Februari 08, 2009

Maka Benarlah Melayu Itu Mudah Lupa???

Salam Bloggers Melayu!




MARAH... SEBAHAGIAN ahli-ahli UMNO Bahagian Ampang Jaya dan NGO mengadakan demonstrasi membantah tindakan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang disifatkan menderhaka kepada Sultan Perak di hadapan IPD Ampang dekat Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Wahidah Zainal

Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. – DR. MAHATHIR MOHAMAD (Bekas Perdana Menteri)

Bila direnung ungkapan atau kenyataan TDM tentang hal yang berlaku dalam kemelut politik Perak maka saya terkenang ungkapan lagenda yang pernah diungkapkan sendiri oleh beliau iaitu MELAYU MUDAH LUPA....

Apakah TDM lupa bahawa UMNO atau dia sendiri yang mencadangkan penggubalan Perlembagaan Malaysia satu ketika dulu untuk menghadkan imuniti Raja-Raja Melayu?

Apakah UMNO sudah lupa bahawa segala kebobrokan yang berlaku terutama soal berkaitan ketuanan bangsa Melayu adalah hasil kesilapan yang mereka lakukan bila angkuh memegang kuasa?

Bukankah dalam kalangan ahli UMNO juga yang memaparkan sejuta keburukan Raja-Raja Melayu ketika mereka berkonfrontasi dengan institusi tersebut satu ketika dulu?

Perlaksanaan PPSMI yang menjadi antara isu bangsa yang hangat sekarang ini bukankah ia dimulakan oleh UMNO yang menjadi tulang pemerintahan negara ketika ini? Setakat ini sudah 6 generasi terasa implikasinya. Siapa yang lupa?

Sejarah sesungguhnya tidak pernah berbohong, rakyat juga tak pernah lupa, hanya yang lupa rata-ratanya ahli UMNO yang suka mengikut pemimpin mereka secara membabi-buta.

Rakyat tak pernah lupa apa yang pernah berlaku di Perlis dan Terengganu ketika kemelut perlantikan MB baru bagi kedua negeri tersebut. Hanya orang UMNO saja yang mudah lupa kerana minda mereka sedia didoktrinkan dengan ungkapan MELAYU MUDAH LUPA..

Secara peribadi saya tak pernah lupa tentang hal ini dan akan terus mengingati setiap detik kehancuran bangsa Melayu yang benih disemaisuburkan UMNO sejak dari negara ini mencapai merdeka.

Kerana UMNO yang membuka ruang untuk para kuffar untuk menyerang/menyaman/memalukan/melukakan institusi raja yang amat dihormati oleh insan-insan yang bernama Melayu.

Benarkah MELAYU MUDAH LUPA? atau MELAYU UMNO YANG MUDAH LUPA?

thx!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM. APAKAH SAUDARA SUDAH LUPA BAHAWA SULTAN AZLAN ADALAH BEKAN HAKIM DAN MEMAHAMU UNDANG-UNDAH TUBUH NEGERI PERAK? APAKAH SAUDARA KETAHUI UNDANG-UNDANG NEGERI PERAK DENGAN SEBENARNYA? APAKAH SAUDARA SEBENAR-BENATNYA TAHU TENTANG APA YANG TDM TELAH UBAH BERKENAAN IMUNITI RAJA-RAJA MELAYU? JIKA TIDAK ATAU BELUM, MAKA LAKUKANNYA KEMUDIAN BLEH MENULIS MENGENAINYA.

perfectwater75 berkata...

Salam,

Sdr Tanpa Nama,

Baginda hanya bekas ketua hakim negara tetapi dia tetap bukan Allah yang tak pernah melakukan kesilapan serta dosa.

Lihatlah cerita buruk tentang Baginda dan kerabatnya yang tak pernah keluar langsung sebenarnya dari rakyat selama ini....

Ia jelas menunjukkan tiada yang mustahil sekiranya Baginda gagal menggunakan pertimbangan PALING BAIK dalam usaha menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku ini.

Tak perlu saya menulis tentang undang-undang Tubuh Perak jika hendak memuaskan hati saudara. Tak perlu saya jelaskan tentang apa yang TDM telah buat berkaitan pindaan perlembagaan tersebut.

Cuma saya suka hendak memberitahu bahawa Umar Al-Khattab juga ditegur dan minta ditegur rakyatnya demi kelangsungan pemerintahannya agar ia mengikut lunas-lunas kesaksamaan dan keadilan yang sebenar-benarnya...

Tak tahulah jika Baginda SAS ini tidak boleh ditegur kerana mungkin maqamnya Maha Tinggi seperti tinggi jawatan semasa anakandanya Tengku Ashman dalam satu gerakan Tareqat yang diharamkan majlis fatwa (dikhabarkan pula fatwa tersebut telah ditarik balik)

Susahlah kalau kita melayan manusia biasa dengan darjat ciptaan manusia secara melampau..

thx!

Tanpa Nama berkata...

bro..xkan bro nk tgk je kl raja rogol isteri atau ank bro dpn mata bro..nk hlg xleh sbb tkt org kata derhaka..gitu eh bro.guna akal la bro