Februari 05, 2009

Titah Sultan Perak...Pencetus Revolusi Rakyat?!

Salam Bloggers!

Saya menerima email dari seorang sahabat yang tekun mengikuti perkembangan Drama Politik Perak 2008 dan beliau meminta saya memasukkannya ke dalam blog ini untuk bacaan para pencinta demokrasi di Malaysia


Hari ini memang telah tercipta satu sejarah. Sejarah yang tak mungkin boleh dilupakan rakyat. Sejarah yang tak mungkin boleh dilupakan Sultan Perak dan keturunannya. Sejarah yang tak boleh dilupakan oleh pemimpin2 UMNO Malaysia khususnya Perak. hanya kerana seorang manusia rakus yang menyebabkan segala cacian, makian, hinaan, cercaan, nistaan telah dilemparkan kepada Paduka Seri Sultan Perak. Belum pernah dalam sejarah rakyat sanggup menghentam seorang sultan yang berwibawa dan dihormati sebegini rupa. Moga ia menjadi pengajaran terbaik kepada semua yang masih memegang 'title' raja di Malaysia

Apakah faktor yang menyebabkan REVOLUSI RAKYAT ini takkan terhenti lagi selepas ini? Jawapan tertumpu kepada satu iaitu kerakusan insan yang bakal memegang tampuk negara satu hari nanti jika sempat 'merampas kuasa' dan 'mandat' yang diberikan rakyat kepada pakatan pembangkang yakni Pakatan Rakyat.

UMNO atau lebih tepat Najib yang cukup terdesak untuk memastikan kerusi yang bakal didudukinya menjelang akhir Mac ini tidak tergugat telah menggunakan segenap ruang yang ada untuk mendakap setinggi 'penghormatan' dari 'rakyat' dengan menjalankan misi mustahil pada ketika awalnya tetapi tiba-tiba sahaja menjadi nyata dan hakikat ini telah 'dibantu' secara tak sengaja oleh Sultan yang paling dihormati di Malaysia dengan pengalaman, ilmu pengetahuan dan kejayaan serta dikatakan juga sebagai Sultan yang paling berjiwa rakyat iaitu Sultan Perak, akan tetapi semua kehebatan dan ketinggian hormat rakyat Malaysia keseluruhannya telah mula pudar dek kerana 'peranan' yang dimainkan baginda dalam usaha menjayakan keterdesakkan Najib untuk 'merampas kuasa' rakyat dengan menggunakan pengaruh beliau sebagai Orang-Orang Kaya Indera Syahbandar Pahang.

Siapa mampu menafikan selain media pro BN dan penyokong-penyokongnya bahawa struktur politik Malaysia bakal mengalami perubahan dengan apa yang dipertontonkan hari ini menjadi 'turning point' kemusnahan sebuah empayar yang penuh gemilang berdekad-dekad lamanya khususnya di bawah pemerintah terdahulu.

Nyata, apa yang diramalkan ini mungkin berlaku dalam masa yang terdekat akibat kerakusan seorang yang tak sabar-sabar menantikan hari 'naik takhta' dengan menghancurkan keutuhan rapuh sebuah kerajaan yang mendapat undi dan majoriti popular rakyat sebuah negeri pada hari ini.

Walau apapun, kita mesti sabar untuk menantikan kelangsungan episod 'Drama Politik Perak' esok dengan berlangsungnya majlis angkat sumpah MB Perak yang baru. Terbayang wajah senyum yang diukir oleh ketiga-tiga ADUN Bebas yang menambah majoriti BN Perak seperti ada sesuatu yang dinantikan. Apa laba atau bala yang akan diterima mereka? Allah jua yang Maha Menentukan. Kalau inilah muqaddimah maka kita tunggu saat dan tikanya apa bentuk pembalasan yang bakal diterima oleh mereka yang berlaku khianat.

Maka benarlah Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

p/s: Terima kasih kepada pengirim email ini..Khairul Khalif

perfectwater: Siapa yang hendak komen bab ini....mungkin hujjah anda lebih 'power'?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Dato’ Seri IR Nizar!..
Assalammualaikum,,
Aku bangga DS IR Nizar selaku Adun tempat aku telah menunjukkan sikap anak jantan.. gentleman.. jangan letak jawatan.. Kita orang PAS kena berani…. bukan macam mana UMNO nak memerintah guna cara bacul..tak ada telok.. guna polis.. guna SPR.. gunalah seberapa banyak apa yang hangpa nak guna..
Dato’ Seri.. Tunjukkan kan Semangat anak Jantan Dato agar dapat dicontohi oleh golongan muda yang akan mewarisi pimpinan PAS..
Wahai Pak Lah, Wahai Najib.. Wahai Hamid Albar.. Wahai Musa Hasan.. Hangpa bernasib baik kerana pimpinan PAS tidak mengarahkan ahli-ahlinya buat demontrasi.. hangpa patut mau ucapkan terima kasih kepada pimpinan PAS.. kalau tidak malaysia akan menjadi macam Thailand.. rakyat membangun memberontak..demontarsi..
Tahniah Dato Seri IR Nizar.. sekurang-kurangnya Dato Seri telah memperomosi negara Malaysia di mata dunia.. Ya telah mencipta rekod dunia ” world record” seorang bekas ketua hakim negara yang merlanggar undang-undang.. Biar Amerika tahu.. biar Barack Obama tahu.. yang Malaysia telah mencipta rekord ada seorang Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri yang mengambil alih negeri dengan cara pertolongan SPR.. dengan pertolongan Polis.. dengan pertolongan Sultan.. bukan dengan cara demokraksi.. biar dunia luar tahu Malaysia telah menghumban demokraksi rakyat ke kandang babi…

Daripada blog Manjung Mari (rentap revolusi.com)
Saya mohon diambil tindakan ketas pemilik blog ini.

Tanpa Nama berkata...

Kepada penyokong-penyokong PAS...

Tahniah kerana anda tahu rasa takut pada undang-undang, itulah sebabnya anda tidak `berdemocrazies'macam anjing gila....

Tahniah juga kerana anda tidak `berdemocrazies'sebab anda tahu undang-undang membenarkan apa yang Sultan negeri Perak buat itu adalah mengikut lunas-lunas perlembagaan.

Tahniah juga kerana menuduh UMNO guna cara bacul,tak ada telok dan sebagainya, sedangkan semua itu adalah perbuatan dari sebelah pihak anda. Lebih murni lagi bila ahli anda (Silembunizar),anda biarkan dibuat sebagai `lembu korban' oleh saudara sepupu dan sekufu anda (Parti DAP).

Takziah kerana inilah catatan sejarah hitam dalam negara ini, bilamana silembunizar enggan meletak jawatan, anda semua dan saudara sepupu dan sekufu kamu, akan `dihalau' keluar oleh pihak berkuasa seperti anjing kurap.

Tahniah dan selamat maju jaya dengan rancangan anda (Parti Pas)mempromosikan penternakkan babi untuk menjadi sumber ekspot Malaysia keluar negara...Tahniah dan balasungkawa untuk anda semua kerajaan PR...!!!!

Tanpa Nama berkata...

BUKAN ANAK JANTAN YANG BRSIKJAP DERHAKAN, BUKAN ANAK JANTAN DARI KETURUNAN PERUSUH, AYAM MENANG KAMPUNG TERGADAI, SIAPA YANG PERINTAH PERAK SEBENARNYA? NIZAR?? BUKAN DAP??