Februari 21, 2009

SIAPA DULU YANG DERHAKA? UMNO? PAS? PKR? DAP?

Salam Bloggers!

Perkembangan dua tiga menjak ini telah menarik perhatian jutaan orang untuk memberikan pelbagai pandangan khususnya tentang polemik politik Perak yang semakin hangat dan nampaknya tak mahu berhenti-henti kepanasannya.


Pelbagai pihak khususnya Ahli UMNO yang mudah lupa dosa silam mereka kepada raja dan mufti telah mengadakan pelbagai siri bantahan, perhimpunan,demonstrasi 'aman' sama ada secara terbuka dan tertutup dan yang terkini perhimpunan yang melibatkan seekor TIKUS UMNO yang dulunya pernah menghunus keris kemudian memohon ampun kepada bangsa 'asing' yang tak berpuas hati dengan tindakan beliau itu.

Beliau turut disertai oleh anak kepada Mantan PM yang menjadi dalang kepada tergubalnya satu undang-undang yang memboleh raja dibicarakan di satu mahkamah khas. Hairannya yang menyokong sungguh-sungguh pada ketika itu ialah mereka ini juga. Termasuklah 'seekor katak'yang digelar sebagai 'RAJA KATAK' pernah juga sampai menabalkan seorang sultan baharu bagi negeri Kelantan walaupun katak ini tiada dalam perjumpaan tertutup tersebut.

Saya secara peribadi amat lucu dengan tingkah pembodek yang mengambil kesempatan atas keuntungan yang tersedia dalam isu ini sehingga mengganggap setiap titah raja itu sebagai FIRMAN yang mesti diikut dan ditakut dan ia dikuatkan pula dengan sabda seorang mufti tua yang berpaut berpuluh-puluh tahun dengan sultan segala jin yang ada dalam negeri.(klik sini)

Apakah UMNO sudah melupakan segala kekeruhan yang berlaku ini hasil kotornya politik mereka satu ketika dulu? Atau mereka rasakan rakyat masa kini sudah mula melupakan hakikat bahawa institusi raja digoyangkan oleh mereka sendiri hingga ia dilihat sebagai pelengkap kepada sesuatu ritual adat sahaja.

Kisah Sultan Johor yang 'ganas' dan kerabatnya yang melanggar undang-undang, bukankah dilondeh oleh media atas arahan pimpinan UMNO itu sendiri? Tiadapun seorang MUFTI tergesa-gesa keluarkan SABDA atau FATWA tentang hal ini.


Istiadat Pertabalan Sepupu Sultan Kelantan sebagai Sultan Kelantan oleh Raja Katak dan Sekutunya, bukankah dikepalai oleh seorang yang pernah menjadi Ahli UMNO dan rakan subahatnya masih lagi menjadi Ahli UMNO?Mufti tidak kalut mengeluarkan SABDAnya untuk memfatwakan mereka ini sebagai PENDERHAKA MELAYU...

Kisah seorang Mantan Menteri Besar Selangor larikan puteri sultan negeri tempat dia menjadi memanda menteri tak pula dikatakan sebagai DERHAKA kepada titah sultan kerana waktu itu ia sekadar titah yang boleh disanggah kerana sultan tak sehaluan dengan UMNO. Tidak seperti sekarang, sebarang titah sultan adalah FIRMAN yang mesti diikut dan ditakut. Tiada juga seorang MUFTI pun yang mengeluarkan SABDA untuk dijadikan FATWA yang mesti diikut dan ditakut.


UMNO Selangor sendiri pernah menetapkan EMPAT RESOLUSI dalam Perhimpunan Agung UMNO terhadap Institusi Raja Melayu yang juga tidak dianggap sebagai DERHAKA kerana ia berlaku ketika TITAH Sultan hanya TITAH semata dan bukanlah FIRMAN. Tiada pula MUFTI mengeluarkan sabda menyokong sultan pada ketika itu dengan menyatakan bahawa seorang muslim tak boleh derhaka kepada RAJA2 dan mesti takut kerana ia adalah perbuatan yang membawa kepada dosa besar.

Hairan juga bila raja-raja yang ada sekarang seperti melupakan bahawa UMNO yang DERHAKA kepada mereka dan sekarang sedang mengambil kesempatan untuk mempertahankan institusi raja yang mereka sendiri robohkan kekebalannya satu ketika dahulu. 'Confirm' orang UMNO yang akan komen selepas ini(atau mungkin takkan komen langsung sebab tahu sejarah tak pernah berbohong kepada rakyat) akan memberikan ulasan menyokong UMNO yang sentiasa MAKSUM & SUCI dari segala perlakuan DOSA dan PERMUSUHAN.

Mengapa UMNO berterusan mahu menghilangkan keyakinan rakyat kepada mereka?! No PAIN, NO GAIN! OR NO BRAIN???

6 ulasan:

Abahnya Faez berkata...

kan dalam citer p.ramlee dh cakap...

alif mim nun waw [umno] = sarkis...

hahaha..mcm2 laaa....

islam hadhari itu sesat dan menyesatkan.....

Tanpa Nama berkata...

Masa tu kau orang sonyap yo..!! tak berkokok langsung,tak ado yang membantah maknonyo semua rakyat Malaysia setuju masa tu. Kerajaan (UMNO - MELAYU) bukan derhaka. Nak jago Mertabat Rajo samo Sultan jangan buek perangai tak senonoh sobab bagindo semuonyo Ketua Agamo Islam dan tak patutlah orang mengaku Partinya bertunjangkan Islam (PAS)derhakai titah YMM Sultan, lopeh tu sokong pulak DAP yang tak suko HUDUD. Maso tu tak ado Rajo-Rajo atau Sultan bertitah dimana-mana Istana kato UMNO durhaka. Tapi kali ini Paduka YMM Sultan Selangor dah bersuara dengan apa yang Mantan MB Perak buat.

Abahnya Faez berkata...

hahahaha......tanpa nama[mmg xde naam ek] hahaaha...

so mmg betul laa... umno 1st sekali derhaka?


alif mim nun waw [umno] = sarkis...

hahaha..mcm2 laaa....

islam hadhari itu sesat dan menyesatkan.....

Tanpa Nama berkata...

Mr.PW...

Mufti Bengong tu tak pulak keluarkan sabda tentang hal ini...

Didalam ISTIADAT TABAL JIN didalam Negeri Perak ini, seseorang itu hendaklah betul-betul memahami akan kesimpulan adat pertabalan tersebut. Jangan kita salah tafsirkan dan membuat andaian yang bertentangan. Ada pun seseorang Sultan yang memerintah Negeri Perak ini sentiasa ‘didampingi’ oleh JIN Islam yang menjaganya. Disini terletaknya kedaulatan seseorang Sultan itu dan seluruh kemakmuran Negeri tersebut adalah terletak pada kedaulatan baginda. Ada pun dinamakan TABAL JIN tersebut kerana semua makhluk halus didalam Negeri Perak ini berajakannya.ABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak.
Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasa
nya didampingi oleh JIN-JIN Islam. Disini lah kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja/malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja.

Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sabelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.

Kalau ikut hukum, raja macamni mana boleh kita taat sebab dah jauh menyimpang dari awal lagi..

tu pun ada yangnak bela lagi...boleh blah UMNO!!!

Jiwa Merdeka berkata...

Salam,

Saya berpegang kepada prinsip "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah".

Raja yang melakukan kezaliman, seperti Sultan Mansur Shah Melaka yang menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah tanpa usul periksa, atau Sultan Mahmud Mangkat Dijulang,memang patut disanggah.

Begitu juga, jika ada raja paa zaman kontemporer yang terlibat dengan perbuatan yang boleh dianggap sebagai jenayah, tidak patut dilepaskan begitu saja.

Oleh itu, tindakan kerajaan pimpinan Tun Mahathir pada tahun 1993 yang menghapuskan kekebalan raja, adalah satu tindakan yang wajar dan menepati kedudukan raja-raja sebagai "raja berperlembagaan". Maknanya raja juga dari segi peribadi terikat kepada undang-undang dan bukan berada di atas undang-undang.

add berkata...

kepada bro-bro dan beruk PR...
UMNO bukan derhaka kepada raja tetapi nak mengajar raja supaya bila jadi raja jangan dok buat sesuka hati je,,, salah ke? menderhaka ke?

Diperak sebab MB(memang babi) lama menderhaka ,,,siap mengaku lagi,,, ni la namanya MB (memang bodoh)