Salam,
Polemik Politik Perak akhirnya terlerai dengan keluarnya titah Paduka Seri Sultan Perak agar MB Perak dan Seluruh Exconya meletakkan jawatan serta-merta atau jawatan itu dianggap kosong sekiranya dia gagal mengikut titah tersebut. Namun begitu, adakah titah itu 'valid' mengikut undang-undang?
Timbul persoalan kerana Sultan Perak telah mendahului apa yang sepatutnya berlaku pada Persidangan DUN Perak April ini. Bukankah prosedur yang patut dibuat oleh Najib selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Perak menunggu persidangan tersebut diadakan untuk ADUN BN mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Kerajaan Pakatan Rakyat dan bukannya ditumbangkan dengan kadar segera seperti ini. Demokrasi Malaysia adalah berlandaskan Perlembagaan dan Undang Tubuh Negeri masing-masing. Kenapa mandat rakyat akhirnya dihapuskan oleh ketetapan seorang Raja Berperlembagaan?
Ini yang menjadi isu yang diperbincangkan tetapi dalam masa yang sama saya yakin pihak pembangkang tidak akan bersikap seperti apa yang berlaku di Perlis dan Terengganu selepas PRU 12 yang lalu. Sultan Perak selaku mantan Ketua Hakim Negara yang pernah menulis buku membicarakan konteks Raja Berperlembagaan hanya berkisarkan hal-hal rasmi (Di dalam bukunya "Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance," Sultan Perak yang juga bekas Ketua Hakim Negara menyatakan:
"Under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di-Pertuan Agong would not withhold his consent to a request for dissolution of parliament. His role is purely formal".)kerana pemerintah negeri yang sebenar mengikut hukum politik tetap MB atau Ketua Kerajaan yang diperkenankan Raja Pemerintah Negeri. Akan tetapi hal yang berlaku jelas menunjukkan sesuatu yang kurang jelas dari keputusan yang dibuat. Apakah Sultan Perak tidak sedar kedudukan kerusi sebanyak 28 yang sama dengan Pakatan Rakyat hanya membezakannya ialah sokongan tiga ADUN Bebas juga tidak mantap seperti yang diwar-warkan? Bila-bila sahaja akan berlaku lompat-melompat sokongan ADUN kepada siapa sahaja yang mereka suka. Apakah pada waktu itu, baru hendak dibubarkan Dewan Undangan Negeri?
Mandat rakyat yang diberi tidakkah diambil kira baginda? Mungkin inilah yang dinamakan kebijaksanaan Paduka Seri Sultan Perak mengendalikan kemelut politik terkini di Perak. Akhirnya Kerajaan BN yang bakal ditubuhkan akan dikenali sebagai Kerajaan Penyamun oleh umum yang menolak cara Kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan.
Apapun telahan, apapun hal, apapun yang telah berlaku, kita tunggu sahajalah apa yang akan berlaku seterusnya di Perak dan seluruh negara selepas ini....
p/s: Menarik episod Drama Politik Perak' selepas ini...tunggu!!!!
thx!
klik sini untuk tengok komen rakyat Malaysia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Kalau sekiranya kerajaan baru ditubuhkan oleh BN, ianya bukan kerajaan penyamun seperti yang saudara katakan. Ianya adalah berlandaskan undang-undang dan terhasil selepas `permainan tawar menawar' yang dimulakan oleh Anwar tamat tempohnya. Kenapa pula anda menggatakan kerajaan baru itu nanti sebagai kerajaan penyamun, sedangkan.. aktiviti menyamun itu dilakukan oleh kerajaan PR Perak??
Sekarang..anda cuba untuk meletakkan kesalahan dan kekalahan itu dibahu pihak BN untuk ditanggung...bagaimana pula reaksi anda sekiranya `cubaan membeli' beberapa MP BN itu berjaya dan Anwar jadi PM??? Adakah itu kerja terhormat??
Mereka yang mulakan permainan ini, kenapa bila rentak permainan tidak menyebelahi mereka, mereka menuduh BN pula yang main kotor??
Salam JOMO,
Hahaha! Sdr salah tafsir, bukan saya yang katakan Kerajaan BN Perak yang baru itu Kerajaan Penyamun tetapi sekadar meminjam istilah yang digunakan oleh beberapa rakan bloggers....
Kekecewaan rakyat kepada Sultan Perak jelas terpancar melalui luahan perasaan mereka dalam website Sultan Perak....
Berbaloikah apa yang BN lakukan sekarang hanya dengan jumlah kerusi teras yang sama dengan PR?
Tidakkah sesiapa sahaja boleh menggoncang kerajaan tersebut selepas ini?
Sdr hanya memberi andaian sekiranya DSAI berjaya tetapi hakikatnya perkara itu tak pernah berlaku tetapi hakikatnya ia dilakukan BN???
Terpulang, saya hanya menyuarakan pendapat saya berdasarkan pemerhatian saya yang rapat dengan negeri Perak yang bersultan, Sabah tiada sultan atau raja jadi susahlah kalau nak cakap....
thx!
Catat Ulasan