Februari 05, 2009

TV3 dah mula balik kelaku dia...

Salam,

betapa 'syoknya' bila menonton TV3 malam ini terutama yang berkisarkan tentang tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat. Apa yang biasa selalu dibuat ialah temubual 4-5 orang dah kira mewakili seluruh rakyat amnya...

Tergelak bila dengar komen seorang cina dalam temubual tersebut, Kerajaan PR terlalu banyak berpolitik dan takde usaha untuk ekonomi....nak kata bahalol kot kasar sangat tapi memang pun...apa tidaknya, umum rakyat mengetahui ekonomi sekarang tengah meleset. kalau Malaysia pun dok kena suntik duit untuk rangsang tak habis-habis apatah lagi negeri yang diperintah pembangkang...

Tahniah kepada ADUN Pangkor yang diumumkan sebagai MB Perak yang baru walaupun MB lama enggan letak jawatan. Allah Maha Mengetahui Sesuatu. Saya tak terkejut kalau Dato' Nasaruddin dilantik menjadi EXCO Perak selepas ini. Cuma nak ingatkan seperkara...Durasi Drama Politik Perak masih panjang lagi..Kita tunggu sampai episod terakhir....Kita lihat siapa yang betul-betuk kena pada waktu itu...Opps! Satu lagi, tak terkejut kalau kes rasuah dua sahabat sejati akan di'settle'kan. Kalau jadi macam tu, maka betullah kata2 TDM...

Fikirkan...

Bagi saya siapa yang memerintah mesti adil dan saksama...harap MB baru ambil iktibar MB terdahulu...dan kuncu-kuncunya lakukan...

thx!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam....

Memang negara sedang mengalami kemelesetan...namun, kerajaan BN masih boleh menyumbang aliran pembangunan berbanding pakatan pembangkang.....

Contoh yang paling ketara tentang `indah khabar dari rupa' pakatan pembangkang ialah keadaan pentadbiran kerajaan negeri PP sekarang...,setahun lalu..bukan main lagi ketua menterinya berhujah hendak menghapuskan kadar kemiskinan aras sifar, nak bagi elaun itu dan ini, terbang sana sini nak cari dan tarik pelabur asing melabur di negeri yang di perintah pembangkang...tapi, ape ke jadahnya...sekarang, merayu-rayu pada kerajaan persekutuan minta disalurkan peruntukkan untuk kerajaan mereka terus bernafas..!! Apa..?? Ingat kerajaan persekutuan ni bengap sangat ke...?? Semua peruntukkan ada disalurkan ke PP, tetapi..kepada wakil rakyat UMNO dan BN, yang akan bertindak sebagai boss dalam pengagihan wang-wang tersebut..bermakna, pakatan pembangkang terpaksa mengemis pada wakil rakyat BN Pulau Pinang..now, siapa yang boss???

Politik Perak atau negara tetap akan berjalan seperti biasa, the games is ON...tiada penghujung, tiada pengakhir...selagi ada yang tukang kangkang...selagi itu ianya bergolak. UMNO dan BN tetap bersedia, kerana `permainan' ini dimulakan oleh pakatan pembangkang...jadi,kami sentiasa bersedia menerima segala gempuran musuh....

DAN...sudah tentu, sekiranya salah..mereka tetap akan dihukum..undang-undang negara ada, kalau tidak...takkan Anwar,RPK,Teresa anjing dan para pemimipin PAS yang `CraziesDEMO' tu boleh terlepas...

Pada Pakatan Pembangkang...janganlah terlalu banyak berpolitik, tapi..lebihkan pada usaha untuk menjana ekonomi negara...masa berpolitik sudah habis,nanti masa PIRU-13, baru kita berpolitik balik...!! Kalau lalok sangat berpolitik...apapun tak boleh buat...nanti rakyat tanya, apa sumbangan pakatan pembangkang pada pembangunan...

OPPS,terlupa... memang tiada, itulah sebabnya mereka banyak berpolitiking...untuk mengabui mata rakyat tentang ketidakmampuan mereka untuk menyumbang pada rakyat-rakyat mereka.
Bijak...bijak!!