Salam Bloggers!
Episod terkini Drama Politik Perak terus berlangsung dan kali ini mungkin akan memberi kesan yang dahsyat kerana implikasinya mungkin...Kerajaan BN Perak akan ditumbangkan mengikut perlembagaan Perak sebagai membalas apa yang telah dilakukan oleh Bakal PM BIJAN.
Kuasa Speaker yang 'tersilap' diimunitikan oleh pihak yang merangka perlembagaan negara sebelum merdeka telah memberikan konklusi yang tak dapat diterima oleh sesiapa yang kuat menyokong pelan peralihan kuasa di Perak. Selama 50 tahun kekebalan itu tidak diganggu, apatah lagi dikurangkan kerana tradisi yang akan memerintah negeri-negeri ialah BN tetapi ia telah berubah dan tak mampu diubah untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan dua ini.
Sebagaimana yang diulas oleh Che Det dalam blog hitnya, bagaimana halnya dengan MB 'baru' yang digantung bersama rakan-rakan yang sama waktunya mahu masuk juga dan apa reaksi oleh Pengawal DUN Perak yang sedia mengetahui peraturan dan kuasa mutlak Speaker DUN dan banyak lagi yang ditanya sudah cukup menambahkalut dan membekukabut krisis yang sudah berlanjutan sejak dari awal Februari 2009 dan belum menunjukkan tanda-tanda mahu berakhir ini.
Maka tak salahlah kalau saya katakan ini juga antara kesan seterusnya "HIJRAHNYA DATO' NASARUDDIN" dan kegelojohan Bakal PM BIJAN bersama kuncunya Menteri Agama Malaysia untuk 'merampas' kuasa yang sepatutnya secara lebih berhemah dianbil kerana jika kuasa dikembalikan kepada rakyat dan BN dengan sokongan yang 'kuat' dan 'padu' daripada rakyat yang 'setia' dan 'memahami' hak Sultan Perak serta 'sangat yakin' dengan 'ketokohan' UMNO sebagai 'pejuang dan benteng terakhir' institusi beraja Melayu di Malaysia sejak dari mula merdeka hingga kini. UMNO kekal dengan 'rekod-rekod bersih' tanpa pernah mempunyai sebarang 'masalah' secara langsung atau tidak langsung khususnya dengan raja-raja Melayu.
Persoalannya..., beranikah UMNO untuk menghadapi satu pilihanraya negeri khususnya di Perak dalam masa terdekat ini?
Seperti selalunya, saya setia menantikan komen hebat pengunjung blog ini...
thx!
Februari 28, 2009
Februari 27, 2009
TOL NAIK!!! PALOI PUNYA KABINET!!!!
Salam Bloggers!
Semalam Menteri umum TOL NAIK LAGI, dan kenaikannya sangat kecil...Tup...Tup...Tup...hari ini PM pula kata minta kaji semula, dan ada pula ahli kabinet yang kononnya terkejut dengan kenaikan tersebut sedangkat menurut menteri berkenaan, apa yang diumumkannya itu ialah keputusan mesyuarat kabinet minggu lalu. ini yang membengangkan sangat bila memikirkan karenah menteri yang sedap duduk dalam kereta mewah tanpa perlu memikirkan untuk membayar tol bila melalui mana-mana lebuhraya yang berkenaan dan sedap-sedap pula memutuskan kenaikan harga tol ketika zaman kemelesetan ekonomi ini. Apa rasional selain dari retorik ia bersangkutan dengan PERJANJIAN KONSESI? Adakah ini satu lagi keputusan mahabodoh dari seorang bakal PM kita? Kenapa tidak dibuat pengkajian sedalam-dalamnya sebelum dikeluarkan satu keputusan hingga menimbulkan keluh kesah dalam kalangan rakyat khususnya yang kerap menggunakan lebuhraya sebagai jalan utama? Kenapa tidak dilihat kesan buruk kepada harga barang keperluan semasa jika tol ini tetap dinaikkan?
Menteri yang 'seekor' ini bercakap seolah rakyat sepakat dan sama gaji dengan dia(klik sini) dan cuba baca perenggan akhir laporan tersebut. Ia terbukti satu kenyataan 'sombong' dan 'angkuh' dari salah seorang pengamal 'SURAT TAULIAH' dalam pemilihan UMNO kali ini.
Saya ingin merayu kepada semua ahli UMNO supaya mengajar para menteri kabinet yang sepakat menetapkan kenaikan tol ini dengan cara yang terbaik agar mereka tak boleh suka-suka lagi selepas ini mengambil opsyen akhir ini sebagai opsyen wajib dan terawal dalam menangani 'kebodohan' dalam melakar satu surat perjanjian yang telah terbukti 'menguntungkan' kerajaan dan rakyat.
UMNO bukan hakmilik kekal individu berkuasa tetapi ia adalah hakmilik ahlinya yang setia dengan makna perjuangan sejati...Persoalannya, ada lagi ke ahli yang betul berjuang dalam UMNO?

Februari 26, 2009
HISHAMUDDIN TERGUGAT BAHANA PPSMI...MAKA LUPUSLAH SEORANG PANGLIMA UMNO YANG PENGECUT?
Salam Bloggers!
Jika dibaca laporan ini dan ini maka seperti terasmi sudah berakhirnya hayat seorang lagi pemimpin UMNO yang hanya BERANI dan TERKENAL apabila BERCAKAP dalam LINGKUNGAN yang TERTUTUP sahaja. Kita lihat bagaimana beliau begitu bermati-matian mempertahankan PPSMI sebagai sesuatu yang terbaik untuk anak-anak penerus generasi kepimpinan Malaysia.
Apakah menjadi kesalahan jika seorang pemimpin atau Menteri menggunakan kuasa yang ada untuk menamatkan pelaksanaan agenda pendidikan yang menyebabkan beberapa generasi telah mulai kabur dalam mengejar kecemerlangan akademik khususnya dalam dua subjek yang berkenaan?
Mengapa pula mesti dipertahankan 'kebodohan' dalam keputusan yang membabitkan masa depan anak-anak? Mengapa Hisham tidak menggunakan kesempatan untuk menaikkan kembali imejnya yang teruk apatah lagi beliau akan bertanding untuk satu jawatan yang penting dalam Pemilihan UMNO akan datang?
Menurut sumber yang rapat, kedudukan Hisham agak goyah dalam 'list' terkini calon pilihan untuk jawatan Naib Presiden UMNO. Ini kerana daripada enam orang calon yang bertanding, beliau diletakkan sebagai 'belakang anjing' atau 'underdog'. Adakah beliau mengharapkan keakraban hubungan sedia ada dengan bakal MANTAN TPM sebagai 'tangga batu' untuk mengecapi nikmat menjadi Naib Presiden UMNO sebenar atau bakal mengemis ihsan daripada perwakilan untuk terus memberikan undi kepada beliau yang dikatakan enggan menggunakan trend 'SURAT TAULIAH' sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian besar calon-calon yang bertanding?
Mungkin Hisham mengganggap remeh masalah PPSMI yang dilihat bukan sebagai satu isu politik tetapi beliau semestinya berhati-hati kerana hampir 98% Perwakilan UMNO ialah orang Melayu yang sudah bosan dengan perangai 'FLIP-FLOP' oleh mana-mana pemimpin sekalipun kerana ia jelas akan menjadi punca kejatuhan seseorang yang mempunyai nama besar seperti yang telah berlaku kepada Pak Lah dan rakan-rakan.
Ingatlah wahai Hisham, tentunya akan ada rombakan kabinet dan anda tak mustahil akan berada di tempat yang tercorot. Janganlah nanti, anda diberikan kerusi menteri yang 'kiri' dan bukan 'kanan' seperti sekarang kerana ihsan dari saudara anda yang bakal menjadi PM nanti. Renungkanlah....selagi hanya mengharap kepada kroni yang terdekat maka tak hairan kalau anda akan jatuh tersepuk akibat kebodohan, kedangkalan dan ketewasan anda sendiri.

TOL NAIK LAGI!!!!! HADIAH BN UNTUK RAKYAT YANG DISAYANGI....
Salam Bloggers!
Pengumuman Menteri Kerja Raya dari UMNO/BN mengenai kenaikan tol yang akan bermula 1 Mac 2009 bagaikan menguji hati dan perasaan rakyat yang memang kerajaan semasa sayangi ini. Baik para perwakilan UMNO yang akan memilih atau rakyat dua kawasan Parlimen dan DUN masing-masing satu di Perak dan Kedah.
Mana slogan atau kata-kata manis pemimpin kerajaan yang tak mahu menambah keperitan rakyat dalam zaman ekonomi meleset seperti ini? Mana dia pemimpin yang selalu suka bermanis mulut menata retorik politik tahap tertinggi untuk menawan hati rakyat?
Kenapa pula ia berkaitan dengan pemilihan UMNO dan 'By-election' tersebut? Mudah sangat kalau kita hendak mengetahui tahap penerimaan antara keduanya.
1) Para Perwakilan UMNO yang layak tentunya akan berfikir 10 atau 100 kali jika hendak memberikan undi mereka kali ini kepada Menteri Kerja Raya yang turut bertanding kali ini. Jika mereka memberikan kemenangan kepada beliau maka tentunya rakyat secara umumnya akan menilai betapa tidak sensitifnya ahli UMNO yang diberikan amanah untuk memilih insan sebagai pemimpin mereka kelak. Adakah ahli UMNO yang menjadi perwakilan akan mengenepikan semua kemungkinan kerana mereka telah terikat dengan "SURAT TAULIAH" yang telah diberikan calon yang bertanding kepada mereka sepanjang kempen 30 hari yang berlangsung ini? Fikirlah sendiri....
2) Para pengundi di kedua kawasan yang telah disebutkan pula tentunya akan menjadi penentu tentang keputusan kerajaan menetapkan kenaikan tol atas alasan yang tak dapat dielakkan. Kesan yang tak sepatutnya akan berlaku kerana keputusan ini. Lainlah kalau para pengundi di kedua 'bukit' ini juga akan terikat dengan "SURAT TAULIAH" yang akan diberikan pimpinan parti terutama parti pemerintah semasa.
Maka selepas ini, saya tak terkejut kalau ada komen yang masih menyokong tindakan kurang popular Kerajaan BN ini menggunakan alasan yang stereo-type sama seperti sebelumnya. Cuma, saya ingin bertanya kepada khalayak yang setia menjenguk laman blog saya ini. Kenapa perlu UMNO/BN mengeluarkan keputusan ketika saat genting seperti ini. Adakah ia satu lagi konspirasi untuk menjatuhkan bakal PM 'BIJAN' kerana keputusan PRK akan datang bakal memberikan tanggapan berbeza bergantung kepada keputusan yang bakal dicatatkan rakyat.
Nampaknya UMNO masih tak berjaya menguruskan kekalahan PRU-12 dan tak pernah serik untuk kalah lagi selepas ini. Renungkanlah....Wahai pemimpin budiman...
Apapun, Saya tetap takkan menyokong kenaikan kadar TOL ini!!!!!

Februari 23, 2009
POLIS MALAYSIA SUDAH TIADA KERJA? SIASAT SPEAKER DUN PERAK...
Salam Bloggers!
Kalau mengikut CheDet, nampaknya TDM lebih berhemah bila memberi komen lucu yang amat sangat atas nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Akan tetapi itu bahasa lembutnya tetapi kalau ikut bahsa kasarnya, maka istilah bodoh bingung yang boleh dijelaskan apabila Speaker dikatakan penjenayah walaupun beliau menggunakan kuasa penuh yang ada termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Adakah MB Barisan Nasional ini takut 'kemaluan'nya terserlah bila kuasa yang ada padanya akan terhilang dalam tempoh yang terlalu singkat?
Apakah PDRM sudah terlebih rehat bila terpaksa menyiasat kes-kes karut sebegini walaupun mereka tahu tiada peruntukan kanun keseksaan yang membolehkan sebarang tindakan atau dakwaan dibuat terhadap 'kelancangan' Speaker DUN Perak itu?
Adakah dengan membuat laporan kepada PDRM telah 'menjelaskan' kepada umum bahawa MB BN Zamry ini ialah KRONI terbaru yang PAK LAH sempat martabatkan untuk kelangsungan 'legasi' beliau selepas 'dipaksa' meletak jawatan penghujung Mac 2009 ini?
Hakikatnya, adakah MANDAT RAKYAT atau MANDAT ISTANA yang menaikkan MB BN yang baru ini? Zamry oh Zamry....Hitam..Hitam...Si Tompok Manggis...Hitam lagi kulitmu itu...Hitam...Hitam...Si Zamry Pangkor...harap tak hitam dek tamakkan kuasa yang satu...
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha!!!!!!
thx!
p/s: nak tunggu komen puak-puak dalaman UMNO yang bermuka talam untuk komen artikel TDM kali ini....tunggu!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Februari 22, 2009
Benarkah BEGINI???!!! "SPRM Double Standard: Rupanya Si Ahmad Said Membalas Jasa...
(gambar diambil dari Laman PahangDaily.co.cc)
Salam Bloggers!
Kekata orang tua-tua, anak borek, bapak rintik....kalau nak tengok bapa macamana mesti kena tengok kelaku anaknya...
Benarkah apa yang diperkatakan oleh sebuah laman blog mengenai perihal anak 'BOS BESAR' SPeRMa@SPRM telah ditahan oleh pihak berkuasa Australia atas tuduhan menyeludup bahan2 lucah ke dalam negara itu? Hairan juga, bila ditunggu dalam siaran media tempatan masih tak muncul-muncul berita tersebut. TV3,RTM1,NTV7,TV8,TV9,BernamaTV, Awani dan lain-lain lagi langsung tak menjentik langsung berita yang hangat di seluruh dunia sekarang ini kerana ia seolah berkait dengan apa yang disifatkan sebagai pre-judge terhadap tuduhan rasuah dan penyelewengan Menteri Besar Selangor dalam kes kereta dan lembu(bukan kereta lembu).
Difahamkan bahawa tiada sebarang tindakan disiplin atau tatatertib diambil ke atas anak kesayangan Datuk Seri Panglima Ahmad Said oleh Pengurusan Penerbangan Malaysia kerana disyaki wujud campurtangan pihak tertentu untuk menyembunyikan fakta tersebut.
Siapa? Kenapa? bagaimana? Mengapa? Bila? Semua ini bakal menjadi persoalan yang akan ditanya oleh rakyat dalam masa terdekat ini.
Siapa yang menjadi dalang penyembunyian fakta dan berita tergempar itu di Malaysia?
Kenapa mesti wujud campurtangan pihak tertentu dalam hal berkaitan undang-undang?
Bagaimana bahan porno tersebut boleh terlepas dari pemeriksaan POLIS atau KASTAM di Malaysia?
Mengapa tetiba sahaja SPeRMa@SPRM mahu menjadi pihak yang lebih dahulu menyatakan dakwaan terhadap pemimpin Pro Pembangkang sedangkan dalam masa sebelumnya belum ada apa-apa tindakan terhadap ratusan laporan rasuah oleh pemimpin Pro BN?
Bila Malaysia akan benar-benar adil dalam menentukan kebenaran dan keadilan?
kita tunggu sahaja siapa yang akan kena? Aku??? Mungkin juga...tetapi tunggulah...

POLIS!!!! BUKTIKAN ANDA PENJAGA KESELAMATAN DAN KEADILAN UMUM DAN BUKANNYA SEKADAR.....
Salam Bloggers!
Saya masih menunggu apa bentuk tindakan POLIS Malaysia terhadap laporan polis yang telah dibuat oleh beberapa pihak tentang kandungan laman web Pro UMNO seperti gambar di bawah:
Kenapa terlalu lambat tindakan diambil? Apakah ia juga menjadi salah satu Hak-Hak Keistimewaan UMNO untuk bebas berbicara tentang apa jua termasuk mengancam, menghasut orang lain untuk mengambil tindakan terhadap orang lain?
Kalau SPeRMa cukup cepat ambil tindakan bila laporan dibuat terhadap Pro Pembangkang, kenapa POLIS harus lambat bila ada unsur jenayah dalam satu-satu artikel yang dibuat oleh Blogger yang berkenaan? Polis mesti menunjukkan kewibawaan mereka tanpa memilih bulu kerana rakyat sentiasa memerhati setiap bentuk tindakan yang diambil. Apakah alasan masih dalam siasatan yang akan diberikan bila ditanya kelak?
Siapa yang akan jawab ni? kita tunggu aje ler yer.....

Februari 21, 2009
SIAPA DULU YANG DERHAKA? UMNO? PAS? PKR? DAP?
Salam Bloggers!
Perkembangan dua tiga menjak ini telah menarik perhatian jutaan orang untuk memberikan pelbagai pandangan khususnya tentang polemik politik Perak yang semakin hangat dan nampaknya tak mahu berhenti-henti kepanasannya.
Pelbagai pihak khususnya Ahli UMNO yang mudah lupa dosa silam mereka kepada raja dan mufti telah mengadakan pelbagai siri bantahan, perhimpunan,demonstrasi 'aman' sama ada secara terbuka dan tertutup dan yang terkini perhimpunan yang melibatkan seekor TIKUS UMNO yang dulunya pernah menghunus keris kemudian memohon ampun kepada bangsa 'asing' yang tak berpuas hati dengan tindakan beliau itu.
Beliau turut disertai oleh anak kepada Mantan PM yang menjadi dalang kepada tergubalnya satu undang-undang yang memboleh raja dibicarakan di satu mahkamah khas. Hairannya yang menyokong sungguh-sungguh pada ketika itu ialah mereka ini juga. Termasuklah 'seekor katak'yang digelar sebagai 'RAJA KATAK' pernah juga sampai menabalkan seorang sultan baharu bagi negeri Kelantan walaupun katak ini tiada dalam perjumpaan tertutup tersebut.
Saya secara peribadi amat lucu dengan tingkah pembodek yang mengambil kesempatan atas keuntungan yang tersedia dalam isu ini sehingga mengganggap setiap titah raja itu sebagai FIRMAN yang mesti diikut dan ditakut dan ia dikuatkan pula dengan sabda seorang mufti tua yang berpaut berpuluh-puluh tahun dengan sultan segala jin yang ada dalam negeri.(klik sini)
Apakah UMNO sudah melupakan segala kekeruhan yang berlaku ini hasil kotornya politik mereka satu ketika dulu? Atau mereka rasakan rakyat masa kini sudah mula melupakan hakikat bahawa institusi raja digoyangkan oleh mereka sendiri hingga ia dilihat sebagai pelengkap kepada sesuatu ritual adat sahaja.
Kisah Sultan Johor yang 'ganas' dan kerabatnya yang melanggar undang-undang, bukankah dilondeh oleh media atas arahan pimpinan UMNO itu sendiri? Tiadapun seorang MUFTI tergesa-gesa keluarkan SABDA atau FATWA tentang hal ini.
Istiadat Pertabalan Sepupu Sultan Kelantan sebagai Sultan Kelantan oleh Raja Katak dan Sekutunya, bukankah dikepalai oleh seorang yang pernah menjadi Ahli UMNO dan rakan subahatnya masih lagi menjadi Ahli UMNO?Mufti tidak kalut mengeluarkan SABDAnya untuk memfatwakan mereka ini sebagai PENDERHAKA MELAYU...
Kisah seorang Mantan Menteri Besar Selangor larikan puteri sultan negeri tempat dia menjadi memanda menteri tak pula dikatakan sebagai DERHAKA kepada titah sultan kerana waktu itu ia sekadar titah yang boleh disanggah kerana sultan tak sehaluan dengan UMNO. Tidak seperti sekarang, sebarang titah sultan adalah FIRMAN yang mesti diikut dan ditakut. Tiada juga seorang MUFTI pun yang mengeluarkan SABDA untuk dijadikan FATWA yang mesti diikut dan ditakut.
UMNO Selangor sendiri pernah menetapkan EMPAT RESOLUSI dalam Perhimpunan Agung UMNO terhadap Institusi Raja Melayu yang juga tidak dianggap sebagai DERHAKA kerana ia berlaku ketika TITAH Sultan hanya TITAH semata dan bukanlah FIRMAN. Tiada pula MUFTI mengeluarkan sabda menyokong sultan pada ketika itu dengan menyatakan bahawa seorang muslim tak boleh derhaka kepada RAJA2 dan mesti takut kerana ia adalah perbuatan yang membawa kepada dosa besar.
Hairan juga bila raja-raja yang ada sekarang seperti melupakan bahawa UMNO yang DERHAKA kepada mereka dan sekarang sedang mengambil kesempatan untuk mempertahankan institusi raja yang mereka sendiri robohkan kekebalannya satu ketika dahulu. 'Confirm' orang UMNO yang akan komen selepas ini(atau mungkin takkan komen langsung sebab tahu sejarah tak pernah berbohong kepada rakyat) akan memberikan ulasan menyokong UMNO yang sentiasa MAKSUM & SUCI dari segala perlakuan DOSA dan PERMUSUHAN.
Mengapa UMNO berterusan mahu menghilangkan keyakinan rakyat kepada mereka?! No PAIN, NO GAIN! OR NO BRAIN???

Februari 20, 2009
fUIYoooooo! cEpAt JuGa SPeRMa aMBiL TiNDaKaN..BaGaiMaNa RaKYaT YaKiN KaLau BeGiNi CaRaNYa...
Salam Bloggers!
kalau ikut laporan ini, saya cukup terkejut kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPeRMa telah berjaya menyiasat kes ini sehingga mereka telah bersedia untuk mendakwa pihak yang berkenaan. Namun begitu, SPeRMa masih lagi gagal untuk membawa PM dan TPM ke mahkamah atas tuduhan rasuah politik kepada hampir semua ketua cawangan UMNO yang telah mengadakan perjumpaan dengan mereka di PWTC tahun lalu dan implikasinya pihak yang melaporkan kes ini telah dipecat keahlian UMNO mereka. Tragisnya UMNO kerana terus bersikap celaka seperti ini. Bagaimana akar umbi hendak menerima perjuangan UMNO lagi kalau hak-hak untuk bersuara dinafikan dalan konteks sebuah parti yang mengamalkan demokrasi ini.
Mengapa perlu wujud double standard dalam mengambil tindakan seperti ini? Kenapa perlu ada satu 'speciality' dalam mengendalikan kes-kes seperti ini? Kenapa mahu terus mengundang kebencian rakyat terhadap kerajaan sedia ada?
Kalau soal lembu korban yang menjadi kesalahan, kenapa bila Kerajaan Perlis yang secara nyata menggunakan peruntukan negeri untuk membuat perkara yang sama tidak pula diambil apa-apa tindakan sedangkan ia sudah terang dan dipaparkan dalam sisipan Warta Perlis yang diedarkan secara percuma ke seluruh negeri termasuk di SPeRMa Cawangan Perlis seperti yang dilampirkan dalam gambar yang berikut:-
Secara tuntasnya, berlaku adillah kepada semua golongan, jangan BILIS sahaja yang ditangkap cepat, JERUNG pula dibiar lepas...Barulah majoriti RAKYAT yakin dengan suruhanjaya ini.
JADI???!!! APA SPeRMa TUNGGU LAGI...SIASATLAH MANA TAHU INI JUGA FITNAH KABIR YANG TAK BOLEH DILAYAN?
thx!
p/s: Tunggulah sampai kiamat pun, kalau UMNO buat, bukan RASUAH...hehehe!

Februari 19, 2009
Sudah Ada EXCO Perak Takut Hilang Jawatan...Lapor Jangan Tak Lapor, SPeRMa Take Action! Jangan Tak Ambik!!!
(SEKADAR GAMBAR HIASAN-TERIMA KASIH KEPADA PENGIRIM EMAIL GAMBAR INI)
Salam Bloggers!
Hari ini ada EXCO Perak yang sudah membayangkan ketidakpuasan menjawat jawatan EXCO Kerajaan Perak kerana mungkin tak mahu mencipta satu lagi rekod Malaysia iaitu menjadi EXCO dalam tempoh paling singkat.
Maka laporan pun dibuat kepada SPeRMa@SPRM yang semestinya akan terus secara pantasnya dan mungkin lebih pantas dari kelajuan cahaya untuk mengambil keterangan dan membuka kertas siasatan dan pada akhirnya membawa 'penjenayah@perasuah' ke mahkamah serta dijatuhkan hukuman sama seperti mantan TPM satu ketika dulu.
Bukan umum tidak mengetahui akan hak dan kuasa mutlak Speaker DUN untuk menggunakan kuasa yang ada tetapi malangnya ADUN yang baru merasa kerusi empuk EXCO tentunya malu dan marah kerana telah digantung oleh individu yang tak boleh dipecat hatta oleh Sultan negeri sekalipun kerana itu yang termaktub. Maka semestinya ia terasmi menjadi episod seterusnya dan terkini dalam DRAMA POLITIK PERAK.
Saya semakin suka melihat gelagat pemimpin yang sebegini. Semestinya apabila MB Zamri dan Kuncu Exconya hadir setelah dipanggil Speaker Sivakumar maka di situ pun sudah terbukti dia masih mempunyai kuasa yang penuh ke atas mana-mana ADUN yang ada. Jadi terima sahaja hukuman tersebut dan tunggu episod seterusnya DRAMA POLITIK PERAK yang semakin hangat dan hangat dan hangat dan akan terus hangat.....

Opps! Dah ada yang 'gila' calonkan diri sendiri untuk tawan bukit di Perak..
(gambar hiasan)
Salam Bloggers!
Hari ini, Timbalan Ketua Umno bahagian Bukit Gantang, Kamarulail Sulaiman telah menyatakan hasrat untuk jadi calon dengan alasan majoriti ahli UMNO Bukit Gantang menyokong bersandarkan kepada kejayaan beliau menjadi Timbalan Ketua Bahagian UMNO dalam pemilihan peringkat UMNO Bahagian tempohari. Kome cakap dengan budak sekolah bolehlah yop! Siapa yang memilih kome? Perwakilan yang rata-ratanya sudah kenyang akibat mengambil hak dari ahli-ahli setia UMNO di peringkat cawangan atau duit dalam poket tebal kome tu? Kome bohonglah kalau kata tak keluar sekupang untuk pemilihan yang lalu....
Kalau tak salah, 'budak' ni jadi pensyarah di sebuah kolej Islam tetapi macam tak tahu pulak kaedah jika mengikut apa yang Islam berikan kalau seseorang hendak menjadi pemimpin...Seorang pemimpin dlam Islam tak boleh menamakan/mencalonkan/meminta dirinya sebagai pilihan terbaik dan sepatutnya dalam hal ini beliau serahkan sahaja kepada pucuk pimpinan UMNO Negeri untuk memilih siapa yang layak. Kalau setakat ijazah yang ada masih tak cukup kerana berpuluh ribu rakyat Malaysia mempunyai ijazah juga. Jadi saya cadangkan agar beliau yang berkenaan tidak kelam kabut dan kalut seperti majoriti pemimpin-pemimpin lain yang menyertai UMNO semata-mata hendak menjadi wakil rakyat sahaja dan mengaut segala yang ada serta hanya memberikan sebahagian kecil sahaja kepada rakyat.
Belum apa-apa lagi sudah hebat mencadang dan melobi untuk mendapatkan tempat. Ketua Bahagian Bukit Gantang tak layak ke untuk menjadi calon? Mungkinkah Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang juga orang luar sama seperti calon BN peminun arak tegar yang tewas dalam PRU 12 baru-baru ini?
Sekali lagi saya ingin mencadangkan agar soal pemilihan calon diserahkan kepada yang berkenaan. Bukan apa, nanti nama yang sepatut jadi sudah kena 'reject' dek kekalutan mencanangkan 'kehebatan' dan 'kebolehan' diri yang tak seberapa mana sebagai yang terbaik bagi mengisi kekosongan tersebut. Lu PikirLa Sendiri!!!!
thx!
Februari 18, 2009
Episod Terkini Drama Politik PERAK...Siapa yang rugi?
Salam Bloggers!
Bila saya meneliti keputusan oleh satu-satunya pemimpin PR yang masih berkuasa di Perak iaitu Speaker DUN Perak V.Sivakumar maka rasmilah satu lagi episod dalam Drama Politik PERAK yang semakin hangat akibat kekalutan BN 'merampas kuasa' di Perak serta 'menabalkan' seorang lagi Menteri Besar ketika TITAH RAJA diangkat menjadi firman (menurut sabda MUFTI PERAK rakyat mesti juga takut kepada RAJA selain ALLAH dan RASULNYA) untuk melupuskan seorang menteri besar yang sedia ada.
Inilah yang dikatakan 'kecerdikan' seorang bakal Perdana Menteri dan juak kanannya seorang Menteri yang bermimpi untuk menjadi Menteri Kanan selepas berakhirnya Mac 2009 ini. Oleh kerana 'kecerdikan' merekalah yang membawa kepada apa yang diistilahkan sebagai 'tumbangnya' sebuah kerajaan pakatan pembangkang yang di'HADISkan sebagai tak pernah stabil oleh media tempatan yang semakin kurang pengaruhnya itu.
Sepatutnya dua orang yang 'cerdik' itu menilai dari semua segi dan bukannya kelam-kabut 'merampas' negeri yang mana majoriti rakyatnya telah membuat keputusan 11 bulan sebelumnya. Apabila tindakan yang diambil itu dilihat sebagai tergesa-gesa hingga mengenepikan norma mulia yang ada kekal sebagai prinsip UMNO dengan menerima bakal pesalah rasuah bila sekali mereka menyatakan sokongan 'tak berbelah bahagi' kepada BN untuk menubuhkan sebuah kerajaan bagi menggantikan kerajaan sedia ada. Sedangkan pernah dikatakan pada waktu-waktu awal selepas PRU 12 yang BN takkan menerima mereka yang menang dengan mengalahkan calon BN di mana-mana kerusi yang dipertandingkan.
Bukankah ada baiknya mereka menunggu sidang akan datang DUN Perak yang dijadualkan akan berlangsung pada April 2009 ini untuk menurunkan 'keangkuhan' kerajaan sedia ada dengan jalan yang paling sah dan tak perlulah rakyat membabibutacelakakan institusi beraja khususnya di Perak dengan hinaan dan cercaan paling buruk dalam sejarah Melayu. Tidakkah baik kalau mereka yang 'cerdik' ini MENARIK RAMBUT dengan cara paling lembut agar TEPUNG YANG ADA TIDAK BERSELERAK?
Ia ditambah buruk dengan pegawai kerajaan tertinggi negeri yang tetiba berubah hala dan cara serta 'terlalu beradab' menghalau keluar seorang yang amat dihormatinya 11 bulan sebelum itu. Ia mengundang simpati yang amat sangat rakyat kepada mereka yang digambarkan sebagai teraniaya dan dizalimi oleh kerajaan BN pimpinan UMNO. Jadi...Siapa yang rugi? BN atau PR? anda jawablah sendiri.
Salah siapa? Silap siapa? kegopohan siapa? Kekalutan siapa? Kebodohan siapa? Ketamakan siapa? yang menyebabkan semua hal ini berlaku. Tanyalah akal yang waras untuk menentukan adakah orang itu dan orang ini yang layak untuk menerima jawatan dan amanah yang paling berat sebagai pemimpin atau khalifah di Malaysia dan juga Perak....
Seperti biasa di pihak BN akan menghentam DSAI sebagai punca dan dalang kesemua ini dan PR juga akan menyatakan sebaliknya. Jadi kita tunggu sahaja episod seterusnya DRAMA POLITIK PERAK 2009 yang semakin hangat dan menarik dengan sajian pelbagai variasi undang-undang dan perlembagaan yang dipertontonkan kepada seluruh rakyat.
Seperti biasa,saya menantikan pandangan anda....

Februari 17, 2009
Perletakan Jawatan ADUN Elizabeth Wong Tak Wajar`
Salam Bloggers!
Saya tertarik untuk mengulas isu paling hangat hari ini iaitu isu gambar/video bogel ADUN Bukit Lenjan dari PKR yang juga merupakan EXCO Kerajaan Selangor.
Mengapa? Kenapa? BN khususnya BN Selangor begitu beria-ia mendesak ADUN itu meletak jawatan beliau? Adakah mereka sudah melupakan apa yang pernah berlaku satu ketika dulu di Selangor? Kisah anak raja dari negeri antah-berantah yang dilarikan oleh Memanda Badut negeri tersebut dan juga menyeludup keluar fulus berkilo-kilo ke luar negara dan apabila terbongkar kisah tragis itu hanya jawatan Memanda badut yang dipaksa letak tetapi masih kekal sebagai statusnya sebagai Ahli Dewan Negara dan tidak pula dikatakan derhaka kepada Bapa Mertua Dirajanya? Begitu juga kisah seorang lagi Memanda Badut dari negeri yang sama yang dikatakan bersekedudukan dengar adik ipar sendiri sehingga melahirkan anak di luar nikah, tindakan yang sama juga diambil...konklusinya cukuplah dengan meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Wahai YB Puan Elizabeth Wong. Media Cetak dan Elektronik hentikanlah main isu ini kerana apa yang hendak dihairankan sudah memang budaya semasa kebanyakan bangsa yang sebangsa Elizabeth begitu. Nanti rakyat tambah meluat.
Akhirul kalam, kenapa politik Malaysia tak habis-habis seperti ini? Apakah ini realiti politik UMNO, jatuh menjatuhkan adalah didalam UMNO sendiri bila membicarakan tentang dua orang mantan Memanda Badut ini....renungkan...

Februari 14, 2009
Siapa Pelacur Bangsa? UMNO atau NIZAR PR?! Siapa Nak Jawab Nie?!
Salam Bloggers!
Saya ambil sebahagian petikan ini dari sebuah blog Pro-PR.Tujuan
saya cuma satu...Nak tahu benar atau tidak semua hal yang disebutkan ini atau ia satu lagi PEMBOHONGAN oleh pembangkang? Siapa Nak Jawab Nie????!!!! FITNAH ATAU BENAR?
Pelacur? Ni ha pelacur yang melacur sampai hampir binasa orang-orang Melayu: Bukan setakat tanah sahaja yang telah diberikan kepada tauke-tauke Cina oleh Umno demi mengambil hati kaum itu (termasuk 22,000 ekar - ya! dua puluh dua ribu ekar - tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung; 5,000 ekar di Bruas; 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR); 12,000 ekar kepada semua petani Cina di Coldstream, Bikam, Bidor; 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong - sekarang milik YTL kerana digadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! - dan banyak lagi jumlah yang kecil di seluruh negeri Perak) dan tak pernah didengar ada bangsawan yang sebak dan mengeluarkan air mata buaya. Porrahhh!)
Malah, kuasa pemerintahan juga telah diserahkan oleh Umno kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina bagi menjaga hati mereka. Dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi tujuh kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi. Sepatutnya, Umno yang mempunyai majoriti lebih besar di antara kedua-dua parti di dalam BN itu berhak mendapat jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun, Umno menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Gerakan. Begitu juga dalam pilihan raya umum 1995 di mana Umno menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja. Umno tetap tunduk di bawah telunjuk Gerakan dan jawatan Ketua Menteri terus diserahkan kepada parti itu.
p/s: FAKTA atau AUTA? Harap ada yang sudi beri ulasan....terutama yang hebat ilmu dan pengetahuannya...sila-silalah yer...

Hakim Syarie Ditukar atau Di pecat? Lagi Konspirasi Singkirkan Shahidan Kassim
Salam Bloggers!
Khabar terkini dari negeri terkecil di utara iaitu Perlis, amat mengejutkan kerana telah berjalan usaha-usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan kepimpinan Shahidan Kassim oleh 'orang kuat' kerajaan negeri.
Selepas Dr.Asri Zainal Abidin Mantan Mufti Perlis, seorang hakim syarie yang berpengalaman telah diarahkan bertukar atas alasan yang kurang jelas oleh pejabat SUK Negeri serta-merta kononya pihak istana negeri tidak menyukai hakim tersebut. Adalah difahamkan ia disebabkan campurtangan orang kuat kerajaan negeri. Antara yang dinamakan terlibat secara langsung ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis itu sendiri iaitu YB. Tuan Mohamad Zabidi bin Zainal. Malangnya tiada siasatan yang dibuat sama ada oleh pihak SPeRMa Perlis walaupun mereka sedia mengetahui keadaan dan campurtangan keterlaluan dalam negeri yang kecil ini.
Tindakan menukarkan secara tergesa-gesa hakim syarie ini dibuat kerana berlaku ketidakpuasan hati pihak tertentu akibat prosedur-prosedur yang melibatkan hukum syarie di Perlis selain dari beliau merupakan antara tinggalan Shahidan Kassim yang masih ada 'kuasa' tersendiri.
Siapakah tangan-tangan yang begitu berkuasa di Perlis untuk mengarahkan tindakan sedemikian direlakan berlaku di Perlis?
Fikirlah sendiri...
thx!
Februari 11, 2009
MB Zamri Beretorik Di Dialog@1...Macam ni ka Pemimpin Kroni Pak Lah dan KJ?
Salam,
Lucu bila tonton RETORIK TERHEBAT tahun ini...dari sepuluh perkara yang dia cakap lapan daripadanya adalah PEMBOHONGAN yang nyata!!!!
Tahniah Dr. kerana meneruskan dan menambah kebencian rakyat atas apa yang dipercakapkan malam ini.Baru jadi MB dua tiga hari dah lupa langit tu tinggi...
Mestikah seorang pemimpin itu berbohong?
p/s: Tergelak bila dia FAKTAkan AUTA yang NYATA!!!!

Februari 09, 2009
Kematian MP PAS Satu Amaran???!!!!
Salam Bloggers,
Salam takziah dan Al-Fatihah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Roslan Saharom yang meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung. Jenazah Allahyarham dijangka kan disempurnakan petang ini..........
Memang ia satu kejutan dan terlalu mengejutkan rakan dan lawan kerana dia masih sempat bermesyuarat pada malam sebelumnya dengan MB Nizar. Sememangnya ia adalah ketentuan Illahi Rabbi yang Maha Mengetahui Sesuatu.
Cuma apa yang bakal saya ulaskan ini diharapkan menjadi pesanan kepada diri saya dan semua. Bila Allah menetapkan kematian, maka ia akan tiba tanpa diduga. kalau melihatkan cara kematiannya maka dapatlah kita simpulkan bahawa ia adalah AMARAN ALLAH kepada semua. Tak terkejut kalau yang akan mati esok atau lusa ialah 'kekatak' yang glamour itu. Mungkin lain-lain pemimpin yang TEGAS pada satu ketika untuk tidak menerima 'kekatak' tetapi pada akhirnya akur dek alasan 'SIAPA YANG MEMULAKANNYA DAHULU?
Soalnya siapa yang akan menuruti jejak Allahyarham Ustaz Roslan selepas ini? Adakah Najib? atau ADUN Behrang? atau ADUN Changkat Jering? atau ADUN Bota yang HIJRAH parti itu? atau ANWAR? atau Karpal Singh? atau MB NIzar atau MB Zamri? atau mana-mana RAJA yang ada sekarang?
Saya amat berharap agar 'Datuk' Karpal Singh tidak meneruskan samannya esok bimbang akan ada yang 'mangkat' dek kerana serangan jantung. Bukan apa, Ustaz Roslan seorang yang tidak merokok dan sihat cara hidupnya pun kena juga serangan masa kecederaan itu. Apatah lagi para 'pemabuk' yang hidup bergentayangan dengan kemewahan dan kesenangan milik orang lain.
Renung-renungkanlah....
p/s: Artikel ini kalau tak dikomen pun tiada masalah...yang penting saya sudah menyampaikannya....

Februari 08, 2009
Betulkah Semua Ini Kerjanya Orang UMNO??? Harapnya Tidak...Kerana UMNO Sayangkan Raja & Bangsa Melayu...
Salam,
Tertarik dengan catatan dengan seorang bloggers bila memaparkan antara peristiwa besar yang pernah berlaku sepanjang merdeka khususnya berkaitan dengan RAJA-RAJA M E L A Y U.
Tidak juga dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan ahli UMNO apabila Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengkudungkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993 diluluskan.
(tahniah dan terima kasih tidak terhingga, Tun! dan terima kasih tidak terhingga kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba yang mengemukakan usul khas di Parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.
Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan apabila pada waktu itu beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja.
Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi.
Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.
Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan apabila Ahli Parlimen Arau waktu itu, Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara bila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.
Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan apabila pada 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.
Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan apabila Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta.
Dari kesemua peristiwa itu, tidak pula dapat diingati ahli Umno mana dan berapa banyak pula penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak (kalau Najib tak turut menyokong pindaan Perlembagaan yang antara lain mewujudkan Mahkamah Khas kepada raja-raja Melayu, Karpal nak saman apa hari ini?
Siapa Yang Bersalah Buat Kerja 'DERHAKA' seperti ini? Entahlah....sendiri buat pentafsiran...
Maka Benarlah Melayu Itu Mudah Lupa???
Salam Bloggers Melayu!
MARAH... SEBAHAGIAN ahli-ahli UMNO Bahagian Ampang Jaya dan NGO mengadakan demonstrasi membantah tindakan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang disifatkan menderhaka kepada Sultan Perak di hadapan IPD Ampang dekat Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Wahidah Zainal
Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. – DR. MAHATHIR MOHAMAD (Bekas Perdana Menteri)
Bila direnung ungkapan atau kenyataan TDM tentang hal yang berlaku dalam kemelut politik Perak maka saya terkenang ungkapan lagenda yang pernah diungkapkan sendiri oleh beliau iaitu MELAYU MUDAH LUPA....
Apakah TDM lupa bahawa UMNO atau dia sendiri yang mencadangkan penggubalan Perlembagaan Malaysia satu ketika dulu untuk menghadkan imuniti Raja-Raja Melayu?
Apakah UMNO sudah lupa bahawa segala kebobrokan yang berlaku terutama soal berkaitan ketuanan bangsa Melayu adalah hasil kesilapan yang mereka lakukan bila angkuh memegang kuasa?
Bukankah dalam kalangan ahli UMNO juga yang memaparkan sejuta keburukan Raja-Raja Melayu ketika mereka berkonfrontasi dengan institusi tersebut satu ketika dulu?
Perlaksanaan PPSMI yang menjadi antara isu bangsa yang hangat sekarang ini bukankah ia dimulakan oleh UMNO yang menjadi tulang pemerintahan negara ketika ini? Setakat ini sudah 6 generasi terasa implikasinya. Siapa yang lupa?
Sejarah sesungguhnya tidak pernah berbohong, rakyat juga tak pernah lupa, hanya yang lupa rata-ratanya ahli UMNO yang suka mengikut pemimpin mereka secara membabi-buta.
Rakyat tak pernah lupa apa yang pernah berlaku di Perlis dan Terengganu ketika kemelut perlantikan MB baru bagi kedua negeri tersebut. Hanya orang UMNO saja yang mudah lupa kerana minda mereka sedia didoktrinkan dengan ungkapan MELAYU MUDAH LUPA..
Secara peribadi saya tak pernah lupa tentang hal ini dan akan terus mengingati setiap detik kehancuran bangsa Melayu yang benih disemaisuburkan UMNO sejak dari negara ini mencapai merdeka.
Kerana UMNO yang membuka ruang untuk para kuffar untuk menyerang/menyaman/memalukan/melukakan institusi raja yang amat dihormati oleh insan-insan yang bernama Melayu.
Benarkah MELAYU MUDAH LUPA? atau MELAYU UMNO YANG MUDAH LUPA?

Februari 06, 2009
BN/UMNO SUDAH MENAKLUK DEWAN NEGERI, BAGAIMANA PULA DENGAN DEWAN HATI RAKYAT???
Salam Bloggers!
Tertarik dengan kata-kata Dato' Saifuddin Abdullah yang menjadi tetamu Sudut Pandang Astro Awani malam ini. Hakikat sekarang memang BN menjadi pemerintah tetapi soalnya lagi apakah Dewan Hati Rakyat mampu ditakluki selepas ini?
Kalau melihat kepada komen rakyat kepada DYMM Sultan Perak dan luahan dalam kebanyakan blog jelas menunjukkan hati rakyat telah terluka walaupun pemimpin BN khususnya UMNO telah menunjukkan riak wajah yang biasa sahaja dengan ombak kemarahan rakyat ini. Mungkin tak adil ia diambil kira tetapi ia boleh dijadikan isyarat awal sekurang-kurangnya kepada pemimpin yang telah terlajak melaksanakan apa yang disifatkan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai 'rampasan kuasa rakyat' di Perak.
Beliau juga menyebut tentang 'speciality' Dato' Nasaruddin yang melompat parti dari segi Perlembagaan UMNO sendiri. Kenapa tiada sebarang hukuman sedangkan kalau mengikut kebiasaannya seorang ahli UMNO akan dipecat apabila melakukan kesalahan membelakangkan kepentingan parti. Bagaimana Najib hendak menjelaskan kepada ahli UMNO yang bakal dipimpinnya Mac nanti atau Pak Lah yang bakal menjadi 'kambing hitam' kerana terpaksa menjawab persoalan tersebut buat masa sekarang?
Rujuk Fasal 20.8
Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:
(a)Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli;
(b)Mengikut perintah-perintah parti;
(c)Menjalankan dasar-dasar parti;
(d)Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti;
(e)Menjaga rahsia-rahsia parti;
(f)Memelihara nama baik dan maruah parti;
(g)Senantiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib.
20.9
Mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman yang tersebut dibawah:
(a) Diberi amaran;
(b) Digantung hak-haknya dalam parti;
(c) Dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi;
(d) Dipecat daripada parti;
(e) Dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini.
Mungkinkah dalam kes Dato' Nasaruddin yang menjadi ahli 3 parti dalam masa 10 hari tidak akan didakwa kerana dia juga terdiri daripada golongan BRAHMAN UMNO dan berjasa sebagai antara Pelakon Utama yang terlibat dalam Drama Politik Perak 2009?
Mungkin Najib akan menjadikan sebab apa yang berlaku telah diskripkan dalam drama tersebut jadi tiada sebarang tindakan yang perlu diambil ke atas beliau?
Saya yakin umum ahli UMNO yang setia menunggu dan menerima apa jua keputusan Lembaga Disiplin Parti kerana sudah menjadi SIFAT YANG SEBATI untuk terima semua itu. Sekiranya tindakan yang bakal diambil terpaksa mengenepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan UMNO maka kita mesti bersedia menerima 'skrip' baru yang bakal diolah oleh Pengarah Dramanya selepas ini.
Jadi???? Tunggu aje la yer.....Drama Politik Perak masih belum habis lagi!!!!

APA BENAR INI YANG HENDAK DIBANGGAKAN UMNO/BN SELAMA MEMERINTAH NEGARA??? Harapnya tidak.....
Salam Bloggers!
Terpanggil untuk menyalin persoalan yang dilemparkan oleh seorang blogger yang meluahkan rasa hatinya, timbul pertanyaan secara peribadi APA BENAR INI YANG HENDAK DIBANGGAKAN UMNO/BN SELAMA MEMERINTAH NEGARA???
Mungkin blogger lain boleh komen sikit...mana tahu ada yang salah dalam luahan hatinya ini....
1) Nilai seringgit anda sekarang apa yang boleh anda dapat?Tengoklah apa yang anda boleh dapat.Biskut Tiger aku beli satu paket Rm1.30.
Apa yang kerajaan buat?
Tak buat apa,selain daripada warning-warning dalam paper.Itupun sebab free (Utusan milik kerajaan)
2) Harga kenderaan tak mengikut market price.Bayangkan jika anda tak dikenakan cukai itu,installment bulanan anda akan kurang mungkin minimum RM300 sebulan.RM300 tu untuk sebuah family cukup besar tetapi anda berikan kepada kerajaan.Jangan kata Proton murah,jangan kaburkan mata anda dengan dakyah Kerajaan.
Apa yang kerajaan kita buat?Sebab nak tampung industri,kita lah yang kena "berkorban" demi masa depan automotif negara.Siapa rugi?Rakyat.Kerajaan?Dia boleh beli kereta apa dia nak "tax free."
3) Bandar-Bandar Yang Berterabur
Mungkin kerana pemimpin-pemimpin kita dahulu kala tidak berpandangan jauh sangat,jadi kita sekarang ini dibebankan dengan bandar-bandar yang tidak terancang.Anda marah lah macam mana pun sistem pengangkutan awam yang lemah,masalah utamanya adalah bekas pemimpin Kerajaan satu masa dulu tidak ada visi bagaimana bandar akan membangun.
Jadi,sekarang ini kita dibebankan dengan silap pemimpin satu masa dulu.Bandar buat ikut suka.Nampak tanah kosong buat bangunan.
Apa yang kerajaan kita buat?Beli tanah orang lain dengan harga murah.Jual balik dekat orang persendirian dengan harga yang tinggi.
4) Sistem Pengangkutan Awam
Ini akibat daripada point nombor 3.
Oleh kerana tiada perancangan jarak jauh,susah untuk dinaik tarafkan sistem pengangkutan awam kita.Bandar yang penuh sesak dengan bangunan.Kita tidak ada pilihan lain selain daripada membina rel-rel udara atas tanah untuk menampung sistem itu.
Kita boleh tengok,kebanyakan negara maju menggunakan sistem bawah tanah kerana ia mampu menjimatkan penggunaan tanah sambil tidak mengganggu pertumbuhan bahagian atas tanah.Kenapa tiada perkhidmatan bawah tanah di negara kita?Mungkin satu masa dulu pemimpin-pemimpin kita tak nampak benda-benda ni atau mereka nampak tetapi kerana kos yang sangat tinggi mereka abaikan opsyen ini.
Jadi mereka buat rel keretapi yang merangkumi satu Semenanjung.Adakah keretapi satu bentuk pengangkutan yang popular?Ya,waktu raya aje.Di tambah lagi line rel baru menghubungkan sempadan Perak dan Seremban,lalu dipanggil Komuter.Adakah itu berfungsi?Ya.Efisien dari segi perancangan?Tidak.
Stesyen Keretapi Bawah Tanah memerlukan kos yang besar buat permulaan tetapi secara long term ia lebih menguntungkan (dari segi infrastruktur)Berapa juta kereta masuk KL tiap-tiap hari.
Apa yang diorang buat?Buat kempen "Kongsi Kereta" kat TV.Sebab tu yang paling menjimatkan kos.
5) Pemimpin-pemimpin yang rasa dirinya gah.
Aku tak nak tulis panjang pasal benda ni.Masalahnya rakyat sendiri.Kerana kita rakyat treat mereka ni dengan red carpet,dengan kalungan bunga.Dari situ mereka rasa mereka bagus.
Treat mereka macam anda treat seseorang yang bekerja untuk anda.Kita majikan,mereka staff bawahan.Sebab itu yang sepatutnya berlaku,mereka sepatutnya bekerja untuk kita.Kalau mereka dah buat kerja untuk kita,baru kita respek.Kalau mereka dah buat kerja mereka,bila mereka2 ni nak songlap sejuta dua juta,aku boleh pejamkan mata aku buat tak nampak,tak dengar.
Sebab mereka dah buat kita rasa happy.Itu tugas utama mereka.Jangan hormati orang yang anda rasa takde point anda perlu respek mereka.
Apa yang kerajaan kita buat?
Mereka percaya mereka sentiasa betul.
6) Pendatang Haram TOLONG BALIK CEPAT-CEPAT
Bila aku ke London,dekat tiap-tiap bas ada iklan.Menawarkan peluang menjadi driver bas dengan gaji sebanyak 1800 pound sterling.Ini kerana kurangnya orang nak bawak bas tu berbanding bilangan bas yang ada dan kebanyakan orang yang nak bawak bas tu adalah pendatang dari Pakistan.
Kerajaan British mengharapkan dengan gaji yang sangat lumayan tu (kat UK 1800 tu sangat2 lumayan,mcm RM3500 kat sini) mampu menarik rakyat mereka yang tidak bekerja menjadi pemandu bas.Naiklah bas hari ini dan perhatikan siapa pemandu,siapa konduktor.
Benda macam ni terjadi sebab kita rakyat tempatan tahu gaji yang dibayar mesti dalam RM400 camtu jadi siapa nak.Kenapa pihak kerajaan masih lagi menggunakan sistem tender kepada syarikat-syarikat pengusaha bas dalam bandar?
Kenapa tak diambik alih saja oleh Kerajaan dan diwujudkan satu syarikat yang mengawal semua perjalanan bas,teksi dan LRT.
Apa kah fungi kerajaan kalau kerajaan hanya mampu melepas tangan memberikan tender2 kepada syarikat2 persendirian tanpa perlu melakukan apa-apa pun.Bila wujud isu hendak dinaikkan tambang,apa yang mampu kerajaan lakukan lagi?
Apa yang kerajaan kita buat?Sekali-sekala buat operasi.Yang penting kos efektif.
Kesimpulannya :
Kerajaan Malaysia di bawah Barisan Nasional adalah satu badan yang hanya bekerja untuk kepentingan diri sendiri.Mereka ni pekak badak dan mampu menahan kutukan kerana masing-masing muka tembok 15 inci.
Mereka pandai menjimatkan kos dan mengelat daripada tanggungjawab.Aku selalu ditanya,tak takut ke ko tulis bende2 camtu?Itu yang mereka mahu,mereka mahu kita takut dengan mereka.Kita tak perlu takut dengan "mereka-mereka" ini,kita hanya perlu patuh kepada undang-undang dan kita hanya perlu takut kepada Dia.
Tidak perlu takut kutuk kerajaan kerana kita rakyat.
JANGAN TAKUT KUTUK KERAJAAN.
SIAPA MEREKA NAK TAKUT-TAKUTKAN KITA?
Mereka wakil rakyat.Jadi kenapa nak takut dengan diorang?Mereka salah,kita kutuk.Mereka baik,kita sokong.Apa-apa hal pun jangan sampai terlalu lambat revolusi bermula.
Mulakan hari ini.
Bukak kepala otak anda.Fikir.
p/s: Perfectwater...Benarkah ini kejayaan Kerajaan BN/UMNO selama memerintah?
Jangan ada yang komen suruh pergi kerja kat England pulak lepas ni....hahaha!

Benarkah Politik Malaysia Semakin Malap Dek Najib? Harapnya tidak....
Salam Revolusi....
Semalam sudah menjadi sejarah sebagai lanjutan episod Drama Politik Perak dan hari ini juga bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila majlis Angkat Sumpah MB Perak yang baru akan diadakan jam 3.30 petang ini.
Saya secara peribadi melihat perjuangan MB Nizar baru sahaj bermula dan semestinya ia memerlukan pengorbanan yang besar. Harapnya tiada siapa yang menjadi korban berdarah sekiranya Perhimpunan Rakyat yang dikhabarkan akan berlangsung ketika ini di Masjid Ubudiah menjadi huru-hara dek provokasi sesiapa yang berkenaan.
Saya memohon agar pihak yang mengepalai perhimpunan ini agar menganjurkannya dengan aman sekadar menunjukkan bantahan terhadap Sultan Perak yang semakin hilang penghormatan oleh sebahagian besar rakyat di negeri yang mana baginda menjadi suktan selama 25 tahun itu.
Sesungguhnya 'kambing hitam' sedang dicari untuk dilambakkan bebanan kesalahan atas apa yang berlaku hari ini. Saksikanlah episod Drama Politik Perak yang seterusnya dalam siaran media tempatan milik kerajaan dan media alternatif milik pelbagai. Siapa, apa, bagaimana, di mana, kenapa ia berlaku akan dijelaskan menerusi pelbagai dimensi. Hanya mereka yang tahu sahaja menilai siapa yang benar. Tentunya di Perak sekarang ini, penyokong UMNO/BN yang menajdi pembangkang selama 11 bulan bersorak gembira sebagai ganti kesediahan yang mereka lalui 11 bulan yang lalu manakala penyokong Pakatan Rakyat diramalkan akan terus bangkit dengan semangat perjuangan yang diperbaharui akibat 'kelekaan' dan 'kegagalan' menguruskan kemenangan mereka. Diharapkan pula kepada UMNO/BN agar tidak lagi gagal menguruskan 'kemenangan' mereka kali ini kerana rakyat semakin bijak menilai dan mereka akan membuat keputusan mereka bila tiba masanya nanti. Pada ketika itu, kita akan tahu siapa yang benar atau salah. Tak payahlah kita terus menetapkan hukum ketika ini ketika kesamaran masih berlegar. Usahlah kita menuding kepada sesiapapun. Allah Jua Maha Mengetahui Segala Sesuatu Yang Ditakdirkannya. Terima dengan kesabaran.

Februari 05, 2009
Titah Sultan Perak...Pencetus Revolusi Rakyat?!
Salam Bloggers!
Saya menerima email dari seorang sahabat yang tekun mengikuti perkembangan Drama Politik Perak 2008 dan beliau meminta saya memasukkannya ke dalam blog ini untuk bacaan para pencinta demokrasi di Malaysia
Hari ini memang telah tercipta satu sejarah. Sejarah yang tak mungkin boleh dilupakan rakyat. Sejarah yang tak mungkin boleh dilupakan Sultan Perak dan keturunannya. Sejarah yang tak boleh dilupakan oleh pemimpin2 UMNO Malaysia khususnya Perak. hanya kerana seorang manusia rakus yang menyebabkan segala cacian, makian, hinaan, cercaan, nistaan telah dilemparkan kepada Paduka Seri Sultan Perak. Belum pernah dalam sejarah rakyat sanggup menghentam seorang sultan yang berwibawa dan dihormati sebegini rupa. Moga ia menjadi pengajaran terbaik kepada semua yang masih memegang 'title' raja di Malaysia
Apakah faktor yang menyebabkan REVOLUSI RAKYAT ini takkan terhenti lagi selepas ini? Jawapan tertumpu kepada satu iaitu kerakusan insan yang bakal memegang tampuk negara satu hari nanti jika sempat 'merampas kuasa' dan 'mandat' yang diberikan rakyat kepada pakatan pembangkang yakni Pakatan Rakyat.
UMNO atau lebih tepat Najib yang cukup terdesak untuk memastikan kerusi yang bakal didudukinya menjelang akhir Mac ini tidak tergugat telah menggunakan segenap ruang yang ada untuk mendakap setinggi 'penghormatan' dari 'rakyat' dengan menjalankan misi mustahil pada ketika awalnya tetapi tiba-tiba sahaja menjadi nyata dan hakikat ini telah 'dibantu' secara tak sengaja oleh Sultan yang paling dihormati di Malaysia dengan pengalaman, ilmu pengetahuan dan kejayaan serta dikatakan juga sebagai Sultan yang paling berjiwa rakyat iaitu Sultan Perak, akan tetapi semua kehebatan dan ketinggian hormat rakyat Malaysia keseluruhannya telah mula pudar dek kerana 'peranan' yang dimainkan baginda dalam usaha menjayakan keterdesakkan Najib untuk 'merampas kuasa' rakyat dengan menggunakan pengaruh beliau sebagai Orang-Orang Kaya Indera Syahbandar Pahang.
Siapa mampu menafikan selain media pro BN dan penyokong-penyokongnya bahawa struktur politik Malaysia bakal mengalami perubahan dengan apa yang dipertontonkan hari ini menjadi 'turning point' kemusnahan sebuah empayar yang penuh gemilang berdekad-dekad lamanya khususnya di bawah pemerintah terdahulu.
Nyata, apa yang diramalkan ini mungkin berlaku dalam masa yang terdekat akibat kerakusan seorang yang tak sabar-sabar menantikan hari 'naik takhta' dengan menghancurkan keutuhan rapuh sebuah kerajaan yang mendapat undi dan majoriti popular rakyat sebuah negeri pada hari ini.
Walau apapun, kita mesti sabar untuk menantikan kelangsungan episod 'Drama Politik Perak' esok dengan berlangsungnya majlis angkat sumpah MB Perak yang baru. Terbayang wajah senyum yang diukir oleh ketiga-tiga ADUN Bebas yang menambah majoriti BN Perak seperti ada sesuatu yang dinantikan. Apa laba atau bala yang akan diterima mereka? Allah jua yang Maha Menentukan. Kalau inilah muqaddimah maka kita tunggu saat dan tikanya apa bentuk pembalasan yang bakal diterima oleh mereka yang berlaku khianat.
Maka benarlah Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).
p/s: Terima kasih kepada pengirim email ini..Khairul Khalif
perfectwater: Siapa yang hendak komen bab ini....mungkin hujjah anda lebih 'power'?

Apa komen Rakyat Terhadap keputusan Sultan Perak??? Biar Betul!!!
salam Bloggers!
Kali pertama dalam sejarah, rakyat secara umumnya mula menunjukkan kederhakaan mereka kepada Sultan Perak...Apa dah jadi ni...adakah ini antara harga 'MAHAL' yang perlu dibayar kerana menunaikan sesuatu yang berkenaan???
please clik here for more responds!
Pengumuman :
Perfectwater terpaksa menghapuskan catatan yang disalin dari laman web Tuanku Suktan Perak kerana telah menerima teguran dari pihak berkuasa. Harap maklum!

TV3 dah mula balik kelaku dia...
Salam,
betapa 'syoknya' bila menonton TV3 malam ini terutama yang berkisarkan tentang tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat. Apa yang biasa selalu dibuat ialah temubual 4-5 orang dah kira mewakili seluruh rakyat amnya...
Tergelak bila dengar komen seorang cina dalam temubual tersebut, Kerajaan PR terlalu banyak berpolitik dan takde usaha untuk ekonomi....nak kata bahalol kot kasar sangat tapi memang pun...apa tidaknya, umum rakyat mengetahui ekonomi sekarang tengah meleset. kalau Malaysia pun dok kena suntik duit untuk rangsang tak habis-habis apatah lagi negeri yang diperintah pembangkang...
Tahniah kepada ADUN Pangkor yang diumumkan sebagai MB Perak yang baru walaupun MB lama enggan letak jawatan. Allah Maha Mengetahui Sesuatu. Saya tak terkejut kalau Dato' Nasaruddin dilantik menjadi EXCO Perak selepas ini. Cuma nak ingatkan seperkara...Durasi Drama Politik Perak masih panjang lagi..Kita tunggu sampai episod terakhir....Kita lihat siapa yang betul-betuk kena pada waktu itu...Opps! Satu lagi, tak terkejut kalau kes rasuah dua sahabat sejati akan di'settle'kan. Kalau jadi macam tu, maka betullah kata2 TDM...
Fikirkan...
Bagi saya siapa yang memerintah mesti adil dan saksama...harap MB baru ambil iktibar MB terdahulu...dan kuncu-kuncunya lakukan...

Fasal Yang Mana Satu najib Guna??? 16(6)...
Salam,
Kepada sesiapa yang pakar bahasa undang-undang tolong terjemahkan maksud Fasal 16(6) yang Najib gunakan untuk tumbangkan Kerajaan PR Perak agar tak jadi masalah lagi di masa depan......
Kalau tak sah kerajaan baru BN dikenali sebagai Kerajaan Penyamun...Elakkan UMNO!!!
Hari ini satu hari yang panjang penuh drama....Rampasan kuasa sudah berlaku, SUK Perak yang memegang kuasa negeri....Nizar enggan letak jawatan! Siapa yang benar...siapa yang salah?
thx!
Benarkah Sultan Perak Salah Titah??? Harapnya Tidak....
Salam,
Polemik Politik Perak akhirnya terlerai dengan keluarnya titah Paduka Seri Sultan Perak agar MB Perak dan Seluruh Exconya meletakkan jawatan serta-merta atau jawatan itu dianggap kosong sekiranya dia gagal mengikut titah tersebut. Namun begitu, adakah titah itu 'valid' mengikut undang-undang?
Timbul persoalan kerana Sultan Perak telah mendahului apa yang sepatutnya berlaku pada Persidangan DUN Perak April ini. Bukankah prosedur yang patut dibuat oleh Najib selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Perak menunggu persidangan tersebut diadakan untuk ADUN BN mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Kerajaan Pakatan Rakyat dan bukannya ditumbangkan dengan kadar segera seperti ini. Demokrasi Malaysia adalah berlandaskan Perlembagaan dan Undang Tubuh Negeri masing-masing. Kenapa mandat rakyat akhirnya dihapuskan oleh ketetapan seorang Raja Berperlembagaan?
Ini yang menjadi isu yang diperbincangkan tetapi dalam masa yang sama saya yakin pihak pembangkang tidak akan bersikap seperti apa yang berlaku di Perlis dan Terengganu selepas PRU 12 yang lalu. Sultan Perak selaku mantan Ketua Hakim Negara yang pernah menulis buku membicarakan konteks Raja Berperlembagaan hanya berkisarkan hal-hal rasmi (Di dalam bukunya "Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance," Sultan Perak yang juga bekas Ketua Hakim Negara menyatakan:
"Under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di-Pertuan Agong would not withhold his consent to a request for dissolution of parliament. His role is purely formal".)kerana pemerintah negeri yang sebenar mengikut hukum politik tetap MB atau Ketua Kerajaan yang diperkenankan Raja Pemerintah Negeri. Akan tetapi hal yang berlaku jelas menunjukkan sesuatu yang kurang jelas dari keputusan yang dibuat. Apakah Sultan Perak tidak sedar kedudukan kerusi sebanyak 28 yang sama dengan Pakatan Rakyat hanya membezakannya ialah sokongan tiga ADUN Bebas juga tidak mantap seperti yang diwar-warkan? Bila-bila sahaja akan berlaku lompat-melompat sokongan ADUN kepada siapa sahaja yang mereka suka. Apakah pada waktu itu, baru hendak dibubarkan Dewan Undangan Negeri?
Mandat rakyat yang diberi tidakkah diambil kira baginda? Mungkin inilah yang dinamakan kebijaksanaan Paduka Seri Sultan Perak mengendalikan kemelut politik terkini di Perak. Akhirnya Kerajaan BN yang bakal ditubuhkan akan dikenali sebagai Kerajaan Penyamun oleh umum yang menolak cara Kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan.
Apapun telahan, apapun hal, apapun yang telah berlaku, kita tunggu sahajalah apa yang akan berlaku seterusnya di Perak dan seluruh negara selepas ini....
p/s: Menarik episod Drama Politik Perak' selepas ini...tunggu!!!!
thx!
klik sini untuk tengok komen rakyat Malaysia

Februari 04, 2009
Kesan Terkini 'Re-Hijrah' Dato' Nasa...UMNO Pulak Akan Bayar Harga Yang Mahal???
Salam Bloggers!
kalau mengikut perkembangan terkini, Najib dah pun umum BN akan tubuhkan kerajaan di Perak. Lihat wajah Dato' Nasaruddin pun macam terbayang sesuatu yang akan berlaku dalam minggu ini. Mana tidaknya, menonton rakaman ceramah beliau selepas mengisytiharkan kemasukannya ke dalam PKR minggu lalu sudah cukup menjanjikan satu lanjutan 'Episod Drama Politik Perak'.
Apa perjanjian yang dibuat olehnya dengan Najib atau dia tetap menjawab tiada apa-apa yang ditawarkan kepadanya untuk menarik 'gear-reverse' untuk kembali UMNO. Tentu ada sesuatu yang 'besar' yang menjadi pra syarat kemasukan semula dato' Nasaruddin ke dalam UMNO, manakan tidak begitu mudah dia beralih selepas 'pidato berapi-rapi' yang beliau sampaikan di Bota baru-baru ini.
Tidak mustahil mungkin dialah calon MB Perak yang baru jika diperkenankan Sultan Perak sekiranya rancangan pembubabaran DUN Perak kali ini 'tergagal'. Kepada pemimpin pasca Tajol yang dah kojol itu, bersedialah sehabis baik kerana anda juga akan membayar harga yang mahal atas segala yang telah berlaku ini. Kepada rakyat Perak, terimalah sepenuh jiwa kerana ini sudah jadi ketentuan Allah.
thx!
BN Bentuk Kerajaan Baru Di Perak...Siapa Yang Tidak Bermoral?
Salam Bloggers!
Saya tak tahu berapa ramai ahli UMNO yang bangga dengan 'kejayaan' Najib menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak hari ini. Inilah hakikat politik 'wangi' UMNO yang dicanangkan selama ini. Saya yakin sesuatu yang lebih dahsyat akan berlaku khususnya di Perak dan akan merebak ke seluruh negara. Inilah antara kesan yang mungkin berlaku apabila mandat majoriti rakyat dipermainkan oleh pemimpin.
Jangan terkejut kalau darurat diisytiharkan dan MAGERAN ditubuhkan dalam dua tiga hari ini.
thx!
BN bentuk kerajaan baru di Perak
04/02/2009 5:19pm
PUTRAJAYA 4 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.
Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.
Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.
Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PKR sebanyak 28 kerusi.
Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.
Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu. - Utusan

Sah!!!! DUN Perak Bubar...
Salam Bloggers!
Laporan terkini...
jam 3.18 ptg...MB Perak umum pembubaran DUN Perak....
Drama seterusnya yang akan kita hadapi....
Inilah wajah politik Malaysia...
Siapa yang menjadi dalang kepada semua ini...Mandat rakyat dipermainkan....

Februari 03, 2009
BETUI KA NIE??? KOT ESOK NAFI PULAK? UMNO....UMNO!
salam Bloggers!
Menurut kenyatan yang dipetik dari laman web ini (klik sini) saya sedikit terkejut apabila dua orang ADUN PKR yang dikatakan telah mengisytiharkan diri mereka sebagai Wakil Rakyat Bebas telah diajak masuk ke dalam UMNO oleh Anggota badan perhubungan Umno Perak, Datuk Dr Zambery Kadir atas alasan yang diyakini boleh memberi sedikit tonik kepada UMNO Perak.
Persoalan sudah mula bermain di benak....Apakah begitu tinggi moral UMNO bila terhegeh-hegeh juga nak ambil dua orang yang sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah? Mungkin ada istilah lain untuk menggantikan istilah LOMPAT KATAK seperti yang hebat digembar-gemburkan pemimpin kanan UMNO bila timbul isu lompat parti satu ketika dulu atau Melayu Masih Mudah Lupa Lagi?
Sudahlah YOP, tak payah ler nak merayu orang yang macam tu nampak sangat mike nie udah terdesak sangat dan tak tahan jadi pembangkang di DUN Perak. Baru setahun la mike, sabor aje la, bila tiba mase pilihanrayer nanti mike pakay rampas ler balik...itupun kalau boleh la....kalau mike ambik juga, teman gerenti sekali-kali mike 'out' for the next election...Itu aje la teman nak kabo kat mike...
Suke ke telan balik ayor liur mike yang udah mike luah dulu....jadilah pemimpin yang bermaruah...lain kali jaga la negeri baik-baik, tak payah le nak serahkan kat orang lain...faham???
p/s: belajar mengurus kekalahan bukan menangisi ketewasan dulu...usah jadi bodoh bangang!!!!

Sejak Bila NAJIB Jadi Kaunselor Politik?
Salam Bloggers,
Hairan bertambah hairan, saya terus hairan, selepas satu,dua tiga perkara yang bersangkut dengan bakal PM Malaysia ini. Dulu kes Wanita Mongolia, kemudian Akuan Bersumpah Bala, pengakuan liwat SB, Skandal Eurocopter, sabitan beliau dengan keterangan saksi perbicaraan pembunuhan Altantuya di mahkamah, bawa ADUN Perak 'bersiar-siar' di Pahang dan yang terkini pengakuan mantan Timbalan Menteri Pertahanan yang tewas dalam PRU 12 tentang kebenaran antara pernyataan dalam Akuan Bersumpah Fauzi Muda. walaupun dia pernah bersumpah di 'masjid' namun ia masih belum cukup untuk melepaskan beliau dari bebanan tuduhan yang belum tentu benar atau tidak ini.
Inikah orang yang bakal memegang tampuk UMNO Malaysia pada Mac nanti? Saya tak tahu apa yang menyebabkan 'ramai' perwakilan UMNO di peringkat bahagian terhegeh-hegeh menyokong pencalonan beliau sebagai Presiden UMNO bagi menggantikan Pak Lah yang semakin lelah itu dek tekanan luar dan dalam atas dan bawah 'paras laut' dari lawan, orang yang dulunya kawan, teman, sahabat lama, sahabat baru dan lain-lain lagi.
Namun antara sedar atau tidak sebenarnya wujus gerakan untuk menafikan naiknya Najib sebagai PM satu hari nanti secara senyap dan terbuka mengikut lokaliti dan spesifikasi isu yang berkenaan. Dalam satu pertemuan dengan seorang wartawan sebuah akhbar yang condong neracanya kepaa kerajaan, beliau sendiri terkejut kenapa berita mengenai Fauzi Muda begitu mudah terlepas tanpa tapisan 'keselamatan' terlebih dahulu. Berita sebegini yang mampu menggugat sokongan umum biasanya tidak dimunculkan sebagai berita sama ada dalam akhbar atau media elektronik tempatan tetapi hakikatnya ia telah disiarkan.
Lihat kenyataan Pak Lah pada 1 Februari 2009 apabila ditanya kemungkinan ada wakil rakyat yang akan melompat parti masuk UMNO diterangkan dengan ceria dan yakin sehingga melupakan 'prinsip' yang cuba ditegakkan kebasahannya pasca 16 September 2008 iaitu tak menerima sebarang wakil rakyat yang bersifat 'KATAK' dalam UMNO. Pak Lah dengan selambanya, menyatakan kesediaan UMNO untuk menerima 'petualang bangsa' untuk menjadi ahli UMNO tanpa sebarang syarat sepertimana yang dibuat kepada 'Gurkha UMNO' Mantan Presiden GERAK Ezam Md.Noor yang kini semakin hilang 'sengat politiknya' selepas diterima menjadi ahli UMNO lebih kurang sebulan selepas permohonan beliau diajukan.
Bayangkan wahai ahli UMNO yang setia dengan perjuangan, dulu Cucu Datuk Onn Jaafar bermusuh dengan Anak Md. Noor tetapi kini menjadi sahabat qorib lantaran persamaan haluan politik sedangkan bukan kecil 'dosa' politik Ezam kepada UMNO ketika beliau 'berperang' dengan UMNO seluruhnya dari 1998 - 2008. Tengoklah, 'dosa' sedekad boleh padam dengan 'pahala' sebulan. Lucu sangat mengenangkan UMNO yang terus melaksanakan sistem kasta dalam parti walaupun hampir semua manusia UMNO ini menafikan wujudnya sistem kasta ini. Cuma hubungan dengan Cucu Mohammad Iskandar yang mengidam kerusi Ketua Pemuda UMNO sahaja yang kurang baik kerana dendam tak sudah antara beliau dengan Anak Cikgu Iskandar Al-Kutty. Siapa boleh menafikan ini antara penyebab kepercayaan rakyat dan juga dalam kalangan ahli UMNO sendiri semakin kurang. Buktinya pengundi Melayu terus memilih pembangkang dalam dua pilihanraya kecil yang dijalankan dalam tempoh setahun selepas PRU 12.
Apa yang diharapkan sangat oleh Ahli UMNO kepada Najib yang semakin terserlah 'kehebatan kepimpinan' bersama dengan pelbagai pembongkaran isu semasa dan lama yang bagi saya dia amat bernasib baik kerana berada di Malaysia yang begitu 'TERBUKA' amalan medianya, kerana jika ia berada di negara lain yang mengamalkan yang lebih terbuka amalan medianya maka tentunya dia akan merasa seperti 'baju yang dipakai seperti terlondeh kerana berat dan rosak butangnya'
Fikirlah yang terbaik wahai ahli UMNO kerana jika 'insan' ini dimahkotakan sebagai PM Malaysia keenam maka satu episod ngeri kepada ahli UMNO yang mengangkat beliau akan berlaku. Kita tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

PRK PERAK.....TAK JADILAH PULAK...SIAPA DALANG?
Salam Bloggers!
Kenyataan rasmi SPR yang bermesyuarat pagi ini telah menetapkan bahawa kedua-dua ADUN yang dikatakan meletakkan jawatan sebagai tidak sah kerana timbul keraguan kepada surat tersebut.
Bagi saya ada atau tiada PRK seperti sama sahaja kesannya kepada UMNO kerana sesungguhnya UMNO tak berdaya untuk menghadapi satu lagi pilihanraya kecil walaupun jenteranya terlalu besar dek kerana kekalahan berturut-tururt dalam dua PRK yang lalu.
Persoalannya, adakah tangan-tangan ghaib yang menghalang dari diadakan PRK tersebut dalam masa terdekat. Adakah wujud kemungkinan bahawa ada pihak yang 'fobia' dengan PRK ini kerana memandangkan sokongan rakyat semasa yang masih cenderung memilih pembangkang dalam PRU 12 masih kuat. Adakah ini taktik permainan mana-0mana pihak untuk menafikan Najib sebagai PM pada Mac 2009? Mengapa dalam masa yang sama wujud apa yang dikatakan akuan bersumpah menunjukkan penglibatanm aktif Najib untuk merasuah ADUN pembangkang untuk 'melompat' parti demi menguatkan BN dan melemahkan pakatan pembangkang?
Semua persoalan hanya boleh dirungkai mengikut situasi semasa sahaja. Selagi tak sampai masanya maka selagi itulah ia kekal menjadi persoalan yang tak boleh dijawab.
Secara tuntasnya, mampu atau sempatkah Najib menjadi PM Malaysia yang keenam Mac nanti? Jika lambakan tuduhan dan serangan semasa ke atas diri Najib yang ternyata masih lemah mainan politiknya bakal menghumban Najib ke jurang kegagalan dan impian isteri tersayang untuk menjadi Wanita Pertama Malaysia nyata akan tinggal impian yang tak kesampaian sahaja.

Februari 01, 2009
Kesan Kedua Hijrahnya Dato' Nasaruddin..PRK pulak dah...
Salam,
Buletin Utama TV# jam 8.00 sebentar tadi telah memaparkan Surat Rasmi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang menyatakan perletakan jawatan sebagai ADUN oleh dua ADUN yang dikhabarkan akan keluar dari PKR seperti yang diwar-warkan dengan ceria ole Pak Lah sepanjang hari ini. Namun dengan tersiarnya surat tersebut maka satu lagi episod PRK di Malaysia dan kali ini di Perak akan disaksikan rakyat seluruhnya.
Sesungguhnya inilah implikasi akibat 'lompatnya' seorang ADUN UMNO ke dalam PKR. Bayangkan jika ada lagi ADUN yang teringin melakukan perkara yang sama maka saya yakin mungkin selepas ini Najib pula yang kena letak jawatan akibat gagal seluruhnya dalam memimpin UMNO. Bahkan keputusan semasa undian dalam satu laman blog
http://harismibrahim.wordpress.com/2009/01/28/5986/
telah membuktikan kepimpinan Najib masih gagal diterima walaupun ia sekadar undian terpencil namun ia serba sedikit memberikan gambaran jelas ketidaklayakan bakal PM Malaysia itu.
Inilah penyakit UMNO yang sudah memasuki tahap keempat dan sukar untuk diubati lagi, maka saya ingin mencadangkan agar seluruh kepimpinan UMNO di peringkat PUSAT agar meletakkan jawatan beramai-ramai untuk memikul tanggungjawab atas kegagalan memacu UMNO ke arah yang lebih mantap terutama selepas PRU 12.
Biarlah semua ahli UMNO memilih kepimpinan yang baru. Berikan hak tersebut. UMNO mesti tubuhkan satu suruhanjaya untuk menjalankan pemilihan kepimpinan baru. Setiap individu UMNO diberi hak mutlak untuk bertanding dan memilih calon terbaik pilihan mereka. Saya yakin jika ini dilakukan sekarang maka imej UMNO akan kembali segar dan kembali ke tahap berdaya saing untuk mengambil semula apa yang telah mereka hilang sebelum ini. Sesungguhnya UMNO kini langsung tak berdaya untuk bersaing dengan parti-parti lain.
Fikirkan....
thx!
(kemaskini)
Dua ADUN PKR nafi letak jawatan
01/02/2009 10:01pm
KUALA LUMPUR 1 Feb. - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini menafikan meletakkan jawatan mereka, sepertimana yang diumumkan petang tadi.
ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi memaklumkan kepada Utusan Malaysia bahawa beliau dan dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu tidak pernah menghantar surat berhubung perletakan jawatan itu.
Sebaliknya beliau mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing. - Utusan

Langgan:
Catatan (Atom)