Februari 11, 2009

MB Zamri Beretorik Di Dialog@1...Macam ni ka Pemimpin Kroni Pak Lah dan KJ?

Salam,

Lucu bila tonton RETORIK TERHEBAT tahun ini...dari sepuluh perkara yang dia cakap lapan daripadanya adalah PEMBOHONGAN yang nyata!!!!

Tahniah Dr. kerana meneruskan dan menambah kebencian rakyat atas apa yang dipercakapkan malam ini.Baru jadi MB dua tiga hari dah lupa langit tu tinggi...

Mestikah seorang pemimpin itu berbohong?

p/s: Tergelak bila dia FAKTAkan AUTA yang NYATA!!!!

thx!

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang betul lah saperti ungkapan tuan penulis blogPerfectwater75 sebegini:

"Anggaplah segala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari diri Perfectwater75 sendiri"

Sememangnya terlalu buruk artikel yg tuan baru tulis ini. Sessi dialog belum habis lagi tapi dah nak menghukum hujah-hujah YAB Dato Zambry dengan kejian.

perfectwater75 berkata...

Salam,

Sudah terang dan nyata...tuan tanpa nama boleh buat apa jua kesimpulan. Bagi saya yang berada di akar umbi ini memang lebih tahu apa yang berlaku di peringkat bawahan. Tuan tanpa nama mungkin golongan BRAHMIN UMNO yang sentiasa mengganggap setiap kata pemimpin kasta yang sama adalah FATWA yang mesti diikuti.

Terpulang, kalau tak suka, komen saja. Saya takkan delete untuk menutup kelemahan saya jika ada.

Memang buruk itu datang dari saya sendiri tetapi tak bermakna yang hebat dan baik itu boleh datang dari MB Zamri?

Dalam dua hari sudah berapa ribu RM yang telah dijanjikan peruntukan untuk kaum India dan Cina? sedangkan dalam masa yang sama masih ada orang miskin bumiputera di Perak yang masih gagal di'kaya'kan BN selama 50 tahun memerintah? Macam senang saja dia luluskan RM 30k untuk pasukan pancaragam Cina di majlis yang disertainya? Terdesak sangat ke sampai terpaksa gunakan RM rakyat untuk tawan hati pengundi Cina?

Tuan Tanpa Nama....Lu Fikirlah Sendiri!!!

hahaha! Tak sangka ada lagi Melayu macam ni..

anyway thx!

Unknown berkata...

Masa acara pertama beliau di sambutan Tahun Baru Cina di Perak, aku lagi terkejut....disebabkan dia rasa terhibur dgn persembahan orkestra pada malam tu (@ nak ambil hati orang Cina), tanpa fikir panjang, tanpa mesyuarat, terus umumkan peruntukan 30 ribu kpd pasukan orkestra tu. Siap puji melangit belum pernah tengok persembahan sebegini hebat sepanjang hayat. Adusshhh...

Unknown berkata...

Nampaknya UMNO masih belum belajar pilih pemimpin. Kenapa la kualiti tidak menjadi keutamaan. Kalau bukan sebab kualiti, atas faktor apa lagi?? Sia-sia lah adakan post mortem demi post mortem...

add berkata...

kita kadang kadang kena ada trick bila berpolitik,
bila kita meluluskan sesuatu projek tak semestinya kita war warkan kepada umum walaupun ini untuk kebaikan rakyat, belajarlah cara berpolitik orang cina, depa diamkan sahaja bila dapat pada puak depa, tapi war warkan bila beri pada kaum melayu dan india, bn pun mengambil pendekatan yang serupa,,, kalau pw ada senarai dan bukti yang menunjukkan kaum melayu harus dibela oleh MB baru, dipersilakan ke pejabat MB dan maklumkan kepada beliau dengan cara mengikut saluran yang betul...

perfectwater75 berkata...

salam,

terima kasih kepada Zamri dan ADD,

saya cuma tak faham kenapa sampai begitu sekali mau diambil hati kaum lain sampai terpaksa melantik calon2 yang tewas untuk menjadi penasihatnya bertaraf EXCO lagi tu?

Ini yang saya katakan kroni Pak Lah dan KJ...Lihat bagaimana buat kali pertama selepas PRK KT, KJ bersuara...semuanya menjurus kepada menyokong kwn baik dalam EXCO Pergerakan Pemuda UMNO.

Sapa lagikan yg diharap....entah macamana la nama MB Zamri ni boleh naik...sapa la yang jolok naik nama tu?

Tengok2 sama juga mcm yg dulu juga...

Kalau yer pun nak bagi nafas baru, bagilah kepada yang lebih hebat seperti Kapten Najmuddin..dia baru layak jadi MB Perak...ini muka ampu-bodek tak habis2...

Tengok berita TV3 pun tak henti2 promote MB baru ni sampai naik jemu.

Tak hebat mana pun...

p/s: 30k bagi kat CINA sebab terpegun tengok depa buat persembahan biasa...peruntukan untuk KUIL belum lagi kira...duit mana ambil? ekonomi PERAK tak meleset ke? Kerajaan Pusat pun kena suntik rangsangan tak henti2..

Tanpa Nama berkata...

Baik punya hati MB Perak dan mantan EMBEE.
Nak jaga hati semua orang.
Dah lazim malaysia sebgagai sebuah negara mengamalkan dalam semua dasar dan amalan prinsip hidup baik pun politik nak ambil hati semua orang.
Semua parti politik Malaysia terikut ngan ini.
Owang putih kate "try to please everybody but please nobody".
Nak ambil hati non malays di Perak DR sampai meminggirkan hak owang islam dan melayu,dua pun dah jadi macam owang tanah besar "practical dan pragmatic" a.k.a no principles".
mungkin tak belajo dari sejarah ke ?
changkat lobak
arjuna waspada

add berkata...

PW75,
Saya pun kurang setuju tentang perlantikan 2 ekor penasihat kalah tu. Tapi kita jangan hanya mempertikaikan peranncagan yang dibuat oleh pentadbir, kita ke penang seketika,,, selepas gerakan kalah dipenang, bekas ap gerakan melompat ke dap,,,kenapa dap ambil beliau? kerana dap dah tahu dimana kekutan dan kelemahan kaum mereka dan gerakan .. samalah cara dr z melaksanakan konsep "tuan penasihat".. saya pun bersetuju jika kapten bersara najumudin dilantik MB, tetapi faktor pengalaman mentadbir urus ada kekurangan dipihak beliau,, tapi apa-apa pun saya amat bersyukur kepada dr z kerana melantik kapten bersara sebagai penasihat MB, syabas dr z......

perfectwater75 berkata...

Salam,

Guna helah bela diri rasionalisasi nampaknya sdr add...

Selalunya BN kata PR tiru depa dan guna polisi depa yg sedia ada, tengok2 BN pula guna dan ambil polisi org lain tapi ngaku pula depa punya...

cuba add jwb apa rasional bagi RM 30k kepada pasukan pancaragam cina tu...jawab jangan pusing yang lain pulak?

azlishukri berkata...

satu sahaja yang saya sokong di sini. memang Zambry orang KJ!.Makin panas kat sini.

perfectwater75 berkata...

Salam,

Bila saudara Azli memberikan kenyataan memang MB Zamry ini org KJ maka saya yakin ada perancangan tertentu daripada pihak yang tertentu yang sedang menrencanakan setuatu yang tertentu khususnya di Perak. harus dingat, Polemik yang berlaku di Perak kalau bijak digunakan oleh pimpinan UMNO yang terlibat dengan pemilihan maka ia boleh memberikan pulangan yang 'lumayan'.

fikir2kanlah...

hahaha!

thx!

p/s: Perfectwater pun tak tahu nak pangkah sapa waktu pemilihan nanti...hihihi!

singamaraja berkata...

Kapal UMNO sudah bocor, dock Yard dah tak boleh repair he he he

The Island of NAMOYAKI, berkata...

salam perfectwater75,

salam singamaraja,
kapal umno tu tak bocor,
tapi ada perkara lain tak 'calibrated'

dock yard pun tak pilih siapa-siapa nak repair,

tanya kat saudara azli shukri, di taw details,

:)