenapa perlu memberitahu kepada umum bahawa UMNO/BN sudah tiada telurnya?

Kalau mengikut dua tiga kenyataan 'ampu-bodek's' oleh dua tiga orang pemimpin yang seperti biasa akan menyokong sebarang kenyataan 'bodoh' presiden maka sahlah UMNO/BN sudah kehilangan 'telurnya' atau mungkin 'telurnya' itu sudah busuk kerana terlalu lama.

Mungkin ada hakikat yang cuba disembunyikan NAJIB bersangkutan dengan keadaan ekonomi semasa Malaysia yang semakin teruk dan dengan 50,000 orang pekerja kontrak di sektor awam yang bakal dibuang kerja atau ayat lembutnya ditamatkan kontrak mereka. Saya yakin UMNO/BN sudah kehabisan duit untuk ditaburkan ketika kempen. kalaulah faktor ini benar maka saya menyokong sangat-sangat kerana apa perlu wang ditaburkan kalau undi yang diharapkan tak kunjung tiba. Lagi senang kalau terus jangan ikut sebarang pilihanraya selepas ini. Baru berani orang nampak...hahahaha!
Beranikah NAJIB?

thx!

4 ulasan:

Aku Jati Diri berkata...

Salam,

Cadangan untuk tidak bertanding adalah tepat. Tidak membazirkan wang saya sebagai pembayar cukai hanya untuk memenuhi impian PR yang menggunakan sistem demokrasi untuk mainan politik murahan.

Sebenarnya Anwar yang hendak bertanding kerusi Penanti itu dan seterusnya menjadi TKM Pulau Pinang. Gila kuasa.

Abahnya Faez berkata...

sayang sekali... masih ada lagik orang2 umno yang berfikiran seperti Aku jati Diri.....

hahaha.. bila laa mau berubah beb....

dalam bab membazir ni.. baik check dulu..sape yang membazir sebenarnya....

hahahahha....fobia akan kekalahan......

PUTRA MERDEKA berkata...

salam tuan,
persoalan ini telah saya huraikan di blog saya "putra merdeka" dengan panjang lebar..

pengampu dalam UMNO dan BN akan tetap menyokong pemimpinnya tanpa menimbang, menghalusi dan mengambil pandangan ahli, rakyat marhaien.. itu la masaalah pemimpin UMNO dan BN hari ini..

cuma saya nak kongsi satu pandangan bahawa rakyat yang setia menyokong UMNO dan BN selama ini tetap akan memangkah BN apabila mereka keluar mengundi dan malang la sekiranya kali ini apabila mereka keluar mengundi dan tidak terdapat lambang BN di kertas undi.. jangan dicipta sejarah yang bukan bukan yang merosakkan parti..

perfectwater75 berkata...

Salam,

Saya pun hairan ada juga manusia seperti Aku JAti Diri..langsung tak rasional. Lempar tuduhan membabi-buta sahaja. Mana dapat maklumat DSAI mahu bertanding di Penanti sebab nak jadi TKM Pulau Pinang...Kira hebat juga kalau info ini betul tetapi confirm tak betul!

Terima kasih joechanker dan putra merdeka atas komen telus anda...

thx!