Februari 27, 2009

TOL NAIK!!! PALOI PUNYA KABINET!!!!

Salam Bloggers!

Semalam Menteri umum TOL NAIK LAGI, dan kenaikannya sangat kecil...Tup...Tup...Tup...hari ini PM pula kata minta kaji semula, dan ada pula ahli kabinet yang kononnya terkejut dengan kenaikan tersebut sedangkat menurut menteri berkenaan, apa yang diumumkannya itu ialah keputusan mesyuarat kabinet minggu lalu. ini yang membengangkan sangat bila memikirkan karenah menteri yang sedap duduk dalam kereta mewah tanpa perlu memikirkan untuk membayar tol bila melalui mana-mana lebuhraya yang berkenaan dan sedap-sedap pula memutuskan kenaikan harga tol ketika zaman kemelesetan ekonomi ini. Apa rasional selain dari retorik ia bersangkutan dengan PERJANJIAN KONSESI? Adakah ini satu lagi keputusan mahabodoh dari seorang bakal PM kita? Kenapa tidak dibuat pengkajian sedalam-dalamnya sebelum dikeluarkan satu keputusan hingga menimbulkan keluh kesah dalam kalangan rakyat khususnya yang kerap menggunakan lebuhraya sebagai jalan utama? Kenapa tidak dilihat kesan buruk kepada harga barang keperluan semasa jika tol ini tetap dinaikkan?

Menteri yang 'seekor' ini bercakap seolah rakyat sepakat dan sama gaji dengan dia(klik sini) dan cuba baca perenggan akhir laporan tersebut. Ia terbukti satu kenyataan 'sombong' dan 'angkuh' dari salah seorang pengamal 'SURAT TAULIAH' dalam pemilihan UMNO kali ini.

Saya ingin merayu kepada semua ahli UMNO supaya mengajar para menteri kabinet yang sepakat menetapkan kenaikan tol ini dengan cara yang terbaik agar mereka tak boleh suka-suka lagi selepas ini mengambil opsyen akhir ini sebagai opsyen wajib dan terawal dalam menangani 'kebodohan' dalam melakar satu surat perjanjian yang telah terbukti 'menguntungkan' kerajaan dan rakyat.

UMNO bukan hakmilik kekal individu berkuasa tetapi ia adalah hakmilik ahlinya yang setia dengan makna perjuangan sejati...Persoalannya, ada lagi ke ahli yang betul berjuang dalam UMNO?

thx!

5 ulasan:

NIZAM MAT SAARI berkata...

Salam Sdr.,

Saya setuju dengan saudara. Kerajaan tak sensitif langsung dengan rakyat.

Penin memang penin. Pagi umum petang kaji. Saya tulis dalam blog saya "kaji dulu baru buat atau buat dulu baru kaji?". Memang ada unsur-unsur kebangangan kat situ.

Inilah penyebab-penyebab kepupusan UMNO...

Nizam Mat Saari
http://nizammatsaari.com/blog

Tanpa Nama berkata...

Pada yang tak setuju tu...korang buatlah jalanraya sendiri,buat maintenance sendiri...hah,baru padan muka...BAGI BETIS,MAHU PEHA!!

Yang pening kapla bukan korang saja, yang jaga lebuhraya tu lagi pening habiss, nak cover kos menyediakan keselesaan manusia-manusia macam korang ni...!!Apalah punya otak biul betul, mana ada free dalam dunia ni!!

perfectwater75 berkata...

Salam...,

Biar apa yang jomo kata..saya rasa bantahan saya dan rakyat ada benarnya kerana kerajaan dah pun tunda keputusannya hingga akhir tahun ini.
Oleh kerana ada rakyat seperti jomo yang menyebabkan BN dok permain rakyat sabah sampai sekarang. Pembangunan dijanjikan sudah berpuluh tahun tetapi jalan masih lagi banyak yang gravel...betul tak jomo?

At list sampai akhir tahun boleh dok tahan lagi kenaikan tol.

Yes! Yes! Yes! Yes!

Tanpa Nama berkata...

Salam,
kita semua menyatakan dan memperjuangkan kebenaran, tetapi kebenaran bagi kita sahaja. Memang banyak pihak yang benar dalam keadaan mereka tetapi diantara banyak kebenaran itu haruslah dicari satu kebenaran yang akan memberikan manafaat kepada golongan ramai. Itu yg kerajaan sdg lakukan. Harap sdr2 faham.

add berkata...

Jomo tak pe la kat tuaran tak de lebuhraya tol...

kepada sykt konsesi ni pun satu hal, nak naik kan tol berdasarkan perjanjian konon, tapi dari segi kesesakan ada sykt konsesi pikir, kalau tol naik, laluan trafik lancar macam hari raya masa raya puasa tak pe la jugak,, dan satu lagi macam mana tak papa kedana sykt... kalau bonus pekerja pun sampai 12-14 bulan setahun. kerja pun baru 12 bulan dalam setahun.... kerajaan pak dollah ni pun satu hal juga,,, nak keluarkan kenyataan pun agak-agak la ...