Februari 17, 2009

Perletakan Jawatan ADUN Elizabeth Wong Tak Wajar`

Salam Bloggers!

Saya tertarik untuk mengulas isu paling hangat hari ini iaitu isu gambar/video bogel ADUN Bukit Lenjan dari PKR yang juga merupakan EXCO Kerajaan Selangor.

Mengapa? Kenapa? BN khususnya BN Selangor begitu beria-ia mendesak ADUN itu meletak jawatan beliau? Adakah mereka sudah melupakan apa yang pernah berlaku satu ketika dulu di Selangor? Kisah anak raja dari negeri antah-berantah yang dilarikan oleh Memanda Badut negeri tersebut dan juga menyeludup keluar fulus berkilo-kilo ke luar negara dan apabila terbongkar kisah tragis itu hanya jawatan Memanda badut yang dipaksa letak tetapi masih kekal sebagai statusnya sebagai Ahli Dewan Negara dan tidak pula dikatakan derhaka kepada Bapa Mertua Dirajanya? Begitu juga kisah seorang lagi Memanda Badut dari negeri yang sama yang dikatakan bersekedudukan dengar adik ipar sendiri sehingga melahirkan anak di luar nikah, tindakan yang sama juga diambil...konklusinya cukuplah dengan meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Wahai YB Puan Elizabeth Wong. Media Cetak dan Elektronik hentikanlah main isu ini kerana apa yang hendak dihairankan sudah memang budaya semasa kebanyakan bangsa yang sebangsa Elizabeth begitu. Nanti rakyat tambah meluat.

Akhirul kalam, kenapa politik Malaysia tak habis-habis seperti ini? Apakah ini realiti politik UMNO, jatuh menjatuhkan adalah didalam UMNO sendiri bila membicarakan tentang dua orang mantan Memanda Badut ini....renungkan...

thx!

3 ulasan:

kembara putih berkata...

saya setuju dgn sdr Perfectwater75. Cukup lah sekadar letak jawatan Exco je. Kerusi DUN Bkt Lanjan patut dikekalkan. Apa yang UMNO nak lebih2 ni. Dulu Chua Soi Lek pun letak jawatan MEnteri Kesihatan je, kerusi Parlimen dikekalkannya.

Kalau kes rampasan Perak tidak diraikan oleh parti2 kompenan BN, kes terbaru ini sekali lagi tindakan UMNO tidak disertai MCA & Gerakan. Pemimpin2 wanita mereka melahirkan simpati & sokongan kpd Elizabert.

Nampaknya sejak Najib mengepalai jentera UMNO, semua keputusan beliau hanya mementingkan partinya sahaja, tanpa melihat kesan jangka panjang kpd parti2 kawan mereka. Kalau berterusan lagi senario begini, makin senang lah BN dijatuhkan.

perfectwater75 berkata...

Salam,

Terima kasih kembara putih, saya sebenarnya tak faham bila UMNO masih tak mahu berubah walaupun nada yang sentiasa dicanangkan adalah perubahan...adakah semua ini sekdar retorik yang memakan diri pada akhirnya? kita terpaksa tunggu sahaja sajian pelbagai drama selepas ini.

Tanpa Nama berkata...

kena pada slogannya
dulu, kini n selamanya..
nak berubah camner...

-dunia sementara-