Salam Bloggers!
Kenyataan rasmi SPR yang bermesyuarat pagi ini telah menetapkan bahawa kedua-dua ADUN yang dikatakan meletakkan jawatan sebagai tidak sah kerana timbul keraguan kepada surat tersebut.
Bagi saya ada atau tiada PRK seperti sama sahaja kesannya kepada UMNO kerana sesungguhnya UMNO tak berdaya untuk menghadapi satu lagi pilihanraya kecil walaupun jenteranya terlalu besar dek kerana kekalahan berturut-tururt dalam dua PRK yang lalu.
Persoalannya, adakah tangan-tangan ghaib yang menghalang dari diadakan PRK tersebut dalam masa terdekat. Adakah wujud kemungkinan bahawa ada pihak yang 'fobia' dengan PRK ini kerana memandangkan sokongan rakyat semasa yang masih cenderung memilih pembangkang dalam PRU 12 masih kuat. Adakah ini taktik permainan mana-0mana pihak untuk menafikan Najib sebagai PM pada Mac 2009? Mengapa dalam masa yang sama wujud apa yang dikatakan akuan bersumpah menunjukkan penglibatanm aktif Najib untuk merasuah ADUN pembangkang untuk 'melompat' parti demi menguatkan BN dan melemahkan pakatan pembangkang?
Semua persoalan hanya boleh dirungkai mengikut situasi semasa sahaja. Selagi tak sampai masanya maka selagi itulah ia kekal menjadi persoalan yang tak boleh dijawab.
Secara tuntasnya, mampu atau sempatkah Najib menjadi PM Malaysia yang keenam Mac nanti? Jika lambakan tuduhan dan serangan semasa ke atas diri Najib yang ternyata masih lemah mainan politiknya bakal menghumban Najib ke jurang kegagalan dan impian isteri tersayang untuk menjadi Wanita Pertama Malaysia nyata akan tinggal impian yang tak kesampaian sahaja.
thx!
Februari 03, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Kita boleh juga menganggap isu perletakan jawatan dua Adun tersebut adalah angkara Pucuk Pimpinan PKR atau Pakatan Rakyat yang tidak mahu terpalit kesalahan dua Adun tersebugt dalam tuduhan rasuah yang akan dibuat dakwaan sedikit masa lagi. Jangan asyik membuat tuduhan kepada Najib sahaja.
Salam,
terima kasih bungaraya atas komen saudara.
Catat Ulasan