Februari 06, 2009

BN/UMNO SUDAH MENAKLUK DEWAN NEGERI, BAGAIMANA PULA DENGAN DEWAN HATI RAKYAT???

Salam Bloggers!

Tertarik dengan kata-kata Dato' Saifuddin Abdullah yang menjadi tetamu Sudut Pandang Astro Awani malam ini. Hakikat sekarang memang BN menjadi pemerintah tetapi soalnya lagi apakah Dewan Hati Rakyat mampu ditakluki selepas ini?

Kalau melihat kepada komen rakyat kepada DYMM Sultan Perak dan luahan dalam kebanyakan blog jelas menunjukkan hati rakyat telah terluka walaupun pemimpin BN khususnya UMNO telah menunjukkan riak wajah yang biasa sahaja dengan ombak kemarahan rakyat ini. Mungkin tak adil ia diambil kira tetapi ia boleh dijadikan isyarat awal sekurang-kurangnya kepada pemimpin yang telah terlajak melaksanakan apa yang disifatkan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai 'rampasan kuasa rakyat' di Perak.

Beliau juga menyebut tentang 'speciality' Dato' Nasaruddin yang melompat parti dari segi Perlembagaan UMNO sendiri. Kenapa tiada sebarang hukuman sedangkan kalau mengikut kebiasaannya seorang ahli UMNO akan dipecat apabila melakukan kesalahan membelakangkan kepentingan parti. Bagaimana Najib hendak menjelaskan kepada ahli UMNO yang bakal dipimpinnya Mac nanti atau Pak Lah yang bakal menjadi 'kambing hitam' kerana terpaksa menjawab persoalan tersebut buat masa sekarang?

Rujuk Fasal 20.8

Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:

(a)Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli;
(b)Mengikut perintah-perintah parti;
(c)Menjalankan dasar-dasar parti;
(d)Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti;
(e)Menjaga rahsia-rahsia parti;
(f)Memelihara nama baik dan maruah parti;
(g)Senantiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib.

20.9

Mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman yang tersebut dibawah:

(a) Diberi amaran;
(b) Digantung hak-haknya dalam parti;
(c) Dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi;
(d) Dipecat daripada parti;
(e) Dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini.

Mungkinkah dalam kes Dato' Nasaruddin yang menjadi ahli 3 parti dalam masa 10 hari tidak akan didakwa kerana dia juga terdiri daripada golongan BRAHMAN UMNO dan berjasa sebagai antara Pelakon Utama yang terlibat dalam Drama Politik Perak 2009?

Mungkin Najib akan menjadikan sebab apa yang berlaku telah diskripkan dalam drama tersebut jadi tiada sebarang tindakan yang perlu diambil ke atas beliau?

Saya yakin umum ahli UMNO yang setia menunggu dan menerima apa jua keputusan Lembaga Disiplin Parti kerana sudah menjadi SIFAT YANG SEBATI untuk terima semua itu. Sekiranya tindakan yang bakal diambil terpaksa mengenepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan UMNO maka kita mesti bersedia menerima 'skrip' baru yang bakal diolah oleh Pengarah Dramanya selepas ini.

Jadi???? Tunggu aje la yer.....Drama Politik Perak masih belum habis lagi!!!!

thx!

4 ulasan:

NIZAM MAT SAARI berkata...

Salam Tuan,

Waktu 1998, saya antara orang yang simpati kepada Anwar. Hari ini saya berasa begitu malu melihat orang-orang yang sebangsa dengan saya dan seagama dengan saya malah melaungkan kalimah-kalimah suci memuji Allah, tetapi menunjukkan akhlak yang paling buruk, mengeji, menghina, mengutuk dan menyerang bangsa sendiri juga.

Demontrasi? Suara rakyat? Mana peginya orang yg dapat 999 tu? Adun mereka pun majoriti juga, tapi perkudakan orang Melayu, kambing hitamkan Nizar. Orang Melayu dah patut sedar dan nampak, mereka telah dipergunakan dan diperbodohkan oleh orang yang berkepentingan!

http://nizammatsaari.com/blog

Tanpa Nama berkata...

Salam,

UMNO merampas hak rakyat secara haram. Ini akan membuatkan semakin ramai rakyat Perak khususnya dan Malaysia umumnya semakin membenci UMNO.

Terma kasih

azmi yusof berkata...

hati rakyat mana?hati rakyat DAP?RAKYAT PAS?ATAU RAKYAT PKR?rasanya rakyat UMNO masih mendahului dari segi kemenangan dun pada pilihanraya lepas..yang paling rapat pun bukan PKR atau PAS pun..DAP..kalau rasa perlu jaga hati rakyat yang ni..lu pikirla sendiri,,

singamaraja berkata...

Dewan hati rakyat semakin jauh bang !