Salam Bloggers!
Jika dibaca laporan ini dan ini maka seperti terasmi sudah berakhirnya hayat seorang lagi pemimpin UMNO yang hanya BERANI dan TERKENAL apabila BERCAKAP dalam LINGKUNGAN yang TERTUTUP sahaja. Kita lihat bagaimana beliau begitu bermati-matian mempertahankan PPSMI sebagai sesuatu yang terbaik untuk anak-anak penerus generasi kepimpinan Malaysia.
Apakah menjadi kesalahan jika seorang pemimpin atau Menteri menggunakan kuasa yang ada untuk menamatkan pelaksanaan agenda pendidikan yang menyebabkan beberapa generasi telah mulai kabur dalam mengejar kecemerlangan akademik khususnya dalam dua subjek yang berkenaan?
Mengapa pula mesti dipertahankan 'kebodohan' dalam keputusan yang membabitkan masa depan anak-anak? Mengapa Hisham tidak menggunakan kesempatan untuk menaikkan kembali imejnya yang teruk apatah lagi beliau akan bertanding untuk satu jawatan yang penting dalam Pemilihan UMNO akan datang?
Menurut sumber yang rapat, kedudukan Hisham agak goyah dalam 'list' terkini calon pilihan untuk jawatan Naib Presiden UMNO. Ini kerana daripada enam orang calon yang bertanding, beliau diletakkan sebagai 'belakang anjing' atau 'underdog'. Adakah beliau mengharapkan keakraban hubungan sedia ada dengan bakal MANTAN TPM sebagai 'tangga batu' untuk mengecapi nikmat menjadi Naib Presiden UMNO sebenar atau bakal mengemis ihsan daripada perwakilan untuk terus memberikan undi kepada beliau yang dikatakan enggan menggunakan trend 'SURAT TAULIAH' sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian besar calon-calon yang bertanding?
Mungkin Hisham mengganggap remeh masalah PPSMI yang dilihat bukan sebagai satu isu politik tetapi beliau semestinya berhati-hati kerana hampir 98% Perwakilan UMNO ialah orang Melayu yang sudah bosan dengan perangai 'FLIP-FLOP' oleh mana-mana pemimpin sekalipun kerana ia jelas akan menjadi punca kejatuhan seseorang yang mempunyai nama besar seperti yang telah berlaku kepada Pak Lah dan rakan-rakan.
Ingatlah wahai Hisham, tentunya akan ada rombakan kabinet dan anda tak mustahil akan berada di tempat yang tercorot. Janganlah nanti, anda diberikan kerusi menteri yang 'kiri' dan bukan 'kanan' seperti sekarang kerana ihsan dari saudara anda yang bakal menjadi PM nanti. Renungkanlah....selagi hanya mengharap kepada kroni yang terdekat maka tak hairan kalau anda akan jatuh tersepuk akibat kebodohan, kedangkalan dan ketewasan anda sendiri.
thx!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Kalau lah tuan empunya blog ni begitu patriotik terhadap bahasa melayu,, kenapa tajuk blog pun perkataan orang putih? nape nape nape.... kang dah kena....
Salam Tuan ADD,
takkan sebab nama blog yang pendek macam ni pun tuan nak pertikaikan patriotisme saya pulak?
Di sekolah kan ada juga subjek ENGLISH...jadi salah ke saya nak praktis ilmu sekecil zarah ni? Tuan lainlah kan...ilmuwan...
PPSMI kan menjurus kepada matapelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris...
takkan tak boleh nak bezakan kot?..
anyway thx!
Salam PW,
Walaupun kecil, namun itulah hakikatnya. Kalau disekolah ada subjek english, cukupkah orang melayu kita berkata-kata menggunakan english?dah teror?
Bahasa melayu tak kan hilang di tanah melayu dengan menggunakan english dalam s&m. Banyak subjek lain yang diajar menggunakan bahasa melayu.tak kan bahasa melayu hilang di tanah melayu,,,
cuma bahasa melayu akan diganti dengan bahasa "sms" mungkin ia dalam tempoh beberapa tahun mendatang.
salam hormat,
add,
masalah yang besar ialah merudumnya pemahaman murid dalam s&m kerana faktor TAK PAHAM BI...ianya bukan sekadar memperjuangkan BM tetapi memperjuangkan nasib anak-anak yang ketinggalan atau tertinggal(mundur).Boleh bangga kah kalau s&m dapat 65% masih A (gred di turunkan untuk mengaburi mata kita semua)macammana yang dapat B,C dan D (lebih ramai dari A , kan??)..saya bukan bercakap dengan emosi...saudara/i add pergilah ke kg2 yang rata2 penduduknya adalah petani dan nelayan...selidiklah anak2 yang pulang kerumah dan ingin membuat "homework"...siapa yang dapat bantu mereka dalam BI??? bukan BI yang menentukan berjayanya sesuatu bangsa itu.Bukalah mata hati kita semua.Bahasa hanya sekadar alat untuk berhubung antara satu sama lain...untuk faham memahami dalam berinteraksi antara murid dan pelajar khasnya, bukankah mudah dengan menggunakan bahasa ibunda sendiri?
Terima kasih.
salam,
awi.prt8...
terima kasih,
ramai dalam kalangan pemimpin dunia lebih bangga berbahasa ibunda dari menggunakan bahasa inggeri sebagai pengantar..kenapa ia boleh jadi masalah keperluan berbahasa inggeris. bagi saya mantapkan cara pengajaran bahasa inggeris di sekolah dengan menggunapakai kaedah yang lebih baik seperti yang diberikan dalam kursus komunikasi english yang biasa dijalankan oleh pihak swasta. Kenapa pula perlu nak tukar bahasa yang sudah melahirkan seorang angkasawan melayu? Saya yakin Sheikh Muzaffar sendiri belajar matematik dan sains ketika pendidikan rendah dan menengah menggunakan bahasa Melayu.. Tak taulah saudara ADD pula bagaimana...mungkin dia dihantar ke sekolah antarabangsa...
hehehe!
thx!
salam bro perecwater. hahaha tol naik ni pun kira ok la... tak la sampai naik untuk semua tol dalam malaysia. kurang2 ada check & balance. masa minyak turun, tol naik. ok la kot. heheh heranla. tiap2 tahun kenderaan atas jalan bertambah... kutipan tol sure bertambah... sepatutnya turunkan tol, bukan naikkan sampai mcm ni. daulat tuanku! haha
Catat Ulasan